Sunday, December 23, 2018

Tagal Luanti Fish Spa

Assalamua'laikum

Lepas dari ladang teh, kami ke Tagal Luanti 🐟 pula. Alaaa, sebelah Ladang Teh Sabah ja 😉 Kena beli tiket masuk dulu, baru boleh park di dalam. Tu pun kalau ada yang kosong. Haha 😏😏😏 Harga tiket untuk rendam kaki:
Dewasa: RM5
Kanak-kanak: RM2

Kena jalan sikit masuk ke dalam, pastu korang akan jumpa pondok masuk. Haaa, kat pondok tu la kena tunjuk tiket. Bila nombor korang kena sebut, baru boleh masuk ke dalam selama 15 minit. Kalau nak beli baja ikan, beli sebelum masuk ke dalam k. Sebungkus dalam RM0.20. Murah kan, tapi sikittt 😣 Kejap ja dapat bagi ikan makan. Bila kau dah xda makanan, acanerrr ikan-ikan tu nak mai???

Kalau ikan besar yang gigit, rasa maciam geli-geli gitew. Tapi, kalau yang kocik-kocik, maciam piranha 😱🐟 Tapi jangan risau, kaki korang xkan hilang. Haha. Memang betul-betul spa ooo. Tabik dengan ikan-ikan ni yang menjalankan tugas menggigit kulit mati manusia 😆 Tapi, bila xda makanan, jangan kau heran ikan-ikan tu x mendekat. Haha

Bila baja ikan dah abis, ikan pun nak lari, aku pun chow la pi dekat dengan gang yang bagi makan ikan. Haha. Tumpang dua kaki untuk massage 😉😉😉



Cukup 15 minit, kau akan dengar nombor kau akan disebut. So, mohon sedar diri. Masa kau dah TAMAT. Haha 😛 Keluar dari kawasan sungai tu, ada disediakan beberapa paip untuk cuci kaki yang berpasir 😉

So, kalau ke Ranau / Kundasang tu, jangan lupa singgah ke Tagal Luanti 💋





6 comments:

  1. erkkk..rasa geli pulak tengok ikan datang dekat gitu...besar jugak ikan2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best 😃👍👍👍 bnyk yg besar2 ikan tu. Cukup makan 😂

      Delete
  2. Hewww!!!! banyaknya ikan yang datang tu

    ReplyDelete
  3. aaa ini satu lagi kena masuk dalam list kalau nak repeat KK and Kundasang. hehe
    takut pun ada tapi nak cuba behe..

    ReplyDelete

Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb