Friday, December 21, 2018

Ladang Teh Sabah

Assalamua'laikum

Syukur alhamdulillah cuti hujung tahun ni teda KDC, yeahhh!!! So, dapatlah joined lawatan sekolah my mom 😃 tapi bayar k, bukan ikut free 😉 Lawatan ni khas untuk budak-budak tahun 6 yang sudah selesai UPSR. Lokasi pilihan: Daerah Ranau 👏👏👏 Lawatan ni x lama, 2 hari 1 malam ja. Tapi, banyak tempat juga kami pegi.

Sampai ja di daerah Ranau, tempat pertama kami lawati adalah Ladang Teh Sabah. Kamu kena limpas (lalu) lagi simpang Poring sebab Ladang Teh Sabah jauh sikit ke depan. Lokasi Ladang Teh Sabah ni di antara laluan Ranau ↔ Telupid.

Disebabkan ini adalah lawatan sekolah, so kami dibawa masuk ke dalam kilang pemprosesan daun teh. Haaa, memang diterangkan & ditunjukkan dari A to Z. Hanya enam orang yang terpilih sahaja dibenarkan untuk mengambil gambar keadaan di dalam kilang. Tu pun untuk dokumentasi sekolah 😂

Hanya di shop Ladang Teh Sabah ja ada pelbagai jenis teh yang dijual. Kalau di kedai, paling-paling pun teh yang kotak hijau tu kan. Haaa, kalau di sini, ada yang berperisa rose, vanilla, jasmine... jangan pelik jangan terkujat ada teh yang dijual berharga RM50 ke atas. Itu disebabkan pekerja memetik 3 helai daun teh yang terbaik by hand! Disebabkan kesuntukan masa, sempat shopping teh tapi x sempat nak hi-tea. Ececehhh 😂😂😂 abesss jugalah seratus lebih borong teh dan baju 😂
Banyak borong teh aritu tapi ni ja yang aku jumpa dalam lemari dapur 😂 Nampak perkataan 'handmade' tu? Haaa, ni antara jenis teh yang terbaik k. Yang aku cerita kat atas 3 helai daun teh yang dipetik guna tangan! Harga pun terbaik dari ladang 👍👍👍 teh perisa vanila pula harga dalam RM13 cenggitu la

Ni baju pilihan ku *wink2. Harga x silap RM39. #kalauxsilapakulahhh

Bayaran masuk? Tedaaa
Terima kasih pihak Ladang Teh Sabah sebab bekalkan setiap sorang seuncang teh.

Moh layan gambar deh 😉
Time ni matahari tegak atas pala tapi gagah pi bergambar panas-panas 😂


Bayaran masuk: ko masuk ja, free tu! Melainkan ko p order makan minum, borong teh baru ko wajib membayar!

Kbye! 💋

10 comments:

  1. Sukaaa pegi ladang teh. Sebab cantik sangat daun hijau dia tuu.

    ReplyDelete
  2. bila ntah ada rezeki gi sabah ni!! my wishlist 2020 maybe!

    ReplyDelete
  3. wow!! saya belum sampai Sabah lagi huhu

    ReplyDelete
  4. Lama ndak menyinggah di sabah tea ni..

    ReplyDelete
  5. kat rumah nenek memang minum Teh Sabah. nenek berkenan sungguh. tahu
    aja dia kalo kami tukar teh hehe.. tak penah sampai sini lagi.. insyallah soon ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nnt mai sabah, jgn lupa singgah ladang teh ni. Sebelah dgn tagal ja 😉

      Delete

Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb