Monday, December 31, 2018

Selamat Tinggal

Assalamua'laikum

Sebelum melangkah ke tahun seterusnya, aku mau babai dulu 2018 ni. Tahun-tahun ebelum ni, x pernah aku say goodbye ka apa. Haha

Dua hari lagi sudah mula sekolah. Maka, aku akan hilang lagi dari radar blog. Kemarin, masa aku banyak di jalan ja drive balik Tenom. Pastu harini, meeting dari jam 0800 am sampai 1515 pm. Fengshannn!!! 😱😱😱 Rehat setengah jam untuk minum pagi dan sejam untuk solat & lunch. Abis meeting pegi Keningau pula bawa adik jalan-jalan cuci mata cuci nukud 💵💵💵

Esok pula pendaftaran form 2-5. Aku bahagian agihan buku teks. So, memang busy sangat-sangat. Takda masa jenjalan pegi belog kamurang 😢😢😢 tskkk

Nanti aku free insyaAllah ada la tu muncul komen aku di belog kamurang. Dun woly be hepi k 💋💋💋

Mau scan azam 2018 siapa yang belom tercapai 😏😏😏





Saturday, December 29, 2018

Signal Hill & Fantasy Lighting Festival Oceanus

Assalamua'laikum

 Yeayyy, Dik Mal mai Sabah! Dik Mal ni antara bestfriend aku time study di Kedah dulu. Memang dah lama dia plan mau datang Sabah. Syukur cuti skola hujung tahun 2018 ni ada rezekinya pegi negeri di bawah bayu ni.

Mal sampai hari selasa tapi hari selasa tu aku masih jenjalan di Kundasang 😂 So, hari rabu baru pi jumpa dia. Hari rabu tu kami bertiga *aku, Nuget & Dik Mal* lepas maghrib kami ke Signal Hill bawa Mal tengok pemandangan malam bandar KK. Teda bayaran masuk k. Disebabkan malam, kami bawa keta naik. Gilo hiking naik tangga memalam 🌒🌒🌒


Kejap ja di Signal Hill ni, dalam setengah jam gitu. Lepas tu, terus pegi Fantasy Lighting Festival Oceanus. Bayaran masuk RM5 dewasa. Kanak-kanak aku x tau berapa

Time ni tetiba teda orang lalu lalang. Gumbiranyaaa 😄😄😄

Moon ni paling famous. Kena beratur panjang tunggu turn bergambar 😧

Tinggi yakmat sayap ni. Kerana aku terpikat, aku redha berjengket. Tu pun tetap x sampai 😭😭😭


Kbye 💋💋💋





Wednesday, December 26, 2018

Kundasang War Memorial

Assalamualaikum

Lepas dari Desa Cattle tu, kami ke Kundasang War Memorial yang terletak di Pekan Kundasang. Di Kundasang War Memorial ni, terselit sejarah tentang tawanan perang di Sabah. Mau tau lebih jelas, boleh baca DI SINI

Sedih bila dapat tau keadaan tawanan perang pada zaman jajahan Jepun dan marah dengan kekejaman pihak Jepun yang pada waktu tu tidak berperikemanusiaan 😠😠😠

Ada bayaran masuk tapi aku dah x ingat berapa RM 😂


Pintu masuk Kundasang War Memorial

Tengok dinding sebelah kanan aku. Haaa, kat situ senarai nama tawanan perang. Sangat ramai k

Ringkasan mengenai pemindahan tawanan perang dari Sandakan ke Ranau. Kalau jalan darat sekarang ni dari Sandakan ke Ranau, jauhhh weyhhh. Dalam 3 atau 4 atau 5 jam. Dah lah jalan lubang sana sini 😠😠😠 grrr

JANGAN KAU BERANI PIJAK RUMPUT TU!!!

Belakang tu sebenarnya view gunung Kinabalu tapi kabus dah sorok 😢😢😢 nak view cantik, datang awal pagi 😉

Meh main lompat-lompat

Ermmm, gua??? 😲

Datang Kundasang tu, meh la singgah Kundasang War Memorial ni. Tanam sikit sikap patriotik tu 😉

Kbye!






Monday, December 24, 2018

Desa Cattle Dairy Farm

Assalamua'laikum...

So, kira-kira jam 0730 am kami bertolak dari homestay ke destinasi seterusnya iaitu Desa Cattle Dairy Farm 🐄🐄🐄 Sampai ja di destinasi, subhanAllah... kagum dengan pemandangan sekitar tempat tu. Nak turun bergambar di luar pintu masuk sementara menunggu jam 0800 tapi kami naik bas. Bukan keta sendiri 😢😢😢 sobsobsob. Jam 0800 am baru kaunter dibuka dan dibenarkan masuk. Harga tiket dewasa RM5.

Bila masuk dalam tu, kecewa betul aku sebab dah tak nampak gunung. Hari tu, awal sangat kabus tu sorok gunung 😭😭😭 rasa mau nangis ja tskkk 😢 Malas layan sedih, aku bergambar ja la biar x nampak gunung 👉👈

Ada ice cream putih ja 😭😭😭 yang coklat hari tu xda 😢😢😢 huwaaa

Beratur nak beli ice cream 🍦 harga ice cream RM5.30

Ada sosej, pitja, ayam dll

Kaunter beli air hasil dari susu lembu. Ada saiz small/ regular/ large

Panjang benor barisan

Ni kaunter beli souvenir

Kali ni pilih baju yang meriah sikettt 😉

Sambil-sambil makan ice cream, boleh cuci mata tengok proses perahan susu lembu

Mooo 🐄🐄🐄

Jalan jalan dan terus jalan, sampai pula pi area feeding anak lembu dengan kambing 🐄🐐
Hensem kan encik embek ni 😘

Jalan lagi sampai di barn lembu

Yeahhh, nampak kuyusss 😛


Kbye! 💋





Sunday, December 23, 2018

Tagal Luanti Fish Spa

Assalamua'laikum

Lepas dari ladang teh, kami ke Tagal Luanti 🐟 pula. Alaaa, sebelah Ladang Teh Sabah ja 😉 Kena beli tiket masuk dulu, baru boleh park di dalam. Tu pun kalau ada yang kosong. Haha 😏😏😏 Harga tiket untuk rendam kaki:
Dewasa: RM5
Kanak-kanak: RM2

Kena jalan sikit masuk ke dalam, pastu korang akan jumpa pondok masuk. Haaa, kat pondok tu la kena tunjuk tiket. Bila nombor korang kena sebut, baru boleh masuk ke dalam selama 15 minit. Kalau nak beli baja ikan, beli sebelum masuk ke dalam k. Sebungkus dalam RM0.20. Murah kan, tapi sikittt 😣 Kejap ja dapat bagi ikan makan. Bila kau dah xda makanan, acanerrr ikan-ikan tu nak mai???

Kalau ikan besar yang gigit, rasa maciam geli-geli gitew. Tapi, kalau yang kocik-kocik, maciam piranha 😱🐟 Tapi jangan risau, kaki korang xkan hilang. Haha. Memang betul-betul spa ooo. Tabik dengan ikan-ikan ni yang menjalankan tugas menggigit kulit mati manusia 😆 Tapi, bila xda makanan, jangan kau heran ikan-ikan tu x mendekat. Haha

Bila baja ikan dah abis, ikan pun nak lari, aku pun chow la pi dekat dengan gang yang bagi makan ikan. Haha. Tumpang dua kaki untuk massage 😉😉😉



Cukup 15 minit, kau akan dengar nombor kau akan disebut. So, mohon sedar diri. Masa kau dah TAMAT. Haha 😛 Keluar dari kawasan sungai tu, ada disediakan beberapa paip untuk cuci kaki yang berpasir 😉

So, kalau ke Ranau / Kundasang tu, jangan lupa singgah ke Tagal Luanti 💋





Friday, December 21, 2018

Ladang Teh Sabah

Assalamua'laikum

Syukur alhamdulillah cuti hujung tahun ni teda KDC, yeahhh!!! So, dapatlah joined lawatan sekolah my mom 😃 tapi bayar k, bukan ikut free 😉 Lawatan ni khas untuk budak-budak tahun 6 yang sudah selesai UPSR. Lokasi pilihan: Daerah Ranau 👏👏👏 Lawatan ni x lama, 2 hari 1 malam ja. Tapi, banyak tempat juga kami pegi.

Sampai ja di daerah Ranau, tempat pertama kami lawati adalah Ladang Teh Sabah. Kamu kena limpas (lalu) lagi simpang Poring sebab Ladang Teh Sabah jauh sikit ke depan. Lokasi Ladang Teh Sabah ni di antara laluan Ranau ↔ Telupid.

Disebabkan ini adalah lawatan sekolah, so kami dibawa masuk ke dalam kilang pemprosesan daun teh. Haaa, memang diterangkan & ditunjukkan dari A to Z. Hanya enam orang yang terpilih sahaja dibenarkan untuk mengambil gambar keadaan di dalam kilang. Tu pun untuk dokumentasi sekolah 😂

Hanya di shop Ladang Teh Sabah ja ada pelbagai jenis teh yang dijual. Kalau di kedai, paling-paling pun teh yang kotak hijau tu kan. Haaa, kalau di sini, ada yang berperisa rose, vanilla, jasmine... jangan pelik jangan terkujat ada teh yang dijual berharga RM50 ke atas. Itu disebabkan pekerja memetik 3 helai daun teh yang terbaik by hand! Disebabkan kesuntukan masa, sempat shopping teh tapi x sempat nak hi-tea. Ececehhh 😂😂😂 abesss jugalah seratus lebih borong teh dan baju 😂
Banyak borong teh aritu tapi ni ja yang aku jumpa dalam lemari dapur 😂 Nampak perkataan 'handmade' tu? Haaa, ni antara jenis teh yang terbaik k. Yang aku cerita kat atas 3 helai daun teh yang dipetik guna tangan! Harga pun terbaik dari ladang 👍👍👍 teh perisa vanila pula harga dalam RM13 cenggitu la

Ni baju pilihan ku *wink2. Harga x silap RM39. #kalauxsilapakulahhh

Bayaran masuk? Tedaaa
Terima kasih pihak Ladang Teh Sabah sebab bekalkan setiap sorang seuncang teh.

Moh layan gambar deh 😉
Time ni matahari tegak atas pala tapi gagah pi bergambar panas-panas 😂


Bayaran masuk: ko masuk ja, free tu! Melainkan ko p order makan minum, borong teh baru ko wajib membayar!

Kbye! 💋

Saturday, December 8, 2018

Shida Kawen, Yeahhh!

Assalamua'laikum

Tanggal 16/11/2018, syukur alhamdulillah sorang lagi gang karasss #sahabatsejatisentiasadikaki sah menjadi isteri kepada lelaki yang mencintai dia. Gigih la aku pi minta CRK hari Jumaat. Syukur dapat CRK 😂 thank you sir 💋 bukan apa, tempat kijo aku jauh sikit dari gang lain. Ngam la tu aku pi minta CRK

Kami x gtau Shida pun sebenarnya yang kami nak datang majlis dia sebab 16hb tu hari bekerja. Surprise la kononya. Haha 😄 Naik feri Galaxy dari terminal Menumbok ke Labuan ambik masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Sempat juga la aku layan 'Aliff dalam 7 Dimensi' sampai habis dalam feri tu 😂😂😂 speedboat pun ada tapi sebab bawa keta seberang, tu yang naik feri 🚢

Turun ja dari feri, singgah kejap di Petronas. Singgah tandas, touch up sikit-sikit cover minyak di muka. Haha 😆😆😆 pastu, baru la cari rumah Shida. Ada juga la scene sesat 😂 Nasib baik sempat sampai sebelum dia menikah. Yeahhh!
Antara kami bertiga, sepa yang duluan ar? 😂

Time nikah, Shida pakai inai putih. Cantik 😍 tapi aku kawen nanti tetap nak pakai inai merah. Haha! Berangan itu x salah weyh! Baju nikah pun cantik.

Petang-petang sikittt bila tetamu dah tinggal sikit, pegi la kami cari pantai yang cantik untuk outdoor 😂
Palm Beach Resort ~ bayar tawww!

Malam berinai pula, kitorang x sempat pegi sebab busy shopping coklat di bandar Labuan 😂 Labuan pun macam Langkawi juga, xda cukai 😂 cuma Langkawi lebih banyak pilihan coklat 🍫🍫🍫

Majlis bersanding pula, sekali lagi kami surprisekan Shida dengan memakai baju yang sama 😂 Dalam diam, kami buat 1 group sebenarnya untuk discuss majlis Shida ni. Kain pula jenis batik pario, nasib baik cepat tangkap cara-cara pakai pario ni 😂 cuma kalau berjalan kena ayu sikit

X mau bebel banyak, layan ja la gambar 😉
Dah macam sesi bride terima anugerah pulak dah 😂

Suka sangat tengok gambar ni 😍😍😍

Shawl/ tudung: sdn.bhd
Blouse Nylea: @nunu.co
Batik Pario: @beautysuri.co
(Search ja di ig k)

Ni baju kawen bangsa Bugis 😉 Tahniah shidaXnapi

Kalau Bugis kawen, banyak persalinan sebenarnya. Tapi kami sempat 1 persalinan ja sebab kena kejar feri jam 0130. So, jam 1200 tu dah chow dari rumah pengantin

Kitorang nak balik dah ~

13 years & still counting 👧👧👧
#samasekolah
#samaipt
#samapendidik
#samapendek 😂

Terasa puas hati hasil gambar dari kamera photographer, ipong Farha & huawei Eyfa. Terlajakkk pelolesss uolls 😲😲😲😍😍😍 

Korang boleh layan video yang diedit oleh Farha ☺ Love u Farha 💋💋💋 muahhh
Klik link ni ➡ Video Surprise shidaXnapi

Kbye! 💋





 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb