Sunday, December 22, 2013

CopyPaste

Assalamua'laikum

Suatu malam, seorang anak yang telah kematian ibu dan ayahnya di dalam kemalangan jalanraya, telah bermimpi. Ayahnya seorang guru. Begitu juga ibunya.

Dalam mimpinya, datanglah ayahandanya dalam wajah yang tenang dan ceria. Bondanya tersenyum di sisi.

Anak: "Ayah, berseri-serinya wajah ayah. Rindunya pada ayah dan mama." (menangis)

Ayah: "La Tahzan anakku. Sesungguhnya ayah baik-baik saja di sini. Jangan risau. Teruskan hidupmu dengan tabah. Jadilah anak yang soleh, kerana solehmu itulah yang meringankan dan membantu kami di alam barzakh."

Anak: "Insya-Allah, ayah. Ayah, boleh saya tanya?"

Ayah: "Silakan."

Anak: "Bagaimana ayah nampak ceria sekali? Bukankah alam barzakh itu begitu seram dan menakutkan?"

Ayah: "Iya nak. Alam kubur sangat mengerikan. Namun, kerana ilmu yang bermanfaat yang ayah ajar di sekolah pada anak-anak murid, itulah yang membantu ayah di sini."

Anak: "Itu je?"

Ayah: "Juga kerana jasa mama mu."

Anak: "Wah..nak tahu..."

Ayah: "Ada dua jasa besar mama yang ayah tak pernah ceritakan pada anak-anak sebelum dan selama ni."

Anak: "Apa dia?"

Ayah: "Pertama, mama mu taat cakap ayah tidak pernah membantah atau meninggi suara. Setia, tidak suka bercakap dengan lelaki lain walaupun ayah tidak kongkong mama begitu. Kalau mama nak cakap, akan minta izin dengan ayah. Mama tidak suka bergaul rapat dengan jiran-jiran jika tiada urusan kerana jiran terlalu banyak mengumpat dan mama tak suka. Mama jaga harta ayah dan tidak guna sewenangnya kecuali untuk keluarga semata-mata. Tidak pernah mama minta sesuatu yang tak mampu ayah tunaikan. Cincin atau rantai emas berpuluh ribu tidak pernah dimintanya."

Anak: "Alhamdulillah. Kedua?"

Ayah: "Kedua, mama menjaga auratnya. Hatta ipar sendiri tidak pernah melihat aurat mama. Mama tidak berpurdah, namun mama pandai menjaga aurat. Mama bukan wanita yang sempurna segala sudut, namun melengkapi hidup ayah setiap sudut. Mama menutupi kekurangan ayah dengan kelebihannya, dan begitu juga ayah pada mama."

Anak: "Masya-Allah tabarakallah.. Nampak kecil dan remeh, namun besar dunia jasanya pada ayah..Allah..Allah.."

Ayah: "Jadi, pesanlah pada adik-adik perempuanmu. Sebagai abang yang sulung, bantulah mereka sekurang-kurangnya ikut jejak langkah mama. Jadikan Saidatina Khadijah atau Aisyah r.a. sebagai role model muslimah mereka, itu lebih baik. Banyakkan berselawat pada Nabi s.a.w. Banyakkan baca al-Quran. Semua ini menolong di dalam kubur kelak. Bacalah Surah al-Mulk sebelum tidur. Istighfar setiap masa."

Ayah dan ibunya kemudian datang memeluk erat si anak.

Seketika, si anak tersedar dari mimpi.

Linangan air mata hangat mengalir di pipi.

Rindu tetap bersemi. Walaupun jasad tiada lagi di sisi.

Nasihat ayah bonda kekal di hati.

cerita: Muhammad Rusydi






^_^





Friday, December 20, 2013

Ditemui Selepas TORNADO Menerbangkannya

Assalamua'laikum

RIBUT TORNADO yang melanda Sweetwater, Texas pada April 1986 menerbangkan sebuah kereta yang sedang bergerak laju.

Semasa anggota polis bekerja keras mengeluarkan pemandu kereta itu yang tersepit, mereka menemui seekor kucing di kerusi belakang kereta yang remuk itu. Pemandu malang itu berkata, binatang tersebut bukan miliknya bahkan dia tidak membawa kucing sewaktu memulakan perjalanannya.

Tidak lama kemudian, sepasang suami isteri datang menuntut kucing itu selepas polis membuat pengumuman. Kata pasangan itu, kucing mereka diterbangkan angin semasa membawanya bersiar siar di sebuah taman.

Jarak tempat kereta diterbangkan dengan taman tempat pasangan itu bersiar siar ialah 8 kilometer. 






^_^





Saturday, November 9, 2013

Exam Ohh Exam!

Assalamua'laikum









p/s : its been a long time since i posted the last entry... ><







^_^





Wednesday, September 18, 2013

Friday, September 13, 2013

ANTHEM

Assaalamua'laikum...

" Everybody has a past. Everybody lives a present. And everybody deserves a future. "

Apabila buku dan intelektual kena haram, dan semua orang hidup dengan bahagia palsu dengan disuap benda-benda tak berakal dan mindless trash daripada media. Walaupun kenyataannya dunia zaman sekarang ni memang dah nak hampir jadi macam tu pun dah sebenarnya. Kalau tak, takkan la budak-budak perempuan menjerit macam orang gila sampai pengsan-pengsan apabila tengok artis pujaan, tapi muntah hijau apabila disuruh baca teks sastera tingkatan lima - Hikayat Bayan Budiman, atau teks I Have a Dream tulisan Martin Luther King, Jr. Padahal Bradbury tulis buku ni masa tahun 1953 kut; setengah abad dulu. >m/s 272-273<

novel yang menyentuh jiwa. gaya bahasa dan cara penyampaian yang sangat selamber yayya! :D
kenali jiwa raga Dash Johari luar dan dalam :)
nak juga upload gambaq sendiri XD (konon konon aku la si Dash, *haktuih)
wkwkwkwk







^_^





Thursday, September 5, 2013

Mandi Kek!

Assalamua'laikum

05 Ogos adalah burfday aku, 17 Ogos pulak burfday Kak Pia. Plan Ecah, Kak Ana dan Dik Mal nak surprisekan aku dan Kak Pia. Time nak makan malam tu, rasa pelik sikit sebab dorang xnak makan. Macam macam alasan dorang bagi. Itu sangat pelik! Time tu rasa hati macam nak meletop dah tetiba dorang xnak makan lepas maghrib. Dah lah perut aku time tu lapar sesangat. Dah nak masuk kelompok kebulur dah. 

Bila dorang dah nampak aku dan Kak Pia makan macam orang kebulur, hahhh... Kak Ana bawa Dik Mal ke luar rumah sebab konon kononnya nak pilih/angkat kain jemuran yang dah kering. Hasilnya...

Tadaaa!!!

Cake, Pizza dan Ayam Goreng ala ala keluaran "KFC" sebagai surprises. Yihaaa!

Antara gambar yang 'tercantik' XD

Dan... memang xkan lepas dari dicalit kek. Warghhh, dah lah aku baru lepas mandi sebelum maghrib tu!!! Grrr... Nasib baik xde telur. wekkk, x sanggup nak melekitkan badan dengan telurrr

Tetiba teringat pulak kat Syakirah, member sebelah rumah yang burfday 31 Ogos. X sabar nak tunggu jam 12 tengah malam, kitorang pun jemput dia ke rumah (jemputan yang penuh muslihat). Aku, Kak Pia dan Dik Mal dah ready di belakang pintu. Mula mula tu, risau juga kalo dia datang pakai telekung. haha. nasib baik Ecah awal awal dah cabut telekung dia sebelum masuk rumah. Kak Ana pulak dah ready dengan sapuan bedak di tapak tangan. huh, kejam... lagi kejam. Nasib engko la Syakirah, dapat mandi kek + bedak.
Tadaaa! Ni lah hasilnya. ( baju menjadi wakil ). hehe

Thank you so much for the surprises! I'm touched by ur kindness and loving and care! 





Last but not least, Happy Birthday Kak Pia & Syakirah!!!







^_^





Friday, August 23, 2013

Munajat Perdana Selamatkan Mesir

Assalamua'laikum


Para pensyarah al-Azhar Kolej Universiti Insaniah bersama mahasiswa & mahasiswi bersolidariti dan bermunajat mohon bantuan dari Allah untuk rakyat Mesir. Nahnu ma'akum ya MISR!!!

PRAY FOR PEACEFUL EGYPT

Anak-anak syeikh juga turut bersolidariti

Munajat kita tidak terhenti disini. Bahkan perlu diteruskan sehingga Islam berjaya menguasai dunia ini.

Ayuh sama-sama doakan saudara seIslam kita di Mesir, kekejaman kerajaan haram semakin mengganas. Teruskan dengan tembakan doa dan qunut nazilah. Semoga ALLAH memberi kekuatan Ikhwanul Muslimin Mesir untuk terus bertahan.

Takbir !!!







p/s : MESIR : Antara Mursi Dan Sisi... -Bukan Pertembungan Biasa-







^_^





Wednesday, July 31, 2013

Oh Oh Oh Balik Kampung~

Assalamua'laikum

Perjalanan jauh tak kurasa
Kerna hatiku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira


Hola halu hilu helo!!! nak habaq ni, dengaqlah sattt!

31 July 2013 : 3.29 am
konpem yang memang komprom, insyaAllah hari ni aku akan terbang balik ke negeri tanah tumpah darahku. yahooo! apsal lak aku terlebih hepy ni??? op coz lar hepy, nak sambut raya bersama family tercenta! semangat! tahun lepas, aku tak merasa beraya bersama family di Sabah. tskkk. :'( so, tahun ni aku mesti qada' raya tahun lepas. gabung dengan raya tahun ni! maksudnya? tambah cuti le sayang sayang oiii! buat cuti sendiri!

tempoh cuti raya kitorang seminggu je. so, i yang penuh tatatertib ni nak tambah lagi cuti seminggu. bagi i, mana puas cuti seminggu tu ( dasar makhluk x pandai bersyukur ) hee. so, lepas habis cuti nanti pandai pandailah cari alasan kenapa lewat balik. dahtu, dalam bahasa Arab pulak. adeh! tapi, xpe. skang ni, just fokus pada cuti raya. yeah!

Balik kampung oh oh oh
Hati girang...





Dua malam yang lepas, dompet Syazwa tercicir. X tau lah tercicir kat mana. Aku lupa nak tanya lebih detail sebab takut dia tambah sedih. Dalam dompet tu ada duit Rm3++, lesen, kad ATM, bla bla and bla. Memang sedih giler lar dengar tone suara Syazwa dalam fon ( dia tinggal di uma sewa, aku pulak kat hostel ).  Benda first yang aku tanya...

Aku : weyh, ic kau macam? kalo ic kau join sekali dalam dompet tu, camna nak balik nanti? 

Syazwa : ic aku ada. selamat.  tapi, dalam dompet tu ada 3++ lebih. Aku plan mau guna duit tu beli barang barang untuk maci paci aku

Aku : erm, sudah wat report?

Syazwa : sudah...

Tapi, syukur alhamdulillah... last last ada orang call nak bagi dompet tu. duit memang xde dah dalam dompet tu. So, melayanglah RM3++... huhu. Kalo perkara ni terjadi kat aku, memang dah mengamuk sakan aku. Apa taknya, bagi aku Rm3++ tu dah cukup banyak. Boleh beli tiket flight. Boleh bayar yuran pengajian. Tapi, tulahhh. Dah takdir, perkara dah lepas. Syazwa pun dah dapat balik dompet tu. Reda jak lah... hurmmm 






p/s : Susah nak jumpa orang yang jujur skang ni. 






^_^





Monday, July 22, 2013

Ramadhan Kareem!

Assalamua'laikum


10 kesalahan paling hit ketika Ramadhan :
1.Tidak sahur.

- puasa orang yahudi dan orang Islam sama saja, kecuali puasa orang Islam ada sahur. Bersahurlah walau dengan segelas air kosong. 



2. Sahur terlalu awal 
- makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur, itu supper.



3. Terlebih tidur 
- lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah. Tidur boleh diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau over sangat dianggap bedebah. 

4. Berbuka secara buffet sampai buncit
- ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Tarawih pun tuang!

5. Membazar hingga membazir.
- lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang.


6. Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan.
- bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal 

7. Asyik shopping baju raya tapi lupa nak mencari Lailatul Qadar
- Nabi akan struggle pada 10 malam terakhir untuk cari Lailatul Qadar. Pahala bonus 1000 bulan tu. Wow!

8. Puasa tapi tak solat.
- pahala puasa pending, sebab tak solat. Ayoyo! Banyak rugi la macha!

9. Sibuk beribadah, lupa cari ilmu. 
- bulan Ramadan bulan Ilmu. Semua ibadah takda guna tanpa ilmu. Ada juga yang melarang tazkirah ketika Ramadhan. 

10. Gagal upgrade iman selepas lalui Ramadhan.
- ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar, tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan.






p/s : Selamat berpuasa. 
        Let us make this Ramadhan is the best Ramadan ever! 







^_^




Friday, July 19, 2013

Doa Untuk Semua

السلام عليكم ورحمة الله

Doa untuk Memudahkan Sebarang Urusan :)

اللهم لا سهل إلا ما جعلته سهلا وأنت تجعل الحزن إذا اشئت سهلا
" Ya Allah , tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan , Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki  "





p/s : Salam Ramadhan :)






^_^




Tuesday, July 16, 2013

Tentang Sebuah Cerita

Assalamua'laikum

Aku adalah seorang jururawat di sebuah Klinik Kesihatan Desa. Pada pagi itu, klinik agak sibuk. Sekitar jam 09:30 pagi, seorang pakcik yang berusia 70-an datang untuk membuka jahitan pada luka di ibu jarinya. Aku menyiapkan peralatan & memintanya untuk menunggu, sebab semua doktor masih sibuk. Mungkin dia dapat berurusan dengan doktor paling cepat pun 1 jam lagi.

Sewaktu menunggu, pakcik tua itu nampak gelisah. Kejap-kejap, matanya akan melirik ke jam tangan usangnya. Aku merasa kasihan. Jadi, ketika free, aku sempatkan diri untuk memeriksa lukanya. Oh.. Luka dia dah sembuh dan kering. Tinggal membuka jahitan dan memasang bandage baru sahaja. Pekerjaan yang tidak terlalu sukar dan rumit. ‘’Aku boleh settlekan pakcik ni...’’ bisikku di hati. Setelah meminta kebenaran dari doktor bertugas, aku putuskan untuk melakukannya sendiri.

Sambil merawat lukanya, aku bertanya ‘’ Pakcik ada temujanji lain ye? Saya tengok dari tadi pakcik macam rushing je??? ‘’ soalku ramah. Sambil tersenyum pakcik tua itu menjawab ‘’ Tidak, pakcik hendak ke rumah rawatan orang tua. Pakcik nak makan tengah hari bersama isteri pakcik ‘’

Dia menceritakan bahawa, pada setiap hari dia akan ke sana untuk berjumpa dengan isterinya. Isterinya sudah dirawat di sana sejak beberapa tahun yang lampau kerana disahkan mengidap penyakit ALZHEIMER

Lalu aku bertanya ‘’ Adakah isteri pakcik akan marah kalau pakcik datang lambat??? ‘’, Dia menjawab ‘’ Isteri pakcik takkan marah bahkan dia sudah tidak lagi mangenali pakcik sejak 5 tahun yang lalu ’’

Aku sangat terkejut dan berkata : “ Pakcik masih pergi ke sana setiap hari walaupun isteri pakcik sudah tidak mengenali pakcik? “

Dalam nada yang tenang dia membalas: " Dia memang tidak mengenali pakcik, tapi pakcik masih mengenali dia "

Aku terus menahan air mata sehinggalah pakcik itu pergi. SubhanAllah.. !! Tulus dan sucinya cinta dia kepada isterinya biarpun si isteri sudah tidak mengenalinya lagi.. :,(

*********** 
sumber : pesbuk :p






^_^




Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan Datang Lagi :)

Assalamua'laikum...

Alhamdulillah, tibalah masa dan bulan yang ditunggu tunggu... bulan Ramadhan! :) korang korang, jangan beli stock makanan untuk makan sorok sorok tau! hehehe. time kocik kocik dulu, aku pun slalu buat cenggini. buka pintu peti sejuk pelan pelan, pastu panjangkan tangan ambik je apa apa stock makanan yang ada kat dalam tu. skang, dah tobat dah! betul! tak tipu!



First day posa tahun ni, aku sahur kat rumah. Sabah. kalau sahur kat Sabah, memang awal. kira kira jam 3.30-4.30 cenggitu. Sahur awal, buka posa pun awal. hikhik o.O tapi kan... tapi kan... sahur memang kat rumah, tapi buka posa pulak... :'( tsKkk. kat LCCT. huwaaa. flight aku ke Kedah tepat time posa hari pertama. maknanya hari ni lah! 10 July 2013 T___T taramau! taramau! huwaaa. cedihhh :'(

Selamat Berpuasa Semua!!! :D









^_^




Monday, June 24, 2013

Geramnyerrr...

Assalamua'laikum...

Asal tengok gambaq Balqis Nur Danisya ni, mesti rasa geram tetiba muncul dalam benak perasaanku. Cewahhh~ Nampak sangat yang aku ni jeles tahap anaconda dengan kecomelan dia. hewhew~ T___T

pengumuman pengumumammm... ibu ibu bapak bapak semua, yang ni bukan gambaq Nour Adieb time kocik kocik yerkkk tapi gambaq Balqis kat KKIA. Mentang mentang kocik, hang sumbat satu badan masuk dalam troli tu! 

Gambar sekarang, dah besar dah!!! Haippp, potong lidah tu kang

sukeee tengok bulu mata Balqis, panjanggg. pastu, anak mata pulak warna hitam. adehhh~ jeles i T___T

dan sekarang, Balqis dah ada adik. Aleesya Azzahra. :D







^_^




Thursday, June 20, 2013

4 Hearts of The Mountain

Assalamua'laikum...


Aku baru ja habis tengok citer 4 Hearts of The Mountain ni... memang dah lama citer ni kluar, so agak ketinggalan sikit... T___T kawan aku duk habaq yang citer ni best sesangat lagi menyengat. so, aku pun terpengaruh la nak layan citer ni.   o.O tapi, siyes i cakap... memang best! fakta, bukan auta k! hee... citer tentang "quadruplets", not twins or triplets. Pendek kata; 4 babies were born from different eggs, 3 boys and a girl

Kimberley Anne Woltemas as Thipthara ( Nam  )
- aku suka tengok mata Nam, cantik. tapi, bagi aku larrr kan... lakonan dia x berapa mantap tapi, kira ok lah juga

Prin Suparat ( Mark ) as Phatapee ( Din  )
- bagi aku, watak Din ni menggambarkan dia sorang yang ada masanya kadang kadang siyes kadang kadang otak giler giler. almaklumlah, abang sulung! >,<

Pakorn Chatborirak ( Boy ) as Wayupak ( Lom )
- Lom... sorang yang cool, giler giler, macho dan... mencairkan hati aku. haxhax! <3 <3 <3

Nadech Kugimiya ( Barry ) as Akkanee ( Fai )
- haa, yang ni pulak Fai. anak ketiga. panas baran tapi cute. dan, kalo ada masalah cinta memang direct ngadu terusss kat Din dan Lom


Siyes i habaq, memang best dan lucu. ^,^ Macam macam kisah dan kerenah dorang empat beradik. Pening kepala mak bapak dorang nak layan lebih lebih lagi perangai Din, Lom dan Fai. Thipthara a.k.a Nam pulak nampak matang sikit otak dia biarpun Nam tu adik bongsu. 
so, korang yang lom tengok gi citer ni... gi la tengok yaaa ^_^







^_^




Wednesday, June 12, 2013

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb