Monday, July 22, 2013

Ramadhan Kareem!

Assalamua'laikum


10 kesalahan paling hit ketika Ramadhan :
1.Tidak sahur.

- puasa orang yahudi dan orang Islam sama saja, kecuali puasa orang Islam ada sahur. Bersahurlah walau dengan segelas air kosong. 



2. Sahur terlalu awal 
- makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur, itu supper.



3. Terlebih tidur 
- lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah. Tidur boleh diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau over sangat dianggap bedebah. 

4. Berbuka secara buffet sampai buncit
- ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Tarawih pun tuang!

5. Membazar hingga membazir.
- lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang.


6. Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan.
- bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal 

7. Asyik shopping baju raya tapi lupa nak mencari Lailatul Qadar
- Nabi akan struggle pada 10 malam terakhir untuk cari Lailatul Qadar. Pahala bonus 1000 bulan tu. Wow!

8. Puasa tapi tak solat.
- pahala puasa pending, sebab tak solat. Ayoyo! Banyak rugi la macha!

9. Sibuk beribadah, lupa cari ilmu. 
- bulan Ramadan bulan Ilmu. Semua ibadah takda guna tanpa ilmu. Ada juga yang melarang tazkirah ketika Ramadhan. 

10. Gagal upgrade iman selepas lalui Ramadhan.
- ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar, tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan.






p/s : Selamat berpuasa. 
        Let us make this Ramadhan is the best Ramadan ever! 







^_^




6 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian ni...kekadang ada juga terbuat yang kat atas tu...especially tak sahur... (Singgah sini...blogwalking)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee, sy pun kengkadang terbabas gak time sahur tu

      Delete

Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb