Monday, July 9, 2012

Cerita Cinta





Aku mencari seorang insan bernama lelaki
Untuk menjadi pembimbing diri
Dikala hati ini masih kosong tidak berisi 
Ajarkanlah aku amalan terpuji

Pastinya dirimu menjadi contoh di hati
Bagi seorang wanita bergelar isteri
Mengajar semua ajaran Ilahi
Supaya hidup akan diberkati

Bukan darinya kekayaan yang kucari
Apatah lagi ketampanan yang kuimpi
Aku sekadar mencari cinta yang suci
Bagi meneruskan hidup di alam realiti

Kesetiaanmu menjadi kunci
Dalam kita melayari hidup sehari-hari
Terlalu banyak kita diuji
Pastinya rumah tangga bertambah seri

Bila dirimu tiada di sisi
Aku menjadi resah sendiri
Sudah pasti aku menghitung hari
Kerana kepulanganmu yang kunanti

Hanya padamu Tuhan aku memohon simpati
Temukanlah aku dengan pasangan yang berbudi pekerti
Kepada keluargaku sanggup dia berbakti
Demi menjalankan tanggungjawab yang diberi

Seandainya dia jodoh yang telah tersurat daripada Ilahi
Aku menerima dengan senang hati
Harapanku biarlah aku menjadi miliknya yang abadi
Walaupun pelbagai rintangan harus kutempuhi





^_^






2 comments:

  1. semoga menemui cinta sejati.. doakan utk diri ni jgk, menanti hadirnya si dia peneman diri
    baby follow sini ye ;)

    ReplyDelete
  2. dia ada diluar sana, sedang bersedia untuk menjadi orang yang paling dihargai cik Adieb...

    ReplyDelete

Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb