Sumpah aku tak zoom~
Nampak pintu pagar kecik di belakang aku? Itulah jalan masuk ke puncak gunung Kinabalu~
Haaa ,ni lahhh satu-satunya restoran dekat Laban Rata. Kakak aku mesti buat gaya comel kalau ajak bergambar. Nyampah, muahahahahaha XD
Bila kitorang dah mula nak gerak, sanalah dorang sibuk nak tapau makanan. Konon bekal dalam perjalanan turun ke Timpohon Gate dan... ni yang aku nyampah... mentang-mentang aku yang paling muda, yang paling kecik, yang paling comel... erk? Aku jugaklah yang disuruh bawa makanan-makanan tu semua dengan alasan, beg aku banyak ruang!
Hoihoihoi, banyak ruang tak semestinya ringan okeyyy! Dah lah terpaksa angkut baju-baju yang basah dek kerana mandi hujan semalam. Maka dengan itu, bermulalah perjalanan turun kitorang ke Timpohon Gate~
Time ni hujan dah berhenti dah. Angin pun lembut jak menghembus ke tulang sum-sum~
Cer tengok betul-betul, beg aku tu dah jatuh terboyot ke bawah!
Ambik gambar sekejap sebelum makan bekal yang ditapau dari restoran tadi. Korang tapau, aku bawa... aku lah yang lebih layak makan. Halalkan~
Otw turun, baru aku ada ksempatan bergambar dekat Carson Waterfall. Nyaman nyerrr
Alhamdulillah, selamat tiba di Timpohon Gate
Dekat jam satu gitu, kitorang pun gerak ke Kinabalu Park. Tak sabar mau makan! Jom ke Balsam Buffet Restaurant~
Air milo 10 hengget? Kalau aku jual tak sampai dua hengget tau! Cekik darah betul padahal rasanya sama saja~
Bila aku tengok senarai harga makanan yang tergantung indah di atas kepala, aiyoyooo. mau terbuntang mata terlongo bibir aku taw!
Breakfast: RM45.40
Buffet Lunch: RM50.50
Dinner: RM60.60
Awww, maybe untuk foreigners
Rupanya, kelmarin hari selasa tu dah heboh dekat KK ada Awan Arcus. Kami yang dekat Kundasang ni mana tau apa-apa. Perkataan 'patutlah' serta-merta muncul dalam kotak fikiran aku. Patutlah tetiba hujan turun dengan lebat. Patutlah angin yang meniup tu lain macam ja. Patutlah bentuk awan lain macam ja. Patutlah omputeh pun tak tahan dengan kesejukan yang melanda. Patutlah...
*pic ni aku curi dari encik fb
Cer tengok dekat puncak gunung tu ( pic ni aku snap dekat Pekan Nabalu )
Memandangkan kitorang tak dapat tinggalkan jejak tapak kaki dekat puncak gunung Kinabalu, so kitorang hanya dapat sijil hitam putih. Kalau sampai puncak, dapat sijil warna-warni, u know!
Tak jelas? Nah, hambek kau!
Selamat malam semua <3
p/s: Ruginya tak sampai puncak gunung Kinabalu. Minggu ni cuaca cerah pulak~
Macam best je. Awesome trip. hehe =D
ReplyDeletemilo cap apa depa guna sampai rm10..huhu
ReplyDeletewahhhh,,
ReplyDeleteMy org kk pun blom penah naik gunung taw hahahaha..
teringin nak naik tp nati laa..
letak dlm wishlist dlu kalu mcm tu hehehe..
Salam.
ReplyDeleteAdieb! nampak sangat awesome ok gmbr2 kat entry ni! huhuhu, kalau kita dekat, kita nak jugak mendaki!!!!
Sejuk sangat ke? huhuuuh. Kiranya, Ligadan tu tempat checkpoint/benti rehat ke apa? ke chalet? Laban Rata plak?
eii, best betul..suka mendaki ^_^
http://blogtakfemes.blogspot.com/2012/06/brace-myself-final-exams-are-coming.html
ReplyDeletememang menariklah!.. neway slm kenal n dh follow awak 881
ReplyDeletelompat si katak lompat
ReplyDeletebest nyer klo dpt nek ke sana..
ReplyDeletetah bila dapt ke sabah tu...