skip to main |
skip to sidebar
Tentang Perasaan Cinta
Semua orang kata cinta ini manis, indah dan seronok. Untuk insan yang bahagia, memanglah baginya cinta itu sempurna. Bagi yang kecewa??? Apalah perasaannya... ' CINTA '. Sesuatu yang amat luar biasa. Malah, ia adalah benda yang amat berharga bagi manusia. Cinta adalah 1 perasaan yang terbit atas cantuman kasih sayang dan sukanya seseorang terhadap sesuatu tidak kira yang hidup atau tidak.
Kata-kata pujangga menjadi tunjang penerusan sesuatu hubungan. " Cinta lebih tua daripada dunia kerana atas dasar cinta Allah ciptakan dunia... " Benar! Kerana cinta, Allah ciptakan dunia, bumi dan seterusnya manusia! Betapa kasihnya Allah pada kita semua...
Tiada hubungan cinta yang bersih, lancar dan terkecuali daripada pertelingkahan, perselisihan faham dan persengketaan. Seperti sebatang pokok. Teguh berdiri dan aman pendiriannya. Tiba-tiba dikunjungi ribut dan taufan. Tiupan angin yang kuat pasti menggoncang kekuatannya berdiri. Begitu juga manusia. Dilanda masalah dan kadangkala dikunjungi bahagia. Namun, semua itu harus ditempuhi dengan hati yang cekal, tabah dan sabar. Semua masalah ada penyelesaiannya. Dan bagi cinta, kesetiaan dan kesabaran merupakan tiang berkekalan :p
p/s: Apsal pulak dah aku asyik update tentang cinta ni? Blank otak aku~
^_^
cinta itu sgt sakit terutamanya memendam perasaan..huhuuuhu..
ReplyDeletesabar yea dear..cinta yg kte cari tu , mungkin ade yg hanya tepuk sebelah tangan..tapi klo cinta kte berbalas..itu tanda nya anda akn berbahagia dgn si dia utk selama-2nya dgn izin Allah..jika tiada jodoh antara korg bdua..kena redha la..hehe..btw ,done visit here again..dont forget subscribe me on fb..Nice to meet you ^_^
ReplyDeletesbenarnya taknak komen pasal cinta sbb tak pernah bercinta. Nak ckp saya doakan adik masukkan U :)
ReplyDeletecinta itu fitrah. normal lah kalau kite fikir pasal cinta. ;)
ReplyDelete