Tuesday, December 18, 2012

Akhirnya aku Kahwin !

Nama aku Diana . Nur Diana binti Ismail . Tapi keluarga dan teman teman rapat memanggil aku Didi . Sebelum aku terus bercerita , aku harap kau orang semua jangan salah faham . Harus ditekan di sini , aku tidak ada sebarang kena mengena dengan Puteri Diana , Diana Danielle atau Diana Rafar , apatah lagi Janji Diana . 

Aku ditakdirkan membesar sebagai gadis yang dikategorikan 'comel' . Malah , nama timanganku juga berpunca daripada saiz badanku . Nama Didi asalnya adalah 'DD' yang bermaksud Diana Debab . Masa sekolah dulu , ada gelaran yang lagi ganas , Double D . Wow ! Dah macam ahli gusti . Tak patut dia orang gelar aku macam tu kan ? Sedih betul rasa di hati .

Jom ikuti kisahku . 
PERHATIAN : Perkara di atas bukanlah sinopsis bagi novel ' Akhirnya aku Kahwin ! ' , tetapi sedikit cerita di bahagian 'prolog' yang telah aku crop ^^

Heee , ini bukan kisah cinta anak dara Abdullah tetapi kisah cinta Nur Diana anak dara pakcik Ismail dengan seorang jejaka . Jejaka tersebut pulak merupakan sepupu sebelah nenek aku punya menantu *okay , statement ni sesungguhnya tersangatlah auta bin dota ! yay !
Haaa , pernah baca novel 'Akhirnya aku Kahwin !' ? Bagi aku , jalan cerita novel tu memang best . Dapat tarik perhatian aku sampai time baca pun asyik tersenyum jak . Novel tu merupakan novel kedua hasil tulisan tangan novelis Herna Diana selepas karya pertama beliau bertajuk 'Cinta 3 Suku' . 
ahaaa , cover depan belakang novel tu aku sertakan sekali . dengan bangganya saya menyatakan bahawa gambar di atas saya curi dari google o.O

Okay , yang ni baru sinopsis novel tu :

Rugi kalau korang x baca . Aku paling suka part Hasliza a.k.a minah 'ekceli' . Kau orang tahu kenapa ? Bacalah novel tu , ngeee :D
^_^

Friday, December 14, 2012

Shopping

Alooha bloggers ! 

Apa perasaan korang kalau barang barang korang di asrama hilang ? Sedih tahap mau menangis air mata darah ? Atau marah tahap mau hantuk hantuk kepala sendiri di bantal ? Ataupun redha jak .... Perasaan aku ? 
Ada kisah yang mau diceritakan ...
Bukan cerita dongeng dulu kala ...
Tapi cerita hati yang lara 
Alkisah anak dara Abdullah yang diberi nama Nurul Adibah a.k.a "Nour Adieb"
Habis saja cuti semester , aku terus terbang balik ke Kedah . Sampai dekat asrama , cek nombor rumah dapatlah tingkat 4 . Woit , tinggi tu ! Matilah aku , hari hari kena panjat tangga yang entah berapa anak yang hendak didaki . 

Dengan penuh semangat aku ke rumah lama untuk ambik barang barang yang aku tinggalkan . Masuk saja tandas , otomatik mata aku carik baldi dengan alat kelengkapan mandi aku . Maunya terjojol keluaq bijik mata aku tengok bakul sabun aku yang isinya hanya tinggal ... 
siap ada nama lagi di baldi aku , boleh pulak lesap

AiKkk ??? Dah lah segala sabun mandi dan syampu dan colgate dah dikebas orang . Baldi aku pun hilang ! Tinggal 1 saja . Haiyaaa , memang bikin sakit hati betul . Time tu mood aku memang down gila segila gilanya . Rasa macam mau hentak hentak kaki dengan gaya yang cukup gedik . Bayangkan , sabun mandi pun mau diambik . Dah lah aku x bawa barang barang mandian dari Sabah . Yang ada pun cuma syampu dan berus gigi . Terpaksalah aku tebalkan muka minta sabun kawan . X kan pulak aku x mandi , dah lah terasa melekit lekit satu badan macam terkena lendir katak . Euwww ! YakSss ! Jam 1 pagi baru aku dapat lelapkan mata dengan aman dan damai .

Esoknya , dengan mood yang mengantuk tahap yang x dapat diselamatkan , aku gagahkan juga terjah tesco Mergong cari barang barang penting yang mesti dibeli . Haiyaaa , lari bajet aku . Hidup kena berjimat cermat ...
Dengan bakul kain sekali aku terpaksa beli . Bakul yang dulu lagi cantik tapi sayang ... dah dikebas orang !

Cucur lemak manis , kegemaranku :D

Harga : RM4.90
Bagi aku , mahal ! Sebab , selipar lanun aku lagi murah . Aku beli selipar biji biji ni pun sebab selipar lanun aku kena kebas juga , gRrrr ...
Harga : RM3.90
Murah kan ... murah kan ... made in Sabah tau !

tanpa warna , terasa ada sejuk sejuk pedas di bibir kalau pakai .

mee kari ... i like . kiranya mau makan time malam . alih alih lepas Isyak aku tertidur sampai Subuh . dan , mee kari telah basi tanpa sempat air liur aku merasa keenakan mee kari tu :(





Dalam 1 hari yang sama :
-  flight delay sejam
-  mengantuk tahap mata terpaksa guna batang mancis untuk dibuka
-  dapat pulak rumah aras 4
-  barang barang hilang
-  terpaksa angkut barang barang di rumah lama malam tu jugak ke rumah baru

Mula mula memang aku marah sangaTtt ... tapi , akhirnya kena redha . Itu semua ujian dari Allah . Mungkin Allah mau menguji sejauh mana tahap kesabaran dalam diri seorang insan yang bernama Nurul Adibah . Haaa , tiru macam saya ... sentiasa bersangka baik . CewaHhh :p setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya . Umo aku dah masuk 20 , fikiran kenalah matang sedikit . Janganlah terlalu kebudak budakan , cewaHhh . Weyh , ayat aku tu ! Jangan korang sibuk sibuk ciplak buat harta sendiri pulak . Ayat aku tu milik aku secara rasmi tau !






^_^






Thursday, December 6, 2012

Semusim rindu


Hello semua!
Siapa minat baca novel? Minat yang tersangat minat? Minat yang sangat sangat sangat minat? Minat yang sampai sehari pun x boleh berpisah dengan novel? Okay, yang ni tenat!

Aku x tau sejak umur berapa aku minat baca novel. Memang minat yang tersangat-sangat. Agaknya time mama mengandungkan aku, mama terlalu asyik baca novel kot. Tu yang menurun dekat aku. Boleh plak seminggu sebelum exam PMR, aku kusyuk baca novel. Haiyooo!  Nasib juga result PMR aku x teruk XD 

Aku, kalau dah baca novel... janganlah korang semangat mau kacau pembacaan aku. X dilayan, kompom! Kalau dah novel di tangan aku, memang mata aku akan asyik layan novel tu. Haaa, itu menunjukkan betapa fanatiknya aku dengan novel!

Hari ini, aku mau share pasal novel " Semusim Rindu ". Kalau korang, berapa musimkah rindu korang pada seseorang? X kiralah rindu pada  makbapak-adik beradik-family-saudara mara-kawan-sahabat-teman-kekasih-buayapreng mahupun gilapreng??? Setandingkah kerinduan korang dengan kerinduan Hajar Adira???

Di sebalik senyumannya... ada tangisan yang panjang. Keperitan hidup menjadi anak buangan membuatkan Hajar Adira begitu berhati-hati. 15 tahun dia cuba membalut luka tetapi sehingga kini luka itu masih berdarah. Selagi parut itu masih ada, kemaafan untuk mereka mungkin tiada. Dulu Hajar pernah mengemis kasih sayang saudara sendiri, kini kasih itu tidak diperlukan lagi. 

Cukuplah jiwanya menderita dan zahirnya terseksa...Benarlah... perasaan itu sememangnya sesuatu yang hidup. Hari ini tiada tapi esok mungkin ada. Hari ini ada, mungkin esok tiada. Tapi Hajar tahu perasaannya pada Ikhman tidak akan sirna sampai bila-bila. 

Bukan senang untuk dia jatuh cinta! Bila sekali perasaan itu bertapak, tiada apa yang mampu menghilangkan rasa cinta walaupun perasaan dendam pernah berapi di dadanya. Sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah...Sungguh... Hajar rindu pada Ikhman. Tapi dia terlalu takut dilukai hingga tanpa sedar dia sebenarnya melukai hati dan perasaannya sendiri. Mungkin ini suratan yang tertulis dalam lipatan hidupnya. Di saat dia baru belajar bertatih untuk menerima dan memberi Ikhman kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, dia dibiarkan terkapai-kapai seorang diri. Dan... yang paling perit dia dituduh menduakan suami sendiri! Inikah balasan ALLAH pada dirinya yang ingkar? Akhirnya... kata putus harus diambil. Biarpun kasihnya digantung tidak bertali, status sebagai isteri tidak akan sesekali dicemari. Jika perpisahan menjanjikan penyatuan dua hati, dia rela berlari dan terus berlari demi mencari kebahagiaan sendiri. Yang pasti dia tidak mahu menjadi seperti bunga, dihirup madunya kemudian ditinggalkan begitu saja. Apakah Ikhman tahu maksudnya?




Korang pernah baca novel ni? Novel ni hasil tangan novelist Aleya Anessa. Aku bagi 10/10. Yeahhh! Aku baca novel ni x silap time form 1 dan alhamdulillah, time form 3 aku dapat beli novel ni. Dan, turut jadi mangsa anai-anai! Terpaksalah aku bakar novel ni  :'(  kita bako, kita bako 



^_^





Wednesday, December 5, 2012

Hari Ini

Wahai semua rakyat jelata negeri beta , 
Beta ada kisah yang hendak dikisahkan ...
Ini satu kisah , bukan cerita dongeng dulu kala
Ini kisah nyata , tentang kehidupan aku pada hari ini !
Ewahhh , dah macam lagu Aliff Aziz dah
" Ini Satu Kisah "

Hari ni dimulakan dengan suasana yang cukup romantik ... dalam keadaan yang sangat sejuk ... bila aku ikut pakcik aku ke skola , nampak bebudak STPM sedang chayoo-chayoo study hard di kantin . Al-maklumlah , hari ni subjek Ekonomi kata dorang . Entah fakta entah auta !

Tetiba , teringat pulak time zaman aku masih bergelar budak skola . Time exam baru ghairah mau ulit buku ... belek sana belek sini . Nasiblah result exam aku ok juga . Dapat juga aku sambung degree di KUIN :) Alhamdulillah 
Sampai dekat rumah , Syazwa sin mim sin aku bagitau yang result untuk sem 1 ni dah selamat dikeluarkan . Aduh , terlalu lama aku menunggu result tu keluar ... berdebar-debar pulak jantung aku tapi tiadalah sampai mau tercabut keluar . Ehhh , itu auta ok kalau berdebar macam tu !!!
Dimulakan dengan lafaz  Ø¨Ø³Ù… الله الرحمن الر حيم  , lepas tengok result tu aku sudahi dengan lafaz  Ø§Ù„حمدلله   :) Lepas juga aku exam ni , x payah repeat . Hati mana yang x happy bila dapat purata matagred = 3.070 . 

Alhamdulillah , mungkin ini berkat dari makbapak , kawan-kawan mahupun semua yang mendoakan aku . Terima kasih , dan kasih itu x dapat digambarkan dengan apa pun bayangan .

Aku berharap , exam lepas dan lepas dan lepas ni juga aku x payah repeat dan dapat kekalkan purata matagred tu ... Amiiin :) Korang-korang semua , kasi doa aku ya :)





^_^





Wednesday, November 28, 2012

Dream High

Alooha ! Korang dilanda kebosanan ? Jom ramai-ramai terjah blog yang serba pink bertema 
'Dream High'
Empunya blog ni adalah seorang insan manis yang sedap mata memandang iaitu 
Wan Farah Naimah
Blog ni bagi aku , nampak kemas dan x serabut
Sedap mata memandang 
Banyak iklan yang ditempek dekat blog tu :p
Blog
Twitter
Facebook

^_^

Wednesday, October 31, 2012

Sunday, October 28, 2012

Murah Rezeki

Korang suma , jom ringankan jari untuk klik sini :D

Hari ni , dengan sukacitanya aku update blog . Straight to the story . Tadi , sedang syok aku dengan Syazwa kutuk-kutuk ( budak bawah umur jangan ikut sikap ini ) orang kat muka buku , tetiba fon aku bunyi . Kuarlah ringtone " My Baby You " . Blank jugak aku , sepalah yang sudi send sms malam-malam cenggini . 
Rupanya budak kelas aku yang sms suruh turun ambik donut dari Kak Aimy . Aku pun minta tolong Syazwa temankan aku ambik donut tu . Yang bestnya , Syazwa siap cakap kat aku : " Kalau Big Apple baru aku sudi temankan kau turun " . Hamboi hamboi hamboi , bersyarat pulak si kawan sorang ni . Dah tu , senyap-senyap dia send sms guna number aku kat budak tu : " Donut apa tu ? Big Apple ka ? " . Terus dia balas : " A'ah ... turunlah skang . bla bla bla ... " aku pun tak ingat apa yang dia send , sms pun dah delete . Takdanya aku mau save ...
Lepas dia send camtu , semangat betul si Syazwa bersiap untuk temankan aku turun . Tahulah dah sebulan puasa Big Apple , tapi gaya macam orang kebulur 100 hari . Lepas dapat Big Apple , dengan hati riang ria dup dap dup dap tak sabar nak makan Big Apple . Nyum-nyum ... Sebelum balik ke rumah , teringat pulak nak ganti almari dalam bilik . So , sebelum naik tu , kitorang usha-usha dulu almari dekat bawah flat . Yang mana satu almari terbaik menjadi pilihan hati . Akhirnya , kitorang pilih almari lama yang dah berkarat besinya sana-sini ( haip-haip , macam tak bersyukur jak ) .
Berat jugak nak angkat almari tu . Lebih kurang dalam 10 minit camtu , baru separuh tangga aras 1 kitorang angkat almari tu . Rumah kami pulak di tingkat 3 . Mana lagi nak pegang fon dengan Big Apple ... aisehhh , Big Apple jugak difikir . Nak angkut almari tu ke tangga pun dah rasa nak pengsan , bila rasa dah tak larat kitorang heret jak naik tangga . Dah lah badan kecik , nak angkat benda besar memang susah sikit tapi tak mustahil kan ... Big Apple dengan fon tu kitorang siap-siap angkut letak kat aras 1 . 
Rupanya , tym kami heret almari tu naik tangga ... kuat pulak bunyi bum bam bum bam . Mana dengan bunyi heretnya , dengan bunyi pintu almari tu yang terbuka-buka . Tetiba , aku nampak bayang orang berdiri di tepi tingkap dekat blok sebelah . Tersentap hati  i tym tu u olls .Terus aku gitau kat Syazwa : " Fah , ada orang tengok lah dekat tingkap " . Kami apalagi , tunduk-tunduk di tangga macam pesalah . Bila aku berdiri , erk ??? Masih ada lagi bayang tu , otomatik aku tunduk . Tak lama pastu , aku tengok balik blok sebelah ada 2 budak lelaki tengok dari tangga . Aiyooo , reaksi muka dorang macam nak telan kitorang . Takut jugak kalau-kalau dorang tu JAKSA , manatau nak marah sebab kami buat bising tym angkat almari tu . 
Tetiba , dengan loghat Kelantan : " Awak ... awak ... nak angkat almari ke ? Boleh kami tolong ? " Aits , pucuk dicita ulam pun datang . Aisehmen , peluang keemasan . Dah ada orang yang sudi hulurkan pertolongan , takkan tak nak terima kan kan kan ... pastu yang sorang lagi tanya : " tingkat berapa ? " " tingkat 3 " . " Almari lama ke ni ? Tukar dengan almari baru ... " aits , boleh ambik almari baru ? Baru aku tau ... kihkihkih ... Terus dorang tukar almari yang kami nak angkut tu , ganti dengan almari baru . Siap dengan plastik lagi u know ... 
Dengan gagah perkasanya dorang angkat almari tu , sekejap jak dah sampai di tingkat 3 . Takdalah sampai depan pintu , blok pompuan tu . Tak leh lebih-lebih , kang ada yang silap fikir . Aku dengan Syazwa pun dengan malu-malu kucing ucap terima kasih sebab tolong angkat . Pastu tak lupa jugak minta maaf sebab menyusahkan dorang pulak . Takut jugak bunyi bising tu ganggu dorang study . Al-maklumlah , skang ni bulan exam . Masing-masing nak pulun otak untuk study ... hafal itu hafal ini ... 

Erk , lupa aku . Big Apple dan fon aku tak tinggal . Hehehehe ... sampai dekat rumah , Syazwa dengan semangat yang berkobar-kobar bersihkan almari tu luar dan dalam . Aku pulak tolong nyahkan almari lama yang dah usang lagi tinggal nak roboh ( sebelum ni dah roboh 5-6 kali ) . Begitulah kalau dah habis madu , sepah pun dibuang ... ahaks ! 

Dah siap kemas semua pakaian , barang-barang yang lain ... kitorang pun ngadap Big Apple . Nyum-nyum , murah rezeki hari ni . Dapat makan Big Apple free , syukur alhamdulillah :D Dahtu , ada pulak yang sudi hulurkan bantuan angkatkan almari hingga ke tingkat 3 . Bila tengok almari tu , mesti aku dengan Syazwa senyum sendiri pastu ketawa . Memang malu dan lucu bila ingat tentang ni semua ...
Sekadar gambar hiasan , hihihi :D
^_^

Friday, October 19, 2012

سلامة هاري لاهير

13/10/2012
Alhamdulillah , dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa saudari Iffah Syazwani a.k.a Eyfa Syazwa telah rasmi memasuki alam remaja 20 tahun . Tahniah diucapkan kerana berjaya melepasi zaman kanak-kanak ribena . 
Ditujukan khas buat Syazwa :
Assaalamua'laikum wbt durlink ,

Selamat ulang tahun sahabat . Semoga panjang umur dan murah rezeki . Tahniah sebab dah mencapai usia 20 tahun . Doa aku untuk kau , semoga setiap impian dan harapan sentiasa berada dalam limpah rahmat dan keredhaan Ilahi . Amin ...

Tak sangka aku , umur kita dah masuk 20 tahun . Dah besar dah , tapi gerenti perangai kita masih belum matang . Tahun ni , genap 8 tahun kita menjalinkan hubungan persahabatan kan kan kan . Dari zaman skola menengah sampailah zaman U , cewah~ 

Thanks lah sebab sudi jadi pendengar setia tutur bicara aku . Dah lah kau penat , asal aku balik mesti membebel cerita pasal aku jak 1 hari . Tapi , kau sabar jak layan aku . Nie yang buat aku tambah syg ngan kau . Kau memang pwen tym susah dan senang . 

K lah,banyak dah aku membebal kat sini...nanti sambung lagi,hehehe

Aku mula kenal Syazwa ni tym tahun 5 lagi ( x silap akulah ) . Tym tu MTQ , jadi dia wakil nasyid . Kenal muka jak lah,nama tym tu malas nak tau . Tup tup kitorang 1 skola tym form 1 sampai upper 6 . Pastu sambung degree di tempat yang sama . Dahtu , dapat 1 rumah . Yang bestnya , dapat sebilik :p
Tym burfday Syazwa tu , aku dengan Miera langsung tak tau nak watpa . Last2 aku cakap ngan Miera : " Apa macam lau masak mee gorang basah sebab Ifa suka makan " Lepas abis kelas Tasawuf , aku terusss blah pegi Tesco nak cari bahan masak . 
Antara bahan untuk masak mee gorang basah , ayam masak merah & sup ayam :p

Burfday Card 100% hasil tangan NOUR ADIEB

Hasil tangan Miera ... aku just tolong hias sikit2 jak
Takda jual di pasaran , buatan tangan Miera 100%
Hadiah made in Padang Besar <3
Syazwa tutup mata ulat ni sebab menyeramkan!!!







^_^





Monday, October 8, 2012

Martabak Atau ???

Asal hujung minggu jak , mesti ada saja resepi baru yang nak dimasak . Asal ada resepi baru jak , mesti akan masak tym hujung minggu . Kali ni , kitorang bertiga plan nak buat "martabak jawa" pulak . Ni sebenarnya idea Miera dan Syazwa . Dah lama tak makan "martabak jawa" , kempunannn daaa~
Dekat Sabah , martabak lebih famous ngan nama "martabak jawa" . Tak tahu pulak aku asal usul nama tu . Yang penting aku tahu pilih , beli dan makan . Tak semestinya belakang nama martabak tu ada "jawa" jadi pembuatnya pun mestilah orang "jawa" . Nehi nehi nehi , anda silap besarrr~

Antara bahan perisa yang diperlukan~
Dicampur bersama isi martabak :p


Menggunakan tepung gandum yang dah diubah suai dengan dicampurkan marjerin + telur + air
Bulatkan tepung yang dah diuli sebulat-bulatnya


Yang ni pulak isi martabak
Ahli-ahlinya ialah ayam yang sudah dimasak secara percik lada hitam ( pastu dipotong halus dan comel ) + mushroom + kubis + telur putih 2 bijik~
Digaulkan menjadi 1 :p


Lepas dibulatkan , kita leperkan pulak dengan comel :p
Lepas tu , masukkan dalam kuali 


Percubaan pertama :(

Percubaan kedua dan seterusnya :)
Dah boleh wat kitorang bertiga tersenyum 

Erk , nak tanya sikit ... tepung terugi tu tepung gandum ka ? Aku bab-bab tepung ni failed sikit . Martabak yang kitorang wat tu langsung takda rasa martabak tapi bila masuk mulut ... alahai , sedapnya :p Betul , sesungguhnya aku tak tipu ! Tak caya , korang try lah sendiri :) Selamat mencuba , peace :p



PRACTICE MAKES PERFECT !!!








^_^

Tuesday, October 2, 2012

Sanah Helwah :)

Sanah helwah ya akhi ku sayang :)
Sorry lah tahun ni Ayu x dapat sambut burfday Qayum . Jangan nangis ya :p

Hari ni 02 Oktober 2012 . Dengan rasminya adik lelaki aku berumur 15 tahun . Satu-satunya adik lelaki aku :) 

Good luck PMR ya Qayum ... buat yang terbaik . Ayu dengan family sentiasa berdoa untuk Qayum . Sekarang ni , umo Qayum dah masuk 15 tahun , dah besar dah . Bukan lagi 5 tahun~ Erk , apa lagi nak taip ehhh ???

Erm , jangan lupa صلاة ... mohon pada الله  supaya mudah menerima ilmu . Jangan lupa kasi doa Ayu ngan family sekali . Malas dah nak bebel panjang-panjang .

Apapun , Ayu sentiasa sayaaang Qayum . K , i tak tipu taw !!! Sekian , banyak gi kerja nak wat :p












^_^





 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb