Sunday, July 30, 2017

Kalau Tak Beradab, Tak Cantik Uiii

Assalamua'laikum

Semalam aku ikut my mom pegi lawat my uncle di Queen 1 (hospital). Kalau hujung minggu, panjang sikit masa melawat, dari jam 12.30 tengah hari-7.00 malam. So, gerak dari KP dalam jam 11 lebih. Dekat jam 2 petang jugalah sampai Queen 1 tu.

Wad my uncle ni di tingkat 8. Tengok di area lift, tak juga ramai sangat. Nak naik tangga? Ada nenek aku ikut, so memang tak r nak naik tangga. Ada dua lift untuk pelawat, tapi satu tu rosak pula dah. Aduhhh...

Bila lift dah sampai bawah, bagi chance orang yang dah lama tunggu lift untuk naik duluan. Time tu, hanya nenek aku golongan warga emas yang tunggu lift. Sepatutnya turn kami yang naik lift lepas tu, so ready dah tunggu depan lift. Bagi ruang sikit untuk dorang keluar dari lift.

Eh eh, tetiba ada satu group family ni pi stay depan pintu lift tu supaya dorang dapat naik lift lepas tu. Stay depan pintu lift weyh! Sampai orang yang nak keluar dari lift tu tak nampak jalan keluar!


Adab kat mana weyh? Tak nampak ka yang kami ni dah tercongok menunggu depan lift? Eh eh, boleh pula engkorang satu family berdiri depan pintu lift tu, berdiri depan kami dan tanpa segan silu pi potong turn kami untuk guna lift. Dah lah orang belum habis keluar dari lift tu, engkorang pula tak sabar nak rempuh masuk 😠

Dah namanya hospital, awat lerrr pi bawa budak-budak bawah umur. Apa engko ingat hospital tu bebas dari kuman? Lagipun budak bawah 12 tahun tak digalakkan untuk masuk di wad orang sakit. Senang dijangkiti kuman.

Sampai di tingkat 8, ehhh ada pula group tu menunggu di luar wad. Kah! Tak dapat masuk lerrr tu sebab kena jaga budak-budak di luar wad 😜 Tingkat 8, budak umur 12 tahun ke bawah tak boleh masuk 😏

Ingat, walau di mana kita berada, adab tu jangan dilupakan. Jangan sesuka hati potong turn orang lain. Sampah jangan dibuang merata. Kalau dalam train/ MRT/ LRT dan adik-beradik tu, jangan juga selfish. Utamakan orang tua, ibu mengandung. Barang engko tu jangan la letak di atas kerusi, kerusi tu tempat orang duduk. Bukan tempat letak barang! Emosi sikit lepas tengok gambar pompuan tu pi letak barang dia di atas kerusi dalam MRT. Dia ambik ruang 2 kerusi uiii letak barang dia 😒


Jaga adab sesama manusia, adab dengan alam sekitar, adab dengan makhluk Allah yang lain. Adab tu mencerminkan akhlak kita. Sama-samalah kita menjaga adab. Selfish tu boleh, tapi tengok tempat dan masa yang sesuai!

Friday, July 21, 2017

Cinta Terlebih Gula

Assalamua'laikum


Manisnya, kau yang rasa

Cinta bukan mainan. Hati bukan untuk diseksa. Janji? Janji memang bukan untuk didustai. Tapi sayang, kita tiada magis untuk melihat masa depan. Kau ada? Aku tak ada. Sebab itu berlaku Cinta Terlebih Gula.

Zahra: Bila gelojak rasa terlebih, timbang tara pun jadi rosak. Dia suka aku, aku tak mahu dia. Bila aku dah mula suka gila kat dia, berani dia tak suka aku! Mana boleh suka-suka macam tu!

'Hati ini bukan organ semudahnya kau pianokan. Kau rosakkan ritma, kau hancurkn nada.'

Wafi Ady: Aku, original manusia. Sebab itu aku ada khilaf, defect sana sini Gagal kelulusan Sirim. Tapi aku ikhlas bila aku kata... maafkan aku, marilah mula kembali pada mukasurat satu.

'Aku ini Adam, yang terleka. Berdosa namun janji mahu kembali setia pada Hawanya.'

'Aku, Zahra. Bukan Hawa... Kau tiada kuasa pengaruhi aku.'

'Aku Ady... punya cita-cita menjadi lelaki pertama dan terakhir kamu. Sila register itu!'

Jadinya, harus bagaimana cerita ini ditamatkan? Kau tahu? Aku tak tahu. Sebab itu kena khatam dahulu.

🌹🌹🌹


Memang kalau novel Lynn Dayana, lain dari novel yang lain. Cinta Terlebih Gula (CTG) ni, bukan kisah cinta dua darjat. Yang sorang anak Tan Sri, yang sorang anak kampung yang serba kekurangan. Oh nonono!

Zahra dan Ady, dijodohkan oleh keluarga. Zahra memang sedaya upaya tak mau dengan si Ady ni, banyak alasan dibagi terutama faktor umur. Si Ady ok ja, berlagak cool dan macho. Zahra memang jenis jujur kalau bercakap, dia tak nak kawen dengan si Ady. Ady pula, pujuk dan mengayat si Zahra ni. First time bertentang mata, si Ady terus tunjuk rasa suka ❤


Demi untuk happykan family, Zahra terima Ady. Demi untuk gembirakan mama, Ady terima Zahra. Majlis tunang jadi majlis nikah 💑. Kalau novel lain, salah sorang mesti akan dibenci kan kan kan. Tapi bukan di CTG ni 😉

Ady jadi pilihan menantu sebab lulus bab agama, boleh jadi imam, pastu bermoral siket r. Zahra pula disayangi sebab dia ibarat pompuan melayu terakhir.

Bila sudah sah jadi laki bini, Zahra jadi isteri sebaik-baik isteri solehah. Ady, tetap dengan gaya romantik tapi macam dingin sikettt. Panas tak sampai ke petang, kengkadang pagi tu pun dah hujan. Cenggitu la rumahtangga Zahra.

Mula goyah bila Ady terjumpa dan tercinta balik dengan gadis pujaan dulu kala, si Mia. Macam kes yang famous sekarang, rumahtangga goyah sebab isteri/suami terjumpa kekasih lama time reunion. Nauzubillah minzalik...

Zahra pendam sengsorang, tunggu untuk Ady berterus terang. Dia mau luah dengan family, family macam lebih sayangkan Ady. Family masing-masing ingat dorang bahagia. Raya tahun tu, Zahra sudah sediakan baju colour Emerald Green. Tapi Ady pakai baju pilihan Mia. 

Zahra sambut raya di hospital sebab keguguran. Bila family Zahra tak dapat contact dia, dorang contact family si Ady sebab dorang ingat Zahra raya dengan keluarga mertua. Time tu baru terbongkar yang Zahra dengan Ady ni ada masalah.

Lepas keguguran tu, Ady jumpa Zahra untuk bincang. Disebabkan Mia taknak bermadu, Ady kena ceraikan Zahra. 
Akhirnya, Ady Zahra cerai 😭😭😭

Baca Cinta Terlebih Gula ni, takda maknanya suweeet mueeet overdose sampai boleh kena diabetes 😒 Semuanya sebab si Ady. Kalau si Ady ni wujud, patut dihempuk kepalanya dengan periuk kuali 😂

Zahra ni macam watak si Mastura (Nelydia) dalam drama 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta'. Bila laki dikacau pompuan lain, dorang bukan pasrah macam tu ja tapi lawan untuk lindungi rumahtangga dorang. 

Mia ni tak jugalah digambarkan sorang yang sexy dan penggoda macam dalam drama tu, yang watak pompuan ketiga mesti overdose 😂 Kah!

Baca novel ni, kena baca dengan mata hati. Fikir apa pengajaran dari novel yang dihasilkan. Macam dalam CTG ni:

- Cinta tanpa batasan, membinasakan

- Kalau terjumpa ex buayapreng-gilapreng tu, janganlah gatai mau sambung ikatan yang sudah terputus melainkan kedua-duanya single. Yang dah kawen, ingat sikit pasangan yang dinikahi

- Apa hal, boleh dibawa bincang

- Walau sedalam mana usaha kengkawan kau nak korek kisah rumahtangga tu, jangan lerrr dikongsikan. Tapis, mana yang boleh kongsi, kongsilah. Yang tak digalakkan untuk kongsi, elakkan

- Berbakti pada orang tua, saling menyayangi antara adik-beradik

- Hargai si dia yang anda nikahi terutama si isteri. Bahagiakan isteri, rezeki mencurah-curah uiii. Isteri jangan pula curang dengan suami!

Penat dah taip. Novel CTG ni, aku bagi 11/10 👍👍👍. Overdose 😂

Penulis: Lynn Dayana
Harga: RM32 sm, RM35 ss
Cetakan: Poreng Kertas Publication
558 muka surat

Wednesday, July 19, 2017

'Manisnya Darah Haidmu'

Assalamua'laikum

Dapat dari Whatsapp, tak salah kalau aku share di sini. Sekadar saling mengingati sesama kita terutama kaum H A W A

"Manisnya darah haid..." - yang benar, akulah 'dia'...

#kisahbenar... darah itu keluar dari rahim wanita kemudian melalui faraj & akhirnya diratah 'dia'...

"Setiap hari masa bungkus plastik yang penuh pad dalam tong sanitary tu... bau dia tersangat busukkk... ada yang penuh pad & berketul2... ada sekali tu dalam pukul 10.10 malam saya dengaq bunyi bising dalam bilik ayaq tu... bila bukak tengok... ada 2 pad yang penuh darah kat lantai... macam ada orang keluaqkan... meremang saya masa tu... balik pun tak boleh nak tidoq sebab fikir macam macam..."

Ini pengakuan dari Aini... seorang cleaner di Langkawi.

"Kami jadi cleaner ni pun kadang tak sangka orang Islam kita pun biaq pad lagu tu... takkan depa tak tau 'benda tu' suka darah? Dulu tok saya pun cerita... ada sorang perempuan ni dia buang pad dia dalam tong sampah... pastu keluaq sat nak ambil pad baru... masa dia masuk bilik ayaq tu semula... dia tengok ada sorang perempuan tua makan2 pad dia yang penuh darah tu... lepas dia cerita kejadian tu kat mak dia... 3 hari dia demam panas... pastu meninggal... Tolonglah basuh pad"

Menurut Aini... sepanjang dia buat kerja cuci tandas... kerja yang dia paling seram nak buat adalah bungkus tong sanitary kerana dia sangat percaya 'banyak yang berkumpul' di situ...

Seram bila bercakap dengan Aini... tapi saya tak nafikan kebenarannya sebab dalam Al-Quran pun dah diterangkan...

Surah Az-Zukhruf Ayat 62:

وَلَا يَصُدَّنَّكُمُ الشَّيْطَانُ ۖ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. 

"Saya pernah tegur seorang adik yang buang pad penuh darah ni supaya basuh elok2 pad tu baru buang... pastu dia marah saya balik & cakap saya kolot"

Dalam Al-Quran dah diterangkan yang syaitan iblis ni tunggu untuk sesatkan anak cucu Adam. Ya... walaupun kita tak nampak tapi dia memang ada.

Disebabkan ramai tak tahu pantang larang ni lah, finally jadi macam macam benda pelik.

Cuba fikir...
Kenapa ibu yang berpantang tak boleh keluar rumah?
Sebab darah nifasnya sangat disukai makhluk halus...

Cuba fikir...
Kenapa kita tak boleh mandi tanpa seurat benang?
Sebab 'dia & sekutunya' mengintai kita & kalau dia dah jatuh hati tu boleh bawa sampai ke bilik...

Cuba fikir...
Kenapa anak anak kecil kena azan & iqamat sesudah lahir?
Sebab ada syaitan - Ummu Sibyan yang tunggu untuk sesatkannya...

Cuba fikir...
Kenapa uri perlu ditanam dengan mengikut cara Islam?
Sebab uri tu keluar dari faraj seorang wanita yang punya bau hanyir yang sangat2 disukai makhluk halus... sebab tu kena hilangkan baunya & tanam sedalam-dalamnya...

Banyak kes yang saya terima di #9bulan10hari berpunca dari kecuaian & disebabkan kecuaian tulah ramai yang menyesal...

Buat semua wanita... basuhlah pad/kain yang terkena darah haid/nifas ni secuci cucinya dengan menggunakan sabun sehingga hilang bau... kemudian balutlah dengan kertas surat khabar & masukkan dalam plastik kemudian baru buang.

Rahim... faraj... semua tu 'barang' kita yang nak guna lama... uruskan benda yang ada kaitan dengannya sebaiknya...

🌹🌹🌹

Bab kebersihan ni memang aku pandang serius, sebab kalau tak jaga kebersihan dari situlah munculnya penyakit. Lagi-lagi bab cucian pad ni. Bertahun duk asrama, kalau ada mesyuarat asrama (MA) memang akan ada isu pad ni.

Kalau yang malas cuci tu, dia pi buang ja dalam mangkuk jambat tu. Tu salah 1 penyebab tandas tersumbat. Duk asrama memang tak kan lari dari masalah mangkuk jamban tu tersumbat. Haiyaaa... patutlah tiap tahun ada student yang histeria. Sebab si'dia' tu dah meleleh ayaq liuq terpikat dengan 'haruman' pad yang tak dicuci 

Ada juga yang cuci sambil lewa ja. Cuci gitu-gitu, tak hilang warna tak hilang bau. Bukannya ambik masa yang lama pun nak cuci bersih, gosok dengan sabun sampai hilang warna dan bau. 

Ingat:
Rahim... faraj... semua tu 'barang' kita yang nak guna lama... uruskan benda yang ada kaitan dengannya sebaiknya...

Ada aku tengok video di facebook tentang toilet di India. Ya Rabbi!!! Kotor sangat-sangat! Gigih aku tengok video tu sampai habis sebab nak tau apa alasan dorang pasal membuang taik merata tu. Hairan, kenapa dorang tak buat toilet sendiri di rumah 😷 Tandas yang disediakan pula, dorang tak bersihkan sebab konon tu keja majlis perbandaran 😪 

Hadoyaiii, takkan nak harapkan pihak lain pi bersihkan? Sendiri mau guna, pandai-pandailah kasi bersih. Macam dorang kurang kesedaran tentang menjaga kebersihan ni. Rela berak secara terbuka dari bersihkan tandas tu 


Bila dia tunjuk tandas pompuan pula, lega kejap sebab tengok lantai tandas tu bersih sikit dari tandas lelaki. Bersih sikettt ja la. Tetiba, mata aku fokus kat tong dalam tandas tu. Tang ni aku memang dah rasa nak muntah. Gila!!! Pad yang tak dicuci and ada darah lagi 😭😭😭 OMG!!! Trauma!

So, jagalah kebersihan tak kira kebersihan peribadi atau persekitaran. Kusyuk ke nak buat ibadah dalam keadaan yang kurang bersih? Kebersihan terjaga, sekurang-kurangnya dapat mencegah dari mendapat gangguan syaitan, terhindar dari penyakit dan keracunan makanan.

Ingat, mencegah lebih baik dari mengubati 😉
Sama-samlah kita menjaga kebersihan
Allah suka orang yang bersih dan menjaga kebersihan

Semoga perkongsian ini bermanfaat 😄

Saturday, July 15, 2017

Hidangkan Ambuyat Kepada Tetamu

Assalamua'laikum

Salam 21 Syawal 😄 Masih dalam mood raya lagi? Raya tahun ni, memang berbeza dari tahun yang lepas-lepas. Tahun ni kami lebih banyak pergi beraya, melawat saudara-mara, kawan-kawan mama bapa time bertugas di tempat lama dulu. Jadi, lebih banyak terima tetamu time waktu malam. Kalau siang, memang pintu tutup tak buka-buka 😂

Ada satu hari ni, saudara sebelah bapa datang beraya time tengah hari. Yang pompuan duk di rumah, yang lelaki pegi solat Jumaat. Ngam-ngam hari tu nak makan ambuyat. Kelam kabut jugalah memasak, nasib baik belum masak nasi time tu. Sebab kalau makan ambuyat, kami tak masak nasi banyak. Aku confirm tak makan nasi, sumbat ambuyat ja di perut 😝

Ambuyat ni sebenarnya takda rasa, yang bikin sodap tu cicah. Lagi sodap cicah dengan kuah kari atau masak lomak, ada lagi satu... haaa, ikan masak ampap! Boleh google apa kebendanya 'ikan masak ampap' tu 😏

Siapa yang pandai makan ambuyat, duk di meja lain. Yang tak pandai makan ambuyat, boleh makan nasi. Tapi geng aku makan ambuyat ni tak pandai guna candas 😂 K, candas ni macam chopsticks cuma bersambung di hujung. Tak macam chopsticks, terpisah dua.


Time ni, kami makn ambuyat cicah kari ayam. Perghhh, memang sodap. Lauk sampingan pula timun jepun, tuntul 😘 Anak buah aku selagi tak habis tuntul tu, selagi tu la dia duk di meja makan sedut tuntul tu 😂

K, mesti blur kan tuntul tu apa 😏 Tuntul tu siput sedut 😜 Memang rezeki la pagi Jumaat tu turun pekan, ada orang jual tuntul. Satu bungkus RM2 ja, so aku beli 2 bungkus 😉 Rezeki dorang sepupu aku juga dapat makan tuntul sebab dorang cakap tempat dorang susah nak jumpa tuntul yang murah 😁

Yang ni ruangan untuk yang makan nasi 

Kalau yang makan nasi, merata dorang duduk. Duk di lantai dapur, tak pun di ruang tamu atau di depan tv. Habis kari ayam, cecepat kakak aku masak sardin 😂 Sardin pon boleh buat sebagai cicah ambuyat 😉

siput sedut aka tuntul (gambar dari Google)

ni candas

nak makan ambuyat bukan macam ni

macam ni yang betul 😉

Kalau rajin, aku buat ar video cara guna candas yang betul untuk makan ambuyat. Tu pun aku post di ig. Tu pun kalau aku rajin 😜

Ambuyat ni asal dari pokok rumbia. Lepas proses itu ini jadilah tepung sagu. Kalau di pasar Kuala Penyu atau Beaufort, sagu ni ada yang harga dalam RM2 dan RM5. Mughah jorrr 😁 Proses nak buat ambuyat, kalau aku taip pun bukannya korang faham kan 😏 Mesti tengok video juga tu 😉

Nantilah kalau rajin, buat entry lain pula pasal ambuyat ni, lebih detail 👍😉

Tuesday, July 11, 2017

Kau Yang Satu

Assalamua'laikum

Tiada lagi setelah kau apatah lagi sebelummu

Kau Yang Satu | Siyesss, best siot novel ni 👍👍👍. Ulang baca berpuluh kali pon tak boring 😄

Taufik kerugian dalam pelaburan dan kes Mesra Tower sebanyak sejuta, jadi Datuk Mustaza tolong selesaikan hutang Taufik dengan syarat Taufik kena kahwin dengan pilihan dorang. Taufik yang ada girlfriend, si Isabella confirm lerrr bangkang gila-gila syarat bapa dia 😏

Salina ni gadis pilihan orang tua Taufik. Anak sorang nelayan, Sulaiman. Dia ada pilihan hati juga, si Zulkifli. Taufik memang benci bebenor dengan Salina sebab bagi dia, Salina tu macam tembok penghalang antara dia dengan Isabella.

Lepas kahwin, beria betul si Salina mau tarik perhatian si Taufik tapi tetap tak dilayan. Pastu, kawan Salina si Normah bagi idea supaya buat bodoh ja dengan Taufik. Lama-lama, bila si Salina tak peduli dan buat hal sendiri, si Taufik angau sendiri 😂 Padan muka! 😝

Bila dorang start hidup happy, hati si Isabella pula merana sebab break dengan Taufik. Lagipun si Taufik selalu bagi dia gift yang mahal-mahal, selalu bagi duit. Jadi, Isabella ni macam hilang sumber kewangan lerrr.

Pastu, Isabella tabur fitnah lerrr sampai Salina tak percaya sudah dengan si Taufik. Parents si Taufik pon macam pulaukan. Bapa si Salina ja yang percaya si Taufik tak salah. Bila si Taufik rasa dia sudah tak disayang, dia pon bawa diri 😂 Merajuk lah katakan, gittew 😜

Tapi, memang dasyat lah balasan yang si Isabella dapat. Ermmm... dasyat lagi mengerikan 😏 Tapi, memang best la novel ni. Aku bagi 8/10 😉




Sinopsis:

Bot milik peribadi Datuk Mustaza telah karam dipukul ombak sewaktu dia keluar memancing di Laut China Selatan. Nasibnya baik, dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman. Datuk Mustaza terhutang budi dengan Sulaiman dan ingin menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina anak Sulaiman.

Taufik tidak setuju dengan cadangan papanya kerana dia telah mempunyai kekasih bernama Isabella, model terkenal tanah air. Manakala Salina pula telah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung.

Namun segala impian mereka tidak tercapai. Masing-masing terpaksa akur dengan pilihan orang tua. Taufik menuduh papanya kolot kerana masih terikut-ikut cara orang lama mencari jodoh. Salina pula terpaksa putus dengan Zulkifli.

Bagaimanakah perkahwinan Taufik dan Salina? Dapatkah mereka melayari bahtera bersama?


Penulis novel: Nia Azalea
Cetakan: Alaf 21
Harga: RM14

Monday, July 10, 2017

Gabbar

Assalamua'laikum


G A B B A R. Saja-saja tukar pi channel 108, Tara HD. Tengok kejap citer Gabbar ni, eh eh macam best pula 😍😍😍. Apalagi, layan terusss... Kalau tengok tang pelakon tu, memang aku tak minat ar. Nasib baik jalan citer best 😏👍

Heboh di seluruh Maharashtra tentang kehilangan 10 orang pegawai daerah. Tak lama lepas tu, 9 pegawai dikembalikan hidup-hidup. Yang sorang pula mati tergantung sebab antara 10 orang tu, yang mati tu adalah pegawai yang paling banyak terima rasuah berbanding yang 9 orang tu. Pastu, polis and semuanya dapat CD bukti rasuah tu dari mystery man iaitu 'GABBAR', yang mempunyai misi untuk banteras corrupt officers.

Polis pun asyik meeting meeting and meeting tapi kesudahannya, tetap takda penyelesaian. Bila si Sadhuram nak bersuara bagi idea, diketawakan and dihina pulak dahhh. Mentang-mentang dia tu cuma police driver, pegawai lain pandang sebelah mata ja. Tapi sebenarnya si Sadhuram ni boleh dapat pangkat yang lagi tinggi cuma dia mau bersih dari rasuah, tu yang keja setakat jadi police driver.

Aditya dan Shruti

Detik pertemuan Prof Aditya dengan si lawyer Shruti ni malas aku nak ulas panjang. Makin lama dorang makin rapat. Ada satu hari ni Aditya bawa Shruti pi Patil Hospital sebab si Shruti luka kena langgar scooter alkisahnyerrr. Luka sikettt ja pun tapi pihak hospital tu desak suh bayar dengan harga yang x masuk akal. Kiranya pihak hospital tu macam along lerrr 😒

Malas aku nak citer peristiwa di hospital. Tengok sendiri video yang aku share ni. Dah ramai yang duk share video camna si Akshay Kumar bongkar kegiatan along di Patil Hospital. Alaaa, yang ada wanita yang baru kematian suami pastu Akshay tolong tuntutkan medical insurance tu sekaligus dia bongkar jenayah along hospital tu 😏




Bila masyarakat tahu aktiviti along hospital tu, dorang pun kepung young owner hospital tu, si Vikas Patil. Vikas time tu dalam keta, jadi tak dapat nak pi mana-mana. Dengan gaya brutal lagi angkuh lagi temberang sambil pegang pistol, dia pi hadap la masyarakat yang kepung dia. Apalagi, memang kena belasah kaw-kaw sampai si Vikas ni tertembak diri sendiri 🔫

Jadi, bapa si Vikas ni mengamuk gila. Selagi dia tak dapat tangkap pembunuh si Vikas, selagi tu la dia tak kan bakar mayat anak dia. Terkujat si Digvijay Patil (bapa si Vikas) bila dapat tau orang yang menyebabkan anak dia mati tu rupanya orang yang dia pernah bunuh 5 tahun lepas.

Ni la bapak kepada rasuah, Digvijay 😡

Kalau ikut pendapat aku, si Digvijay ni watak dia macam bapak segala rasuah. Orang manyak ong, sana sini dia pi rasuah. Dalam cerita ni, memang seluruh Maharashtra ni diJAHANAMkan oleh RASUAH! Betapa dasyatnya kuasa rasuah 😠

Eh eh, kenapa ada Kareena Kapoor ni? Haaa, dia sebenarnya isteri si Aditya tapi mati dan kematian dia ada kaitan dengan si Digvijay 😒

Kalau aku citer sampai abis, macam tak best pula. Biar citer ni gantung di blog aku, supaya korang rajin mau layan citer G A B B A R  ni 😏 Kah! Aku bagi 9/10 XD


Acaner kalau G A B B A R  ni wujud di Malaysia?


G A B B A R  is back...

Saturday, July 8, 2017

Raya Di Perantauan

Assalamua'laikum

Salam Syawal 🎉 Selama hidup 25 tahun ni, hanya sekali aku beraya di perantauan. Lepas tu tobat dahhh tak balik ghaye 😂 Sodih wey lagi-lagi kami lebih meriah dengan Aidilfitri berbanding Aidiladha.

Raya Adiladha dari skola menengah memang aku sambut di perantauan. Kalau time tu ngam-ngam cuti, bolehlah sambut dengan family. Tapi, kalau raya Aidilfitri... ngalir ayaq mata bila family jauh di mata dekat di hati 😢 tsskkk

Masa tu tahun 2012. Baru sambung study di KUIN, jadi nak jimat belanja terpaksa korban raya dengan family. Takda pinjaman, biasiswa pun lom dapat lagi. Memang tak ah nak beli tiket flight 😂 Nasib baik ramai juga budak Sabahan yang tak balik beraya. Takdalah sunyi sangat...

Masa tu sem 1, memang confirm lerrr duk asrama. Jadi, time raya tu kami tumpang duk di rumah Farha. Sambut kecil-kecilan ja. Beli kuih raya sikettt, pastu Farha pula masak nasi impit dan kuah kacang. Bab masak ni serah ja dengan Chef Farha 👍 Bab makan serah kat aku ja 😝

Bangun time pagi ghaye tu, semangat nak pi sembahyang raya kononnya. Tengok jam 🕙 😱😱😱 Dah pukul 10 pagi! Nak sembahyang raya memang tak ah 😂 Solat Subuh pun ikut waktu overseas 😂 Ampun ya Allah...

Geram juga dengan bebudak time tu. Duk bagi salam nak beraya, bila dipelawa masuk taknak masuk pula kalau takda duit raya 😠 Grrr... Dah lah kuat dia memekik depan rumah 🏠 "Kalau takdak duit ghaye, kami taknak masuk beraya" Rasa nak hempuk ja bebudak tu.

Bapa dengan mama tak sanggup dah kalau aku tak balik raya Aidilfitri. Aku sendiri tak sanggup. Kah!


Yang duk jauh dari family tu, jangan lupa lawat ibu bapa anda. Luangkan masa anda bersama mereka. Mereka happy, kita bahagia, hidup diredhai, syurga menanti 😉 

Tuesday, July 4, 2017

Mari Belajar Bahasa Arab

Assalamua'laikum

Mari belajar Bahasa Arab | Ilmu Bahasa Arab ni banyak cabangnya. Nahu, Sarf dan segala yang berkaitan yang aku sendiri poning nak belajar 😂 Kalau English ada Grammar, Arab pula ada Nahu 😉

Kalau English, ada He is... We are...
Kalau Arab pula, أنا اريد... نحن نذهب...
So, kalau buat karangan Arab atau English... memang banyak problem tang Grammar/ Nahu 😂
Pasai tu aku tak pilih course Arab

Kalau buat ayat, yang simple ja la aku tau 😂
انا اكل السمك
نحن نذهب الى السوق
أحمد يلعب كرة القدم
عائشه يشرب الماء
Padahal dah bertahun study Arab 😰 Ni mesti sebab terlebih makan jeruk masam 😢

Oh my English!
Oh my Arab!
😱😱😱

So, mari belajar Bahasa Arab 😉

الحيوانات


العمل


الألوان


المركبات


Kalau nak tau lebih lagi tentang Arab ni, boleh godek-godek facebook Maju Bersama Al Lughah Al Arabiah 👍👍👍. Terasa rindu nak belajar/ bercakap Arab, aku godek-godek la page tu 😢

Tapi, yang ni jugalah berjaya mencuit hati 😂👍 'Messi La'iba Kurotal Qodam' yang bermaksud 'Messi bermain/pemain bola sepak 😁
 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb