Tuesday, December 29, 2015

Cinta Si Wedding Planner

Assalamua'laikum

Perebutan tempat parkir kereta menjadi permulaan peristiwa kisah Zara si wedding planner dengan Fariz, bekas tentera laut yang berhati batu.

Dalam hati Zara ketika itu, hanya ada Bazli, sepupunya sendiri. Namun Zara & Bazli tidak pernah menyangka bahawa jodoh sebenarnya bukan milik mereka berdua. Kasih mereka yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan mak lang dan pak lang hancur di tengah jalan.

Berlaku pertemuan demi pertemuan yang tak disangka antara Zara & Fariz. Meski Fariz selalu mengejek Zara, hanya lelaki itu dapat membuatkan Zara melupakan Bazli. Dalam kerasnya hati lelaki itu, ada juga penyayangnya.

"Kerusi kereta kau ni buat aku sakit badan la." - Fariz
"Ni hanya kerusi kereta, bukannya tilam King Koi!" - Zara
"Kalau ya pun, tukarlah kerusi empuk sikit. Recaro ke." - Fariz

Puan Marina, mama Fariz yang berkenan akan keperibadian Zara terus menghantar pinangan hingga terjalinnya ikatan suci antara Zara & Fariz. Zara rela menerima walau hatinya belum wujud getaran cinta buat Fariz.

"Abang teringin pankek, jem blueberry, and omelette for breakfast. Boleh sayang buatkan untuk abang?" -Fariz
"For you, my dear... I will do anything for you." -Zara

Fariz yang tidak pernah putus asa untuk mencuba, akhirnya berjaya. Hati Zara kini miliknya. Pada saat bahagia mula bersemi, cinta pertama Fariz kembali muncul menagih kasih.

"Hanya satu aje permintaan Zara. Kejujuran! Zara hanya nak kejujuran daripada abang!"
"Dia kekasih aku! Dah lama kami bercinta! Puas?"

Jawapan Faiz bagaikan sembilu tajam menusuk hati Zara. Fariz bertukar 360 darjah setelah munculnya wanita itu dalam rumah tangga mereka. Adakah rasa cinta terhadap kekasih lama Fariz masih mekar dalam hati lelaki itu melebihi rasa kasihnya kepada Zara? Mampukah ikatan suci yang dahulunya kembang dengan bunga-bunga kebahagiaan dapat diselamatkan?

"Jika dia kebahagiaan yang awak inginkan, saya akan mengundur diri"

Fariz Adryan: Adi Putra
Izara Batrisya: Mira Filzah


Aku bagi 8/10  :D

Penulis: DHIYANA
Harga: RM29 sm, RM32 ss



Selamat membaca & jangan lupa tonton #cintasiweddingplanner di Akasia TV3 jam 1900 pm




Tuesday, December 22, 2015

Jubah Plain Koshibo Murah

Assalamua'laikum


بسم الله الرحمن الرحيم

ABAYA MALIZA

-basic plain Abaya Maliza
-Material: heavy peach koshibo
-wudhu & nursing friendly
-cutting A
-setiap colour ada dua design tangan (getah & zip)

Price:
Tangan getah: RM60 sm, RM65 ss
Tangan zip: RM65 sm, RM70 ss




Berminat???
Whatsapp only: 0198934755 

#jubahplainmurah
#basicplainabayamaliza
#jubahplainwudhuandnursingfriendly
#bolehbeliborong
#beliborongdapathargalagimurah
#sayajual


Boleh singgah di ig @jubahplain



Wednesday, November 25, 2015

Happy Belated Birthday

Assalamua'laikum

Amaran: cerita ni sangat-sangat dah basi k...

5 O.G.O.S 2015

Thank U so much everyone. Thank U for all the wishes and the du'a. 

So, cerita bermula begini...
Pada zaman dahulu kala,
bermulalah sebuah cerita...

Malam tu, lepas makan (dinner la kononnya), tetiba DikMal ajak g makan kat kepci. Takdak angin takdak ribut. Yang aku terkejutnya sebab kami baru lepas makan. Perut aku pun still kenyang lagi. Dah housemate yang lain x mau teman dia, aku g la ikut. Ajak sekali Ecah dengan Kyra. Rupanya...

Esok nya...
Tengah hari...
Baru habis kelas...
Baru sampai rumah...
Skodeng dari tingkap nampak ayam terbongkang atas lantai *kitorang makan kat lantai
Aku dah lah nak terkucil, depa lagi lambat-lambat buka pintu
Time tu nak memanas juga la
Rupanya...
Lepas buka pintu, depa surprised me with sejibik kek and nyanyian 'happy birthday'. Owhhh, sangat terharu k

Opsss, sebelum ke acara seterusnya lebih baik aku p menunaikan hajat nak terkucil. Ehekkk :p

Sila layan gambar k :D



Ohhh, rupanya DikMal ajak g kepci tu dia nak belanja aku sempena birthday. Kalau aku tau, aku x makan banyak sebelum tu. Biar pajak semua makanan dalam kepci. Muahahahahahahahaha

Bab kek pulak, depa g tempah masa kami d kepci tu la. Amboiii, patutla x mau makan kepci.

Mira plak, malam time makan kepci tu baru sampai dari Sabah. Esoknya, dia x mai kelas. Rupanya, p masak nasi ayam. Hadoyaiii

Thanks so much girlsss! Anyway, alhamdulillah I am officially 23. Gerun plak makin hari usia semakin meningkat...




Tuesday, November 24, 2015

Sejuta Maaf- Achik Spin

Assalamua'laikum

Entah mengapa rasa sayang padamu
Dengan kejujuranmu membuat ku merindu
Oh kekasih

Tidak sepatutnya ku nyatakan
Untuk mencurahkan perasaan
Walau aku telah punya teman yang setia

Waktu sunyi ku membicara
Membuai daku yang terlena
Hingga tak dapat ku menolak kehendakNya

Sejuta maaf oh kekasih
Sekiranya kau menanggung segalanya
Daku hanya insan lemah
Yang hanya berserah resah dan rasa gelisah

Kali ini ku melaluinya
Walaupun payah untuk mengerti
Atau mungkin menyintai keduanya
Jika terpaksa

Perasaan yang membelenggu
Membuatku seakan membisu
Gelisahku membilang waktu
Sepi tanpamu...

Sejuta maaf oh kekasih
Sekiranya kau menanggung segalanya
Daku hanya insan lemah
Yang hanya berserah resah dan rasa gelisah

Kali ini ku melaluinya
Walaupun payah untuk mengerti
Atau mungkin menyintai keduanya
Jika terpaksa

Perasaan yang membelenggu
Membuatku seakan membisu
Gelisahku membilang waktu
Sepi tanpamu...

Entah mengapa rasa sayang padamu
Dengan kejujuranmu membuat ku merindu
Oh kekasih


Sama-sama kita sedekahkan surah al-Fatihah kepada arwah Achik... 



Monday, November 23, 2015

Kimchi Untuk Awak!

Assalamua'laikum

Insiden terlanggar lelaki kacukan Melayu-Korea, Danial Lee Jae Hwan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon adalah permulaan kacau-bilau dalam hidup Bella. Hilang terus moodnya untuk menikmati penerbangan kelas perniagaan yang dihadiahkan oleh kak long apabila dia terpaksa duduk di sebelah lelaki yang menyebalkan hatinya itu.

Episod huru-hara berterusan apabila kak long memaksa Bella membuat kimchi sempena majlis menyambut kedatangan presiden syarikat tempat kak longnya bekerja ke Malaysia. 

Hati Bella semakin tidak aman apabila mendapat tahu bahawa presiden tersebut adalah Danial Lee Jae Hwan dan rupa-rupanya keluarga mereka saling mengenali malah mahu menjodohkannya dengan lelaki 'samseng' itu. Walaupun masing-masing tidak mahu disatukan, namun satu insiden berlaku di kampung akhirnya memaksa Bella dan lelaki itu diijabkabulkan.

Tatkala cinta mula bercambah, Bella melarikan diri ke Seoul gara-gara salah sangka yang sengaja diada-adakan oleh Yoo Ri. Manakala perasaan rindu telah membuatkan Danial Lee Jae Hwan menjejaki Bella di Seoul dan cinta mereka memekar semula. Namun Yoo ri dan Zara sentiasa muncul untuk mengganggu rumah tangga mereka. 

Dapatkah Danial Lee Jae Hwan dan Bella mempertahankan keagungan cinta mereka?

"Mampukah hubungan yang masam dan pedas seperti kimchi jadi semanis cotton candy?"

Sebuah karya terbaharu daripada penulis bestseller Suri Ryana



Aku bagi 8/10. 
Penulis: SURI RYANA
Harga: RM29 sm, RM32 ss


Tak silap aku, novel "Kimchi untuk awak!" ni bakal diadaptasi ke drama. Dan pelakon yang memegang watak Dang Lee Jae Hwan ialah Nazim Othman. Kalau x silap aku lerrr. 



Sunday, November 22, 2015

Ayat-ayat Cinta Bercerita

Assalamua'laikum

Terkadang hati kita dapat melihat apa yang mata tidak akan sanggup melihatnya- H. Jackson Brown, Jr.

Kita mungkin bisa memberi tanpa cinta, tetapi kita tidak bisa mencintai tanpa memberi- Bernard Meltzer.

Ketika kamu dicintai oleh seseorang maka kamu akan memperoleh semangat, ketika kamu mencintai seseorang, maka kamu akan memperoleh keberanian- Lao Tzu.

Biarkan hatimu dipenuhi perasaan cinta, hidup tanpa cinta bagaikan taman bunga layu yang tidak pernah disinari sinar mentari- Oscar Wilde.

Cinta terbentuk dari satu hati yang menghuni dua insan- Aristotle.




Thursday, November 19, 2015

Berkata Ibnu Qayyim

Assalamua'laikum

Jika Allah mudahkan bagimu mengerjakan solat malam, maka janganlah memandang rendah orang2 yang tidur...

Jika Allah mudahkan bagimu melaksanakan puasa, maka janganlah memandang orang2 yang tidak berpuasa dengan tatapan menghinakan...

Jika Allah memudahkan bagimu pintu untuk berjihad, maka janganlah memandang orang2 yang tidak berjihad dengan pandangan meremehkan...

Jika Allah mudahkan pintu rezeki bagimu, janganlah memandang orang2 yang berhutang dan kurang rezekinya dengan pandangan yang mengejek dan mencela. Sebab itu adalah titipan Allah yang akan dipertanggungjawabkan kelak.

Jika Allah mudahkan pemahaman agama bagimu, janganlah meremehkan orang2 yang belum faham agama dengan pandangan hina...

Jika Allah mudahkan ilmu bagimu, janganlah sombong dan bangga diri... kerana Allah lah yang memberimu pemahaman itu. 

Boleh jadi orang yang tidak mengerjakan Qiamullail, puasa (sunnah), tidak berjihad, dan sebagainya lebih dekat pada Allah darimu.

Ibnu Qayyim berkata:
"Sungguh engkau terlelap tidur semalaman dan pagi harinya menyesal... lebih baik daripada qiamullail semalaman namun pagi harinya engkau merasa takjub dan bangga diri... sebab orang yang merasa bangga dengan amalnya tidak akan pernah naik (diterima) amalnya". 




Wednesday, November 18, 2015

Luahan Hati Yang Sayu

Assalamua'laikum




Kat atas tu luahan sayu salah sorang lecture yang pernah mengajar arwah, and sangat rapat dengan arwah. Lebih menyedihkan, arwah eksiden depan bangunan opis lecture tu.


Arwah ni student Thailand, berkelana mencari ilmu di bumi Insaniah. Dengar citer dari geng2 Thailand, lepas convo tu arwah nak balik Thailand sebab dah dapat keja. Sem2 lepas, aku memang selalu juga nampak arwah kat kampus.


Sebelah2 uma sewa kami tu ada geng2 muslimat Thailand juga menyewa. Malam lepas arwah eksiden tu, depa pakat kumpul ramai2. Nak g tanya itu ini rasa segan plak. Kita sendiri boleh nampak betapa kuatnya hubungan silaturrahim antara depa. 



AlFatihah untuk arwah Miti 





Tuesday, November 10, 2015

Terlajak Kata Buruk Padahnya

Assalamua'laikum

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. So, kita kena jaga tutur kata supaya x undang masalah pada diri sendiri.

Janganlah sesuka hati tutur atau tulis bait 'cinta' yang holeh mengguris hati. Hubungan boleh jadi hambar, layanan pun dah x semesra dulu.


"Be Careful with your words. Once they are SAID they can be only Forgiven, Not Forgotten"



p/s: x sindir sesiapa pun, sekadar untuk saling mengingati dan memotivasikan diri. 




Tuesday, November 3, 2015

Siapa Yang Tahu???

Assalamua'laikum...

Siapa tahu anak paling nakal rupanya Allah nak dia dapat didikan, doa & tangisan dari ibu bapanya sehingga dia dididik dengan sebaiknya...

Siapa tahu lambat kahwin rupanya Allah hadiahkan perkahwinan yang sebenarnya...

Siapa sangka gagal dalam exam beberapa kali rupanya bakal jadi seseorang yang hebat...

Siapa sangka setiap hari kena maki & dihina dalam pekerjaan dan perniagaan rupa-rupanya, Allah nak dia jadi kuat dan bersyukur... dan lebih menyayangi orang susah ketika dia senang nanti :)

Allah yang merancang semuanya...

#esokakuexamduapaperweyh
#wishmeluckokay
#istisyraqmanahij

p/s: Siapa nak order GreenTea Thailand, boleh contact saya :D





Thursday, October 29, 2015

24 Tanda Hati Kotor

Assalamua'laikum


24 TANDA HATI KOTOR:

1) Gelisah walaupun tiada masalah.
2) Selalu berbangga dengan diri sendiri.
3) Angkuh dengan pandang hina terhadap semua orang.
4) Sombong & bongkak.
5) Selalu mengintai keaiban orang & sebarkannya.
6) Suka mengumpat & membuka aib orang lain.
7) Gembira melihat orang lain susah dan rendah daripada dirinya.
8) Lidah yang tajam atau x menjaga hati orang.
9) Suka menyakiti hati orang dengan sindiran.
10) Berlagak alim semata-mata untuk dipuji orang.
11) Menyampaikan ilmu dengan riak.
12) Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain.
13) Berpakaian elok  untuk dipuji.
14) Derhaka kepada kedua ibu bapa.
15) Talam dua muka (manis di depan tapi jahat di belakang).
16) Suka menjatuhkan & memijak orang dengan kuasa yang ada.
17) Solat yang x boleh kusyuk.
18) Kagum terhadap diri sendiri.
19) Selalu mencari salah orang.
20) Cinta kepada duniawi & materialistik.
21) Mudah bersangka buruk terhadap orang.
22) Membesar-besarkan hal yang remeh temeh.
23) Suka bergosip & menabur fitnah.
24) Menggunakan agama & berdengki atas perkara duniawi.


Mudah-mudahan kita semua dijauhkan dari sikap begini. Ameeen







Wednesday, July 8, 2015

Botol

Assalamua'laikum


BOTOL...


1) Kalau diisi air mineral, harganya RM1

2) Kalau diisi jus buah, harganya RM8

3) Kalau diisi Madu Yaman, harganya RM200

4) Kalau diisi minyak wangi odd, harganya RM1 000

5) Kalau diisi air longkang, ianya akan dibuang dalam tong sampah sebab langsung tiada harga & tiada siapa yang suka


Botol yang sama tapi harganya berbeza sebab apa yang terisi di dalamnya adalah berbeza

Begitu juga kita...
Kita semua sama...
Kita, semua manusia...
yang membezakan kita antara satu sama lain adalah IMAN & AMAL yang ada dalam diri kita
yang akan menyebabkan kita berharga di sisi ALLAH atau kita dipandang hina oleh ALLAH lalu dibuang ke dalam neraka...



Wallahua'lam




Wednesday, July 1, 2015

Kebetulan Dia Dipanah Petir!!!

Assalamua'laikum


Mejar Summerford dipanah petir pada 1918. Dia bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan. Kudanya bagaimanapun maut.

Enam tahun kemudian, semasa sedang memancing di kampung halamannya di Vancouver, Kanada, sekali lagi Summerford terkena panahan petir, mengakibatkan dia lumpuh separuh badan.

Malang baginya, apabila enam tahun selepas itu, dia sekali lagi dipanah petir tapi kali ini seluruh badannya lumpuh.

Summerford meninggal dunia dua tahun kemudian akibat derita yang ditanggungnya.

Selepas meninggal dunia, satu panahan petir berlaku di kawasan perkuburan Vancouver.

Anehnya, hanya nisan Summerford yang patah.




sumber: Majalah Mastika *MAC 2004

Monday, June 29, 2015

Morning!!!

Assalamua'laikum...

Fikir sebentar...

... kadang kala orang tak kenal kita, maka ia bercakap tentang kita apa yang tak pasti... tapi bila ia kenal barulah dia mengaku kesilapannya...

... mungkin juga sebab tak memahami diri kita, maka orang tak bersetuju dengan kita... tapi bila faham barulah dia mengakui pandangan kita...

... dan bila tak kenal dan faham, sudah pasti orang x terasa nak membantu... menolong... dan ambil berat tentang kita...

... so, jom kembali kepada rukun U-S-R-A-H...

-taa'ruf
-tafahum
-takaful

sebab, ianya juga adalah rukun U-K-H-U-W-A-H :)








Friday, June 5, 2015

Gegaran Di Sabah

Assalamua'laikum

Awal pagi tadi, anggaran jam 0710 a.m-0715 a.m terasa gegaran di Sabah. Yang paling teruk gegaran di daerah Ranau. Kalau x tau Ranau tu katna, di sanalah terletaknya Gunung Kinabalu. 

Gegaran kategori 'sederhana', berukuran 6.0 skala Ricther (dalam berita 5.9). Daerah yang paling kuat merasa gegaran tu di sekitar Ranau, Kota Marudu, Kota Belud, Kota Kinabalu dan Beaufort. Pepagi ni, whatsapp penuh gosip tentang gegaran. Punca sebenar gegaran tu masih samar-samar. Kononnya, Gunung Sinabang kat Indonesia meletus. Tak tau la... tunggu pengesahan dari pihak yg sahih

Cousin aku yang baru sampai UMS whatsapp habaq dia terasa gegaran tu.
Kawan aku kat Kota Belud (KB) pun habaq gegaran sangat kuat sampai line pun hilang.
Kawan yang duk kat Lahad Datu (LD) plak habaq x terasa gegaran, hee

Dan...


ada ramalan gegaran kedua akan berlaku sekitar jam 0840 a.m-0900 a.m

Ya Rabbb...




Wednesday, June 3, 2015

Selamat Pengantin Baru #AnnAnip

Assalamua'laikum...

Pada 31 Mei 2015 bersamaan hari ahad, aku dan Wewen dan Piepy dan Syazwa serta hakak aku yang aku angkut sekali mencemar duli menjelajah ke Bongawan demi menghadiri majlis perkahwinan schoolmate Limauan dulu iaitu Nuraihan.



Gigih tunggu sampai pengantin bersanding...

menunggu ketibaan pengantin lelaki













dan












tadaaa










bagai pinang dibelah dua


pengapit pompuan pun cantikkk (adik pengantin pompuan)


bukan aku yang kembang, tapi baju yang besar. kihkihkih


jejaka-jejaka Limauan




kawan maktab pengantin pompuan




parents pengantin pompuan

yang ni family belah pompuan. pengantin pompuan tu anak kedua.


ni plak gambar time nikah. aku ambik dari fesbuk kengkawan



Alhamdulillah, tahniah pasangan #AnnAnip. Selamat Pengantin Baru. May Allah bless your marriage with barakah happiness rezq and wonderful moments!!!






^_^





Monday, May 25, 2015

إنا لله وإنآ إليه رجعون

Assalamua'laikum...

INNALILLAH HI WAINNA ILAIHI RAJIUUN

Terkejut, seperti sedang bermimpi kawan yg rajin bertegur sapa bila terserempak di mana2 telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi. Setiap kali cuti, dia rajin tanya samada aku balik Sabah or x, and apa aktiviti masa cuti. Tak sangka kepergianmu terlalu awal, semoga Allah mengampuni segala dosa & menerima semua amal kebaikanmu... dan menempatkanmu di kalangan orang2 yang beriman, ameeen. 

Sungguh, arwah memang sorang sahabat yang baik & ramah... persahabatan terjalin sejak semester 1 lagi (sekelas Insaniah Language School-ILS).
Selamat berehat sahabatku. Tenanglah kau di sana wahai sahabat yg murah dengan senyuman.




Wahai si HAFIZ AL-QURAN, jasadmu x akan dimamah bumi, bahkan diangkat & dimuliakan Allah di langit & syurga
Wahai si HAFIZ AL-QURAN, kenangan bersamamu x akan kami lupakan
semoga hafalan AL-QURAN 30 juzu' yg tersemat di jiwamu memberikan bekalan terindah buatmu utk dibawa ke 'sana'



Al-Fatihah buatmu sahabat, Muhammad Hazmin bin Ibrahim
05 June 1990-25 May 2015





Thursday, May 21, 2015

Convocation #throwback

Assalamua'laikum

alhamdulillah, setelah 4 tahun duk timba ilmu di negeri jelapang padi... akhirnya, kini aku dah bergelar graduan! perghhh! aku tipu! kihkihkih. aku lom convo lagi, insyaAllah dalam tahun 2016 or 2017. doakan aku taw! yang sebetulnya, dorang kakak2 senior ni yang convo...

depa dua la yg convo, kak Dila & kak In



tahniah! tahniah! tahniah! bukan senang nak dapatkan degree ni. dengan kau frust time belajar, nak siapkan assignment lagi, nak layan kerenah kawan2 lagi, itulah inilahhh... 

so, daripada aku mengarut lelebih... meh layan gambar2 pre-convo 
kreatif kan? ni bebudak student thailand yang hasilkan. betapa gigihnya depa buat benda alah ni khas buat depa yang convo






next...





Lokasi: depan Chancellory+tasik
Model: kak In & kak Dila
Photographer: NourAdieb *ececeh
kak In


kak Dila











ok, bye!







^_^





 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb