Mejar Summerford dipanah petir pada 1918. Dia bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan. Kudanya bagaimanapun maut.
Enam tahun kemudian, semasa sedang memancing di kampung halamannya di Vancouver, Kanada, sekali lagi Summerford terkena panahan petir, mengakibatkan dia lumpuh separuh badan.
Malang baginya, apabila enam tahun selepas itu, dia sekali lagi dipanah petir tapi kali ini seluruh badannya lumpuh.
Summerford meninggal dunia dua tahun kemudian akibat derita yang ditanggungnya.
Selepas meninggal dunia, satu panahan petir berlaku di kawasan perkuburan Vancouver.
Anehnya, hanya nisan Summerford yang patah.
sumber: Majalah Mastika *MAC 2004
No comments:
Post a Comment
Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini