Monday, November 23, 2015

Kimchi Untuk Awak!

Assalamua'laikum

Insiden terlanggar lelaki kacukan Melayu-Korea, Danial Lee Jae Hwan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon adalah permulaan kacau-bilau dalam hidup Bella. Hilang terus moodnya untuk menikmati penerbangan kelas perniagaan yang dihadiahkan oleh kak long apabila dia terpaksa duduk di sebelah lelaki yang menyebalkan hatinya itu.

Episod huru-hara berterusan apabila kak long memaksa Bella membuat kimchi sempena majlis menyambut kedatangan presiden syarikat tempat kak longnya bekerja ke Malaysia. 

Hati Bella semakin tidak aman apabila mendapat tahu bahawa presiden tersebut adalah Danial Lee Jae Hwan dan rupa-rupanya keluarga mereka saling mengenali malah mahu menjodohkannya dengan lelaki 'samseng' itu. Walaupun masing-masing tidak mahu disatukan, namun satu insiden berlaku di kampung akhirnya memaksa Bella dan lelaki itu diijabkabulkan.

Tatkala cinta mula bercambah, Bella melarikan diri ke Seoul gara-gara salah sangka yang sengaja diada-adakan oleh Yoo Ri. Manakala perasaan rindu telah membuatkan Danial Lee Jae Hwan menjejaki Bella di Seoul dan cinta mereka memekar semula. Namun Yoo ri dan Zara sentiasa muncul untuk mengganggu rumah tangga mereka. 

Dapatkah Danial Lee Jae Hwan dan Bella mempertahankan keagungan cinta mereka?

"Mampukah hubungan yang masam dan pedas seperti kimchi jadi semanis cotton candy?"

Sebuah karya terbaharu daripada penulis bestseller Suri Ryana



Aku bagi 8/10. 
Penulis: SURI RYANA
Harga: RM29 sm, RM32 ss


Tak silap aku, novel "Kimchi untuk awak!" ni bakal diadaptasi ke drama. Dan pelakon yang memegang watak Dang Lee Jae Hwan ialah Nazim Othman. Kalau x silap aku lerrr. 



6 comments:

  1. Replies
    1. siyes best, x tau la brp page. da pulang balik novel dgn tuan dia

      Delete
  2. watak danial lee jae hwan tu aiman hakim redza laa bukan nazim..

    ReplyDelete
  3. watak danial lee jae hwan tu aiman hakim redza laa bukan nazim othman ..

    ReplyDelete

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb