Tuesday, June 19, 2012

Gunung Kinabalu: Part 2




 
Sambung story tentang Gunung Kinabalu. 12 Jun, awal pagi lagi kitorang dah blah dari Hotel Perkasa. Kena bertolak awal ke Kinabalu Park, iaitu tempat permulaan mendaki Gunung Kinabalu.


Boleh letak kereta kat bawah dan korang kena panjat tangga-tangga tu. Kalau tak larat, bawa masuk jak lah! Buat mereka yang nak bermalam kat Kinabaku Park, disarankan untuk letak kereta di dalam. Sediakan payung sebelum hujan  XD 

Bayaran masuk ke Kinabalu Park dalam RM3 

Jarak Hotel Perkasa dengan National Park tak lah jauh sangat, ambik masa lebih kurang 20 minit camtu. 



Bergambar kenangan dulu


My bigboss sibuk agihkan makanan


My energy 


tips daki gunung: beg korang jangan berat sangat k!


Jam 8.20 pagi, kitorang bertolak dari ke Timpohon Gate dengan menunggang bas yang comel tapi kurang cute. Nak jalan kaki ke Timpohon Gate pon boleh 
kat sinilah segalanya bermula...


Uncle Roy bagi penerangan tentang pendakian kitorang

Maka, bermulalah pengembaraan kitorang ke Laban Rata yang terletak 6 km dari Timpohon Gate. Laban Rata ni macam tempat rehat untuk pendaki sebelum meneruskan pendakian ke puncak Kinabalu. Gittew!

Jalan yang kitorang lalui bukan jenis jalan yang rata, bukan jalan yang bengkang-bengkok tapi jalan dari bawah ke atas... 

Seriously, dengan penuh kejujuran aku mengaku... baru sampai 0.5km perjalanan, aku rasa macam nak muntah... pastu pastu pastu, rasa nak surrender pun ada juga :'(

Yeah, semangat Dieb! Kau boleh! Berbekalkan semangat yang hampir pudar, maka aku paksakan juga kaki aku melangkah setapak demi setapak sehingga akhirnya kaki aku membawa aku ke pondok Kandis. Wahhh, cepat-cepat aku landing. Nafas pun dah macam nafas kuda. Penat giler padahal baru 1km perjalanan.

Belum sampai seminit aku berehat, Cikgu Hyairron pulak muncul di belakang aku. Dia suruh aku teruskan perjalanan sebab kitorang tak digalakkan ambik masa yang panjang untuk berehat. Atas sebab kepenatan yang melampau, maka aku tetap duduk di pondok Kandis sambil tayang gigi. Tak larat dah aku nak jalan. 

Hampir 5 minit aku di pondok Kandis, baru aku gerak. Sambung pengembaraaan... aku gerak pun sebab time tu dah takda orang yang lalu lalang. Sunyi, buat hati aku tak keruan. So, cepat-cepat aku kejar Cikgu Hyairron yang dah jauh di depan. 

1 jam kemudian, baru aku sampai dekat pondok Ubah yang terletak 1.5km dari Timpohon Gate. Tu pun dengan nafas yang tak teratur. Rupanya dorang Kak Cora , Kak Dianne , Cikgu Hyairron dan Faris pun berehat dekat pondok tu. Masing-masing keletihan + rasa nak muntah. Tak lama pastu, kakak aku pun sampai dekat pondok Ubah. 
Lepas makan dan minum, kitorang teruskan perjalanan. Wahhh, kali ni aku yang paling depan. Tetiba semangat yang hampir pudar tadi kembali menyala-nyala. Membara! Kitorang tak ambik banyak masa untuk sampai ke pondok Lowi yang terletak 2km dari Timpohon Gate. Macam biasa, kitorang akan berhenti rehat. Perjalanan selepas pondok ini penuh berbatu. Dan sangat mencabar!
Alamak, hujan!!! Perjalanan terpaksa dipercepatkan dan alhamdulillah, akhirnya dapat juga kitorang berteduh di pondok Mempening. 
Pic ni pakcik dari Penang yang snap. Thanks uncle. Aku ingat pakcik tu bukan warganegara, rupanya anak mami. Sorry uncle! Eh jap, mana pula dah guide kitorang? 

Yang paling best, chipmunk dekat pondok Mempening ni jinak sangat. Mula-mula aku tak perasan ada chipmunk, Cikgu Hyairron yang nampak.
 Tak jauh dari pondok Mempening ni juga, ada RTM stesen / Helipad. Dekat jam 12 camtu, kitorang tiba di Layang-Layang Hut. Haa, dekat Layang-Layang Hut ni ada pondok dan juga asrama untuk pekerja Kinabalu Park. Layang-Layang Hut ni terletak kira-kira 2 702.3m dari paras laut atau 4km dari Timpohon Gate.
Bila kami tiba di pondok Villosa, subhanallah... sungguh nyaman sekali udara di sana kerana terletak di puncak bukit dan terdedah dengan angin. Pokok-pokok bonsai pun banyak.Trail selepas pondok Villosa ini sangat menarik *aku tak tipu taw sebab ada tangga-tangga berbatu dan pokok-pokok bonsai yang subhanAllah cantik.

Aku diapit oleh Kak Cora dan Kak Dianne
Nie lah Cikgu Hyairron

cantik kan view? tapi jalannn, penuh berbatu


 Istigfar aku dalam hati sebab belakang aku tu, gaung!!!

gambar ni en guide kitorang yang ambikkan, dia segan nak bergambar 

Angin yang pada mulanya hanya sempoi-sempoi bahasa tetiba mengganas. Adeh, macam nak terbang dah aku kena tiup angin ni. So, be careful. Salah langkah, maka akan terjatuh terguling-guling. Nauzubillah minzalik...

Seperti yang aku risaukan, hujan tetiba turun secara menggila sebaik kitorang tiba di Panar Laban yang terletak kira-kira 3314.3m dari paras laut. Kitorang tetap meneruskan perjalanan dan akhirnya kitorang berlima selamat tiba di Laban Rata. Alhamdulillah... Ingatkan kitorang bermalam dekat Waras Hut, rupanya bukan. Mula-mula kitorang ambik keputusan nak tunggu jak dekat restoran tapi time tu baru jam 02.30 petang, mana ada makanan lagi time tu. Makan malam mula jam 05.00!

Sekali lagi, kitorang berlima terpaksa meredah hujan yang airnya sejuk seperti ais untuk sampai ke tempat penginapan. Satu dugaan dan cabaran, kitorang terpaksa lalui trail dalam keadaan yang sejuk dingin dan licin. 10 minit kemudian, kitorang pun sampai dekat Burlington Hut. Agrhhh , salah tempat lagi! Itu tempat penginapan buat dorang yang join rock climbing.

Rupanya kitorang akan bermalam dekat Gunting Ligadan Hut yang terletak kira-kira 3323.5m dari paras laut. Ini bermakna dari Burlington Hut ke sana akan ambik masa 10 minit. Oh no, aku dah tak terdaya melawan angin dan hujan. Dah lah jalannya pun curam semacam. Kalau jatuh tergolek tertonggeng??? Air yang turun dari puncak Gunung Kinabalu tu pun deras semacam. Nasib ada tali, boleh berpaut.

Sebaik sampai di Gunting Ligadan dekat jam 3 petang, terus semua tukar pakaian dan berbungkus dalam selimut. 3 helai selimut masih tak dapat hilangkan kesejukan kami. Risau pulak aku dengan dorang yang lain, masih lagi di bawah.

 20 minit kemudian, akhirnya my bapa selamat tiba di Gunting Ligadan. Alhamdulillah~ Bapa aku ni masa zaman muda memang aktif, selalu join daki Gunung Kinabalu. Sorry bapa tertinggalkan bapa di belakang. Dia tunggu kawan dia sama-sama daki bukit. Kawan bapa aku tak berapa sihat. 

Camna nak sampai puncak Kinabalu ni kalau cuaca buruk? Siapa yang sanggup ambik risiko mendaki time cuaca buruk? Aku lebih rela hilang duit dari hilang nyawa. Huhu... Jam 5 petang, xda tanda-tanda untuk turun makan malam dekat restoran. Masing-masing sanggup berlapar dari meredah hujan dan angin yang sejuk hingga ke tulang sum-sum. Lagipun, time tu tak nampak apa dah. Pemandangan penuh kabus, hanya nampak cahaya lampu jak. Tu pun samar-samar.

Jam 7 petang, barulah yang lain-lain selamat sampai di Gunting Ligadan. Haip, dari 14 orang tetiba tinggal 13 orang. Mana sorang lagi? Rupanya yang sorang tu patah balik ke Timpohon Gate. Aku tengok masing-masing dorang menggeletar kesejukan. Jari-jemari Cikgu Mizan pun bertukar warna menjadi biru. Laparnya perutku. Nasib Kak Mimi sudi sedekah maggi dekat kitorang.

Jam 8 malam, masing-masing masuk tido. Tak layan dah perut






^_^




4 comments:

  1. nak pi sana la, macam best ja^^

    ReplyDelete
  2. akak dah 7 kali mendaki gunung...sekali aje tak sampai...ehehehhehe

    ReplyDelete
  3. love aktiviti nature ..:) anyway sabah mmg jd target untuk melancong bila dah ada duit sendiri nnti..hehe..jd tourist guard sy ye,hehe

    ReplyDelete

Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb