Wednesday, June 21, 2017

Kisah Bapa And The Gang

Assalamua'laikum

Kisah 1: Durian

Tak tau la camna boleh muncul cerita pasal durian time iftar tadi 😂 Sebelum bapa pencen, bapa and the gang selalu pergi kursus atau seminar. Ada satu hari tu dorang pegi seminar di KK.

Berdekatan dengan hotel tempat dorang menginap, ada orang menjual durian. John Cena ( bukan nama sebenar ) ni memang hantu durian. Tak cukup dengan makan di gerai tu, sambung lagi makan di bilik. Nasib baik John Cena ni ambik bilik single. So, bapa and yang lain pun join makan durian dalam bilik tu 😂

Durian dah habis, tetiba John Cena pi buka tingkap bilik. *Cerita gantung, pastu bapa ketawa-ketawa. Aku pun dah curious. Why??? Dia nak kentut ka sebab perut penuh durian? Or nak sendawa kuat-kuat?


Pastu bapa sambung cerita...

John Cena: Kena buang ni kulit durian. Kuat baunya ( sambil tengok di luar tingkap) Takkan la... dia nak baling kulit dan sisa durian tu pi luar tingkap?

Pecah lagi ketawa bapa aku. Rupanya betul, John Cena nak buang ke bawah dari tingkap 😂 Ngam-ngam ja tong sampah besar lepak cantik di bawah area tingkap tu.

GEDEGANG!!!

Bunyi kuat sebab ngam-ngam time tu tong sampah kosong. Dah lah baling dari tingkat tiga 😂 Pastu tong sampah pula bukan jenis plastik, tapi yang macam zink tu. Memang kuatlah bunyi nyerrr 😂 Nasib baik bungkus dalam plastik, takda lah nak berterabur time baling pi bawah. Kah!


Kisah 2: Kepala Ikan

Time tu dorang bapa pegi Tawau untuk majlis hari guru. Time dinner, Mansor ( bukan nama sebenar ) booking kepala ikan ( lauk: ikan masak 3 rasa ). Tapi, hasrat tak tercapai sebab kepala ikan tu keras nak mampos! 😂

Mansor: Macam mana mau makan kalau keras macam besi ni? ( sambil ketuk-ketuk kepala ikan guna sudu )

Hilang selera nak jamah makanan yang dihidang, akhirnya dorang pi makan di kedai luar 😂 Ikan tu disyak dah digoreng awal pagi, tapi dihidang pada waktu malam 🐟


Happy ja bapa time throwback kisah lucu bapa and the gang. Bila orang tua kita happy, kita pun senang hati 😉

H A P P Y   F A T H E R ' S   D A Y ,  B A P A ! 
🎉😘

21 comments:

  1. Hahaa..selamba je buang ikut tingkap

    ReplyDelete
  2. Hahaha. Nakal nya buang dr tingkap blk je. Slmt tak kantoi. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara paling cepat nak nyahkan sisa durian 👍👍👍

      Delete
  3. ble ka sis ktawa sni d upis baca ni cerita AHAHAHAHAHA
    nda perna di buat urg ba, buang durian dari tingkat 3.. aduhai

    ReplyDelete
  4. paling kelakar part pegi buang kulit durian kat tingkap.. haha

    ReplyDelete
  5. Kalau dia kentut pun tak berbau kentut. Bau durian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kentut bau durian, mesti bahagia kan cium bau 😂

      Delete
  6. Haha.. Brutal betul baling dari tingkat 3 :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, kerana sebiji durian terus keluar brutal 😂

      Delete
  7. hahahaha.. dri tingkat tiga ba, tinggi tu. :D :D

    ReplyDelete
  8. Seronok kan dengar cerita orang-orang lama terutamanya ayah kita sendiri... lagi seronok kalau diaorang ketawa sambil bercerita... havoc...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ketawa betul bapa time bercerita 😁 terus macam kita pun kena tempias happy + lucu tu

      Delete
  9. Dui, ingatkn kita ja budak2 nakal, rupa2nya yg senior pun sama nakal...boleh buang kulit durian mcm tu ja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan 😂 Sy pun nda tfikir bah mau buat begitu. Memang taiko la 😂

      Delete
  10. Hahaha.. Sama perangai macam abah sha.. Suka cerita kenangan-kenangan lama..Dah pencen kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan dengar kisah dorang. lagi2 kisah nakal 😂

      Delete

Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb