Tuesday, November 1, 2016

7 Hari Mencintaiku

Assalamua'laikum

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So, apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!"

Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh disudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang dilemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.

"Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus terus bersabar..."

Amanah? Amanah siapa yang digenggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, dikala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.


Aku bagi 10/10. 
Penulis: SITI ROSMIZAH
Harga: RM32.90 sm, RM35.90 ss

7 November ni, jangan lupa tengok drama '7 Hari Mencintaiku' dalam slot Akasia TV3. Kalau ikut cerita novel, memang best! Sangat best! Tak silap aku, ni novel kedua Siti Rosmizah yang diadaptasi ke drama. Novel pertama 'Cinta Kau dan Aku' dilakonkan oleh Fizz Fairuz & Sara Ali. 

Bagi aku, Siti Rosmizah ni bukan calang-calang novelist. Setiap jalan cerita novel dia yang aku baca memang perghhh... boleh sakit jiwa weyh

Aku nyampah gilak dengan perangai sombong+ego si Mia. Tapi bila tengok drama, aku lagi menyampah dengan Khuzairi. Aku tak suka watak yang asyik mengalah ja, macam lembu dicucuk hidung. 

Antara moral values yang aku dapat dari novel ni:

1) Jangan memandang orang dari status dan hartanya. Kerana kasut emas Fir'aun pun berada di neraka, sedangkan selipar lusuh Saidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di syurga.

2) Jangan memandang orang dari darjat kedudukan kerana seorang lelaki dari Yaman yang masyarakat meminggirkannya dengan menganggap dia sebagai orang gila rupanya diberitahu Rasulullah saw bahwa namanya terkenal di langit iaitu Saidina Uwais al-Qarni.

Subhanallah...


psttt, nak tanya ni... takda kah pengarah nak amik Beto Kusyairy jadi pelakon utama drama adaptasi novel?


                

8 comments:

Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb