Thursday, November 24, 2016

Rasa Sayang Hey

Assalamua'laikum

Rasa sayang hey
Rasa sayang-sayang hey
Hey lihat nyonya jauh
Rasa sayang-sayang hey!

Lagu yang memang famous dan aku juga selalu nyanyi lagu ni time kocik-kocik
Tapi, ada kisah misteri disebalik lagu yang riang ni

Aku dari form 1 dah duk asrama
So, faham-faham ja la kalau jadi budak asrama
Kongsi segala citer hantu
Terselit plak kisah tentang lagu 'Rasa Sayang Hey' ni

Cerita begini...
Once upon a time...
Jeng jeng jeng
Alkisahhh
Tersebutlah kisah...
Dikeheningan malam...

Cenggini, aku pun dah ingat-ingat lupa citer tu
Kisah ni terjadi di satu skola yang aku x tau nama skola tu dan aku x tau samada wujud atau x skola tu
Yang penting bukan kat skola aku
Biasalah, cerita kannn... x semestinya sahihhh

Ada 3 budak pompuan stay kat dewan memandangkan hanya depa bertiga yang x boleh solat. (rasanya dorang escape solat)
Sementara tunggu kawan-kawan yang lain abis solat, dorang pun nyanyi lagu 'Rasa Sayang Hey' tu dengan riang ceria, hati banyak suka. Antara banyak-bnyak lagu, lagu tu juga depa pi nyanyi

Tetiba, masing-masing terasa macammm...
Ada 'seseorang' sedang join dorang nyanyi lagu tu.
Suaranya terasa dekat, dekat sangat di telinga.
"rasa sayang hey, rasa sayang-sayang hey" mungkin ada kawan yang sedang menyakat

Dorang ilek je sebab dorang fikir tu geng lain yang sengaja nak takutkan.
Ilek-ilek pun bulu roma tetap naik sebab makin lama lagu tu jadi lain macam.

Dari nyanyian rancak tetiba semakin slow dan...
"rasa... rasa..."
Semakin lama, semakin jauh suara tu "rasa... rasa..."
Orang cakap, kalau kita dengar suara tu dekat maknanya 'seseorang' tu jauh... Dan kalau suara tu jauh, maknanya dia dekat!

Budak bertiga ni dah rasa lain, sebab tahu selain dorang bertiga ada yang keempat. Dan yang keempat semestinya... sebab budak skola selain dorang bertiga xda yang suka langgar peraturan. Serentak dorang bertiga dongak kepala tengok siling thennn...



Tak silap aku dorang demam seminggu ke histeria. Almaklumlah, citer lama. Dah lupa-lupa ingat. Dan aku sendiri tak tau sejauh mana ke'sahih'an citer tu.

Sekiannn...

pssst: lepas ni ada hati lagi ke nak nyanyi 'Rasa Sayang Hey!'? lalala~




Tuesday, November 22, 2016

Adik Kite Plak Yang Convo!

Assalamua'laikum

Selasa lepas, turn adik pompuan aku plak yang convo. Satu-satunya adik pompuan aku. Yeay! 👏😁 Tahniah sistur! Lepas ni kita berjuang apply keja plak. Chaiiiyoo! 💪

happy si adik dah graduated!

adik lelaki aku xda time ni, xdan dia nak mai tengok hakak-hakak dia convo 😢

yeayyy!
#diplomateknologibinaanbangunan

Hijau itu aman! So, aku pakai Abaya Maria Green. ala-ala pilot gitu  😝  sape nak abaya cenggini, boleh contact 0198934755. boleh juga singgah di ig @jubahplain untuk lihat pelbagai koleksi abaya yang menarik!


sempat lagi aku promote jubah 😊😉




Thursday, November 17, 2016

I Love You, Stupid!

Assalamua'laikum

Kisah kemanusiaan yang penuh dengan kasih sayang. Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.
Aku Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I'm bad and I'm dangerous! 

Aidan? My main course yang sangat menyelerakan!
"Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris..." -Aidan

Inspektor Ebrahim? My parfait, perfect!
"Sir! How could you! Menggoda seorang gadis di bawah umur?" -Iris
"Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!" -Ebrahim

Firman? Yucks! Mulutnya, Ya Rabbi! Lebih pedas dari segalanya!
"Untuk bodyguard saya... yang sangat macho, stylo... dan..."
"Dan apa?" -Firman
"Ermmm... satu hari nanti dan apa, akan terjawab. So biarkan saja tempat kosong itu." -Iris

Lara, Farina dan Violet, my divas. We're hot, sexy and naughty. Bukan sembarangan lelaki boleh mendampingi lelaki dan kami juga tidak mendampingi sembarangan lelaki.

Kegembiraan aku dan divas tidak berpanjangan apabila berlaku satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Demi memenuhi hasrat terakhirnya, aku membawa misi yang besar dengan mengharung hidup di tempat asing yang sangat mencabar.

"Anakku, di mana anakku. Saya sanggup buat apa saja asalkan anak saya dikembalikan... Tolonglah, saya merayu."

Semua yang berlaku mematangkan aku tentang kehidupan... tentang Islam, agamaku... tentang rasa cinta yang sebenar-benarnya cinta...

"Selama ini saya merasa sepi dan tidak berpunya. Tiba-tiba saja rasa itu menghilang bila saya mula beristigfar..."


________________________________________________________

Novel I Love You, Stupid! karya Melur Jelita. Aku bagi 10/10! Aku syorkan korang baca novel ni, sangat-sangat best.

Tentang kehidupan, agama, cinta...

"Pedihnya menahan rasa hati, menahan lidah dan perasaan... Kadang-kadang terlucut juga, dan kepala bekerja keras nak cover semula... Sakitnya mencintai dan menanggung rindu kepada hak orang. Sentiasa dihambat rasa bersalah dan berdosa...

Iris the diva yang perasan diva
Ebrahim si abang pedas
Firman si mulut laser, dan aku jatuh cinta dengan watak Firman!

Baca novel ni, banyak yang aku belajar. Apa, ingat baca novel ni jiwang je ke? ILUS ni beza;

Kehidupan, agama dan cinta. Ketiga-tiganya berkait... perbezaan kehidupan setiap watak, camna kehidupan dorang berlandaskan agama, dan cinta... cinta kepada Allah, agama dan saling berkasih sayang sesama makhluk... Juga penceritaan kehidupan masyarakat Melayu Cham di Kemboja.

Gigih habiskan pembacaan novel setebal 1389 ms ni, dengan harga RM39 sangat berbaloi dan aku tak rasa rugi. Pengetahuan tentang air tuak, and finally masa aku pegi Kelantan aritu sempat merasa air tuak. nyumnyumnyum, air tuak yang halal toyyiban! alhamdulillah, memang happy tak terkata, dan dengan muka tak malu minum air tuak 4-5 cawan!

Bacalah ILUS dengan mata hati dan mata akal. Semoga anda akan nampak sesuatu disebalik penceritaannya.

ILUS ditulis dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang. Semoga anda merasai cinta dan kasih sayang itu sebaik saja anda menyentuh ILUS.


"Cukuplah Allah ada dan dia sentiasa ada untukku"


Penulis: MELUR JELITA
Harga: RM39 sm, RM42 ss



Monday, November 14, 2016

Amaran Buat Penggemar Makan Daging Kambing!

Assalamua'laikum

Nasihat Daripada Klinik Kesihatan;
untuk penggemar makan daging kambing

sekiranya makan nasi berlauk daging kambing 🍚, minta jangan terus makan sayur 🍲. Jarakkan sekurang-kurangnya 1 - 2 jam, baru makan sayur

Sekiranya terus makan sayur, dikhuatiri kambing tadi akan meragut sayur di dalam perut anda 😱😝!

Pesanan ikhlas dari,
Dr Tee Pue Qhuat 😜





Friday, November 11, 2016

Makanan Kegemaran

Assalamua'laikum

Dulu time skola rendah selalu main tukar-tukar biodata. Biasalah, budak-budak 👧. Pastu kat biodata tu, mesti ada yang tulis pasal makanan kegemaran 🍜. Majoriti yang bajet soleh solehah buat 'masakan mak'. 😒


Aku tak, aku pi tulis nasi ayam, rojak, soto. Pastu ada la yang tak sayang mulut pi cakap aku ni anak derhaka. Tak pilih masakan mak sebagai makanan kegemaran.


Ehhh, helo!!! Kuajaq betoi la orang tu! Yang cakap tu plak hari-hari berlari pegi kantin beli soto!

Tu memori kecik-kecik dulu. Dah besar ni, jarang dah mama masak kat uma. Tugas memasak ni adik aku yang amik alih. Aku? Malas nak masuk dapur. Kah! Tugas aku kemas rumah lerrr

Aku paling suka makan ikan goreng adik aku. campur dengan sambal belacan, memang perghhh! Dahlah rangup, kriuk kriuk macam kopok. Dah jadi favorite dah sekarang ni! Tapi, kenapakah harga minyak masak naik???

K bye!




Friday, November 4, 2016

Denda Skola Aku Lagi Power Dik Oiii

Assalamua'laikum

Ni aku nak citer pengalaman denda aku duk asrama selama 6 tahun setengah.

Form 1:

Gara-gara 'TERescape' solat Subuh berjemaah kat masjid ( kitorang wajib solat berjemaah kat masjid ), first time aku didenda pakai baju batik skola pegi prep malam. Dahlah baju batik tu cepat renyuk, nak iron berjam-jam pun susah nak halus!



Form 2:

Yang ni lagi mencabar, sebab darah remaja nakal menguasai minda. Dah jadi senior kan, perangai pun dah macam syetonirrajim. Bab escape ni dah jadi perkara yang wajib dibuat. Macam hilang pedoman hidup kalau tak escape.

Aku tak ingat berapa banyak kena denda, tapi antara denda yang aku kena:
- pakai tudung & baju skola pegi prep malam, kain bebas. yang lagi mencabar iman, kena pakai secara terbalik weyh. luar ke dalam, dalam ke luar! siaplah siapa yang tudung dia hangus bahagian dalam. kahkah!

- rotan

- pegi prep malam pakai baju uniform ikut unit masing-masing dannn... hujung seluar masuk dalam stokin! (hjg sluar masuk dlm stokin aku tak kena la, time tu aku tak escape  XP)

- prep malam di dataran (tempat perhimpunan). syahdu weyh, di bawah sinaran lampu yang malap. kalau takda bulan, lagi malaplah prep malam tu

- time prep malam di dataran, time tu juga warden datang pi tanya doa sukati dia la nak tanya doa masuk tandas ke, doa iftitah ke, maksud surah Al-Fatihah ke... engko tak dapat jawab, masuk lah dalam parit beso depan masjid tu!


Form 3:

Lagi nak dekat PMR, lagilah perangai buat warden mengucap panjang. Denda time aku form 2 tu aku ulang balik ke form 3. Cuma kena tambah lagi:

- kantoi tak turun Subuh, otw nak masuk kelas pagi tu engko kena exercise lari round masjid. bapak giler besaq kawasan masjid tu. tak pun, kalau awal spotcheck lepas subuh tu dah kena lari dalam gelap. peduli lah kau termasuk dalam longkang! lari tetap lari. aku dah pernah termasuk longkang dengan telekung sekali!

- hadap muka warden kena isi borang disiplin asrama. boring asyik isi borang ja! tak pakai anak tudung isi borang. tak pakai stokin isi borang. 

- bersihkan tandas aras 1 yang kotornya sangat dasyat k! kuajaq betul dorang yang hanya tau membuang, tak pandai bersihkan. bersihkan guna tangan beb! time ni memang aku anti sangat dengan ketua wazirah (pengawas asrama), tak boleh tengok muka dia. benci, nyampah! sebab dia pun benci dengan aku. wkwkwkwkwkwk


Form 4:

Upgrade sikit. Bukan escape Subuh ja, tambah lagi dengan escape prep malam! Apalah nak jadi dengan engko ni NourAdieb!

- ulang balik denda di atas.

- pakai baju batik selama sebulan pegi prep malam. sebulan beb!!! 

- kawad selepas Subuh selama sebulan! sebulan beb bukan seminggu!!! maknanya tak dapat nak escape subuh di masjid lerrr

- gara-gara masuk asrama awal 5 minit, aku ngan kawan aku sorang ni jadi Mahsuri. Kena ikat di tiang! Syahdu nya time tu. Student laki plak sebok je intai kat tingkap. Ingat aku tak nampak ke! Memang hebohlah satu skola. Asal je terserempak, mulalah bisik-bisik mahsuri. Aku rodok juga mulut kamu tu nanti. Siapa bilang kaum adam x gosip? Lagi power weyh!

- ada pengawas pi announcement nama kitorang 13 orang suh pegi bilik mesyuarat hadap guru disiplin. satu skola la dengar nama yang wanted sangat tu. tajam betul mata guru disiplin tu. aku ingat lagi dia cakap ayat lebih kurang macam ni:

"tiada lencana, tudung buruk macam taik!!!" tapi aku tak terasa la, sebab semua tudung aku ada lencana! kahkahkah XP nakal-nakal aku pun tudung wajib ada lencana 

- form 4, kitorang ada empat kelas. so, kami yang kelas keempat ni satu kelas failed addmath! kawad kaki la di dataran.

- gara-gara tak pakai sarung lengan, hujung tangan baju aku kena gam selotip. sakitnya hati aku dengan geng warden tettt tu! memang saja nak cari salah aku!


Form 5:

Takda denda! wkwkwkwkwkwk, time ni ada timbul rasa keinsafan sikit dalam jiwa. aman sikit palo otak warden sebab tak urus kes aku dah. takda la asyik sakit mata tengok muka aku ja asyik kena denda.

Form 6:

Lower 6, ter'escape' Subuh. So, kena lari round gelanggang basketball. Sel-sel otak belum berhubung, rembat ja baju kurung kawan bawa p denda berlari! Tak terfikir nak pakai sluar panjang. kahkahkah

Upper 6, takda dendaaa! Merdeka XP sebenarnya ada denda, tapi lepas. ahahahaha. makin lah geng warden tettt tu tak puas hati!

Aku tak ingat dah denda yang lain aku kena. Maybe denda tu takda bagi impak sweet memory untuk aku. kah! 


Ni senarai denda yang aku tak pernah kena tapi pernah kena kat student lain:

*Kalau yang couple plak kantoi, dendanya kena sanding depan student lerrr! pastu isi borang disiplin, and kena lapor dengan parents (x silap aku) 

*Engko merokok di kawasan skola, siap sedia la tali pinggang makan belakang badan kau tu!

*Kes buli? Buang/ gantung asrama! kalau rumah kau dekat, huntong lerrr. rumah kau jauh? siap sedia cari bilik sewa yang dekat dengan skola

*Jalan itik dengan kerusi kayu atas kepala pusing masjid. Dah aku cakap kawasan masjid tu luas, kena denda jalan itik lagi. Memang sakit lerrr pinggang tu!

*Baca surah Yassin sebelum masuk kelas, denda yang tak turun Subuh. Time ni aku form 5, memang takda denda la aku dapat  


Denda aku yang paling menginsafkan, solat kat dataran takda lapis apapun. Tu lah suka sangat escape solat kat masjid! Memang sakitlah dahi dengan batu kecil-kecil melekat di dahi. Laki pompuan takda excuse denda tau!

Denda yang paling best, lari pusing kawasan masjid sambil nyanyi lagu 'SEMBOYAN' gara-gara lambat pegi skola! 

Duk kat skola tu, memang kau tak dapat escape kelas pagi. Dicari sampai ke lubang cacing! Dah asrama penuh, kalau engko escape kelas memang kantoi la

Kenapa aku kena denda? Sebab aku buat salah, aku yang pegi cari masalah. Tapi, aku tak citer la dengan parents, kang kena sebijik dari parents aku! 

Aku jadi seorang insan bertaulih sekarang ni pun atas jasa dorang. Kehidupan aku kat skola penuh dengan denda. Bagi aku, denda kat skola aku ni memang power tapi tak kejam. Power sebab mampu ubah perangai pelajar yang nakal. Tak kejam sebab takda lagi student yang masuk ICU sebab denda dorang. Satu ja aku tak puas hati, dengan perangai geng warden tettt yang sengaja cari salah. 

Kalau aku tak merasa denda cenggitu, maybe aku akan terus besar kepala. kurang ajar. tak hormat orang lain. Syukur sangat-sangat aku ada kenangan dengan denda yang power cenggitu. Bohot-bohot syukriah bilang dalam filem hindustan. 

Korang boleh ja jadi nakal, tapi jangan jadi jahat. Janganlah sampai melawan, derhaka dengan guru. Tak berkat ilmu korang tu! Nakal tu pun biar berpada... tapi kalau guru tu dah ceroboh hak kehormatan engkorang, kasi backhand ja!

Ingat, 'nakal biar berpada, buat jahat jangan sekali' . Syurga seorang anak terletak pada kedua ibu bapanya, syurga seorang pelajar terletak pada gurunya.

Ni la skola aku, bumi Limauan. cantik kan?



*share la denda korang time zaman skola  :D




Tuesday, November 1, 2016

7 Hari Mencintaiku

Assalamua'laikum

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So, apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!"

Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh disudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang dilemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.

"Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus terus bersabar..."

Amanah? Amanah siapa yang digenggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, dikala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.


Aku bagi 10/10. 
Penulis: SITI ROSMIZAH
Harga: RM32.90 sm, RM35.90 ss

7 November ni, jangan lupa tengok drama '7 Hari Mencintaiku' dalam slot Akasia TV3. Kalau ikut cerita novel, memang best! Sangat best! Tak silap aku, ni novel kedua Siti Rosmizah yang diadaptasi ke drama. Novel pertama 'Cinta Kau dan Aku' dilakonkan oleh Fizz Fairuz & Sara Ali. 

Bagi aku, Siti Rosmizah ni bukan calang-calang novelist. Setiap jalan cerita novel dia yang aku baca memang perghhh... boleh sakit jiwa weyh

Aku nyampah gilak dengan perangai sombong+ego si Mia. Tapi bila tengok drama, aku lagi menyampah dengan Khuzairi. Aku tak suka watak yang asyik mengalah ja, macam lembu dicucuk hidung. 

Antara moral values yang aku dapat dari novel ni:

1) Jangan memandang orang dari status dan hartanya. Kerana kasut emas Fir'aun pun berada di neraka, sedangkan selipar lusuh Saidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di syurga.

2) Jangan memandang orang dari darjat kedudukan kerana seorang lelaki dari Yaman yang masyarakat meminggirkannya dengan menganggap dia sebagai orang gila rupanya diberitahu Rasulullah saw bahwa namanya terkenal di langit iaitu Saidina Uwais al-Qarni.

Subhanallah...


psttt, nak tanya ni... takda kah pengarah nak amik Beto Kusyairy jadi pelakon utama drama adaptasi novel?


                

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb