Sunday, October 16, 2016

Realiti Hidup Mahasiswi

Assalamua'laikum

Ni aku nak share realiti hidup aku time bergelar mahasiswi...

1) Aku suka ponteng kelas
= dalam 8 sem, hanya sem 1 ja yang aku x pernah ponteng! ada yang sengaja ponteng, ada yang terponteng. minta maap, sy dah tobat!


2) Aku x suka duk depan
= paling aku x suka duk depan, tapi bila lambat masuk kelas memang kerusi depan ja la yang kau dapat. kengkadang budak skema pun x duk depan!


3) Aku malas nak bawa buku banyak-banyak tebal-tebal
= x semestinya aku x bawa buku langsung! aku cuma bawa buku yang berkaitan anddd... exampad! xda nya aku nak sediakan buku nota untuk setiap madah. bukan kedekut nak beli, tapi aku dah taip kat atas kan yang aku malas nak bawa buku banyak-banyak tebal-tebal penuhkan file comel aku!


4) Aku malas nak bawa banyak pen
= Pen sebatang dua dan pensil sebatang! Pemadam dan exampad kengkadang share ja kalau aku lupa bawa!



Haaa, buruk kan perangai aku. Kihkihkihkihkih. Korang jangan plak ikut perangai buruk aku ni!

Bab escape kelas ni, dari zaman skola lagi. Susah nak pisahkan aku dengan perangai escape ni. InsyaAllah bila dah keja nanti xda dah nak escape2. Tobat dahhh

Bab aku x mau duk depan tu bukannya apa, aku lambat faham weyh kalau aku duk depan. Susah nak fokus, susah nak tangkap apa yang diajar. Sebab tu aku akan elak duk depan!

Bab malas nak bawa buku banyak-banyak tebal-tebal tu, aku maksudkan buku nota lerrr! Bukan buku teks. Buku teks x bawa, blur la aku dalam kelas. Lagipun aku x suka share buku, muehehehehehe :p Aku lagi suka salin nota di exampad, x tebal sangat. senang nak hadam ilmu tu. xdalah nak pening palo otak tengok nota

Bab malas bawa pen bebanyak, sebab pen aku sebatang tu ada 4 warna weyh! dah masuk tahun ke-3, baru aku pakai beg pensil weyh, sebab dah banyak nak sumbat dalam tu. almaklumlahhh, senior lah katakan

pen 4 warna tu x tau tercampak kat mana dah sejak rehat panjang di uma





^_^




No comments:

Post a Comment

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb