Sunday, October 30, 2016

Atas Nama Cinta

Assalamua'laikum

"Firas... saat kau ucapkan ungkapan cinta, aku sudah bersedia serahkan segalanya. Untuk melafazkan cinta bukan mudah. Sekali kulafaz, hingga ke nafas terakhir cinta itu masih bernada dalam hati ini. Biarpun menjadi lilin yang membakar diri dalam kegelapan hanya untuk memberikan cahaya. Demi sebuah kejujuran yang kuagungkan, aku rela..." ~ARDINI

"Ardini... kerana rindu membuatkan aku mencintai dan menyayangimu. Segenap ruang nafasku, hanya namamu yang menciptakan irama cinta nan indah. Kau menghamparkan kasih untuk aku meniti batas-batas kebahagiaan bersamamu. Hingga aku berikrar, tiada nama lain yang bersemadi di hati ini." ~FIRAS

Sukarnya Firas menakhluki hati dan cinta Ardini. Pelbagai cara dilakukan agar gadis pujaan hati menjadi miliknya yang abadi. Bukankah cinta itu satu pengorbanan? Dan itulah yang menguntumkan kemanisan cinta. Ijab kabul bukti bahawa cinta mereka bukan hanya di bibir.

Gelora ombak dan taufan telah mengaramkan bahtera cinta mereka ketika disinari cahaya bahagia. Namun, mengapa ada insan yang mencemburui keindahan cinta mereka? Mengapa perlu ada duri-duri yang menghalang mereka ke puncak kasih hingga hati mereka tercalar luka?

Atas nama cinta, mereka berpegang teguh pada janji setia...


Atas nama cinta ni novel keluaran Alaf21 pada tahun 2007 oleh Novelis Lily Suriani. Aku bagi 5/5. Seriously, jalan cerita yang sangat-sangat best! 

1) Novel ni lain sikit sebab watak hero a.k.a Firas berbadan gempal, beza dengan hero lain. Heroin plak a.k.a Ardini sorang yang ayu manis bertudung macam aku la  XD. Kesimpulannya, tak semua orang ditakdirkan memiliki pasangan yang sempurna dalam segala segi!

2) Novel ni bukan hanya fokus dengan cinta hero heroin, tapi cinta antara sahabat, cinta di kalangan ahli keluarga. Ardini ada sorang abang kandung sorang abang susuan. Kedua abang dia tunjuk kasih sayang dengan cara yang berbeza.

3) Novel ni juga mampu bagi kesan positif dan iktibar buat pembaca.
Antaranya tentang menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Dalam novel ni, tu la punca taufan melanda rumahtangga Ardini dan Firas.

4) Tabik dengan cinta seorang isteri yang setia dengan suami biarpun suami dilanda masalah. Kesimpulannya, jangan sesekali menyisihkan ahli keluarga atau masyarakat yang bermasalah. Dekati dan fahamilah dorang! Bagi peluang, semangat, dorongan supaya dorang ada keinginan mau berubah.



Aku bagi 8/10. Best jugalah, tak boring sangat
Penulis: LILY SURIANI
Harga: AKU LUPA!

Akulah penunggu cinta yang tegar... menanti di mana-mana sampai bila-bila


Aku sokong kalau novel ni dibuat drama. slot akasia pon boleh XD x pon samarinda



2 comments:

  1. Novel Alaf 21 memang terbaik, bnyk info dan pedoman diselitkan.

    ReplyDelete

Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb