Tuesday, October 25, 2016

Kenapa Pilih Course Usuluddin?

Assalamua'laikum

Kenapa aku pilih course Usuluddin???

Alkisahnya

Lepas SPM, aku sambung form 6 di skola yang sama. Time form 6 plak, kitorang kena pilih course. 

A) Pengajian Am/ Bahasa Arab/ Usuluddin/ Pengajian Perniagaan

B) Pengajian Am/ Bahasa Arab/ Syariah/ Sejarah

Aku minat Syariah sikit-sikit, tapi aku x minat Sejarah. Usuluddin plak aku x tau pa benda la 'Usuluddin' ni. Dalam x tau tu, aku tetap pilih course A.

Lepas belajar sikit-sikit tentang Usul ni, terus aku jatuh minat. Bukan tu ja, aku otomatik minat ngan Sejarah. Kalau boring dalam kelas, aku pinjam buku Sejarah kawan. Memang aku x sangka aku boleh minat Sejarah, cuma sedih sebab dah form 6 baru muncul minat tu. PMR aku dapat B subjek Sejarah, tu pun sebab cikgu yang ngajar tu handsome! SPM plak aku dapat C, sebab... malas belajar and bukan cikgu handsome yang ngajar aku! kihkihkih, jangan tiru perangai aku ni!

Alhamdulillah, STPM subjek Usul aku dapat B  :')

Masuk Insaniah pulak, aku dapat course Usul. Syukur aku... tapi, kali ni kena belajar dalam Arab! warggghhh!!! tension sebab aku lemah Arab. So, aku kena campak masuk ke ILS untuk upgrade Arab aku. x nyesal pon masuk ILS, sebab dari ILS la aku dapat upgrade Arab aku dannn... dapat kawan sejati...

Keluar ILS, masuk kelas macam biasa... lect pulak luar biasa. Maksud aku, lect dari tanah Arab. So, kena cakap Arab, kena belajar dalam Arab. Dagdigdug juga jantung memula tu. Alhamdulillah, aku dapat faham & tangkap apa yang diajar. Yang aku x faham, aku tanya dengan kawan yang faham.

Dalam banyak-banyak subjek, aku paling x faham subjek Mantiq. Pusing palo otak belajaq Mantiq weyh, kena sentiasa belajar & faham.

Kitorang kaji tentang Al-Quran & Hadis. So, tambah minat aku nak tahu tentang sejarah Islam dulu-dulu. Kalau dulu pegi Popular, memang x sah kalau x sumbat novel 3-4 biji masuk bakul. Now, kurangkan novel sinta-sinta, ganti dengan novel penulisan tentang sejarah dulu-dulu. 

Bab beli novel ni pun aku cerewet sikit, aku akan pilih penulis. Sebab aku x suka gaya penulisan yang terlalu skema, bosan. Macam novel sinta, aku pilih novel penulis Lynn Dayana, Siti Rosmizah, RAM anddd... nnt aku update lain tentang nobel-nobel ni! XD


Koleksi Dekan aku... tahun akhir baru dapat XD Merasa jugalah dapat sijil dekan ni 



1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb