Monday, October 31, 2016

Juara Piala Malaysia 2016

Assalamua'laikum

Dag dig dug juga jantung tengok bola tadi ⚽. Apa? Ingat aku tak layan bola ke? Slango vs Kedah! Aku sokong dua-dua, muehehehehehe. Sokong slango sebab ada Andik, sokong Kedah sebab aku blaja di Kedah  😝

Tahniah buat pasukan Kedah menjadi juara untuk Piala Malaysia 2016 🎉🎉🎉. Tahniah juga buat pasukan Selangor sebab mara ke final.



Perghhh, penalti pun sengit! 6-5 #pulunkedahpulun

Dan, tahniah juga buat pasukan hoki Malaysia ⛳ kerana berjaya tempat ketiga dalam Hockey Asian Champions Trophy 2016.




Sunday, October 30, 2016

Atas Nama Cinta

Assalamua'laikum

"Firas... saat kau ucapkan ungkapan cinta, aku sudah bersedia serahkan segalanya. Untuk melafazkan cinta bukan mudah. Sekali kulafaz, hingga ke nafas terakhir cinta itu masih bernada dalam hati ini. Biarpun menjadi lilin yang membakar diri dalam kegelapan hanya untuk memberikan cahaya. Demi sebuah kejujuran yang kuagungkan, aku rela..." ~ARDINI

"Ardini... kerana rindu membuatkan aku mencintai dan menyayangimu. Segenap ruang nafasku, hanya namamu yang menciptakan irama cinta nan indah. Kau menghamparkan kasih untuk aku meniti batas-batas kebahagiaan bersamamu. Hingga aku berikrar, tiada nama lain yang bersemadi di hati ini." ~FIRAS

Sukarnya Firas menakhluki hati dan cinta Ardini. Pelbagai cara dilakukan agar gadis pujaan hati menjadi miliknya yang abadi. Bukankah cinta itu satu pengorbanan? Dan itulah yang menguntumkan kemanisan cinta. Ijab kabul bukti bahawa cinta mereka bukan hanya di bibir.

Gelora ombak dan taufan telah mengaramkan bahtera cinta mereka ketika disinari cahaya bahagia. Namun, mengapa ada insan yang mencemburui keindahan cinta mereka? Mengapa perlu ada duri-duri yang menghalang mereka ke puncak kasih hingga hati mereka tercalar luka?

Atas nama cinta, mereka berpegang teguh pada janji setia...


Atas nama cinta ni novel keluaran Alaf21 pada tahun 2007 oleh Novelis Lily Suriani. Aku bagi 5/5. Seriously, jalan cerita yang sangat-sangat best! 

1) Novel ni lain sikit sebab watak hero a.k.a Firas berbadan gempal, beza dengan hero lain. Heroin plak a.k.a Ardini sorang yang ayu manis bertudung macam aku la  XD. Kesimpulannya, tak semua orang ditakdirkan memiliki pasangan yang sempurna dalam segala segi!

2) Novel ni bukan hanya fokus dengan cinta hero heroin, tapi cinta antara sahabat, cinta di kalangan ahli keluarga. Ardini ada sorang abang kandung sorang abang susuan. Kedua abang dia tunjuk kasih sayang dengan cara yang berbeza.

3) Novel ni juga mampu bagi kesan positif dan iktibar buat pembaca.
Antaranya tentang menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Dalam novel ni, tu la punca taufan melanda rumahtangga Ardini dan Firas.

4) Tabik dengan cinta seorang isteri yang setia dengan suami biarpun suami dilanda masalah. Kesimpulannya, jangan sesekali menyisihkan ahli keluarga atau masyarakat yang bermasalah. Dekati dan fahamilah dorang! Bagi peluang, semangat, dorongan supaya dorang ada keinginan mau berubah.



Aku bagi 8/10. Best jugalah, tak boring sangat
Penulis: LILY SURIANI
Harga: AKU LUPA!

Akulah penunggu cinta yang tegar... menanti di mana-mana sampai bila-bila


Aku sokong kalau novel ni dibuat drama. slot akasia pon boleh XD x pon samarinda



Tuesday, October 25, 2016

Kenapa Pilih Course Usuluddin?

Assalamua'laikum

Kenapa aku pilih course Usuluddin???

Alkisahnya

Lepas SPM, aku sambung form 6 di skola yang sama. Time form 6 plak, kitorang kena pilih course. 

A) Pengajian Am/ Bahasa Arab/ Usuluddin/ Pengajian Perniagaan

B) Pengajian Am/ Bahasa Arab/ Syariah/ Sejarah

Aku minat Syariah sikit-sikit, tapi aku x minat Sejarah. Usuluddin plak aku x tau pa benda la 'Usuluddin' ni. Dalam x tau tu, aku tetap pilih course A.

Lepas belajar sikit-sikit tentang Usul ni, terus aku jatuh minat. Bukan tu ja, aku otomatik minat ngan Sejarah. Kalau boring dalam kelas, aku pinjam buku Sejarah kawan. Memang aku x sangka aku boleh minat Sejarah, cuma sedih sebab dah form 6 baru muncul minat tu. PMR aku dapat B subjek Sejarah, tu pun sebab cikgu yang ngajar tu handsome! SPM plak aku dapat C, sebab... malas belajar and bukan cikgu handsome yang ngajar aku! kihkihkih, jangan tiru perangai aku ni!

Alhamdulillah, STPM subjek Usul aku dapat B  :')

Masuk Insaniah pulak, aku dapat course Usul. Syukur aku... tapi, kali ni kena belajar dalam Arab! warggghhh!!! tension sebab aku lemah Arab. So, aku kena campak masuk ke ILS untuk upgrade Arab aku. x nyesal pon masuk ILS, sebab dari ILS la aku dapat upgrade Arab aku dannn... dapat kawan sejati...

Keluar ILS, masuk kelas macam biasa... lect pulak luar biasa. Maksud aku, lect dari tanah Arab. So, kena cakap Arab, kena belajar dalam Arab. Dagdigdug juga jantung memula tu. Alhamdulillah, aku dapat faham & tangkap apa yang diajar. Yang aku x faham, aku tanya dengan kawan yang faham.

Dalam banyak-banyak subjek, aku paling x faham subjek Mantiq. Pusing palo otak belajaq Mantiq weyh, kena sentiasa belajar & faham.

Kitorang kaji tentang Al-Quran & Hadis. So, tambah minat aku nak tahu tentang sejarah Islam dulu-dulu. Kalau dulu pegi Popular, memang x sah kalau x sumbat novel 3-4 biji masuk bakul. Now, kurangkan novel sinta-sinta, ganti dengan novel penulisan tentang sejarah dulu-dulu. 

Bab beli novel ni pun aku cerewet sikit, aku akan pilih penulis. Sebab aku x suka gaya penulisan yang terlalu skema, bosan. Macam novel sinta, aku pilih novel penulis Lynn Dayana, Siti Rosmizah, RAM anddd... nnt aku update lain tentang nobel-nobel ni! XD


Koleksi Dekan aku... tahun akhir baru dapat XD Merasa jugalah dapat sijil dekan ni 



Tuesday, October 18, 2016

Jubah Cantik Dengan Harga Yang Berpatutan!

بسم الله الر حمن الر حيم

Assalamua'laikum



Jualan Penghabisan Stok Dengan Harga Promosi!!!
💮💮MAHSURI JEBAT💮💮
✔ material dull satin
✔ nursing friendly
✔ 12 exclusive colours
✔ size S-M-L-XL-XXL
✔  limited stock


Jebat:
XXL: 2 helai

Mahsuri: SOLD OUT!

Jebat:
L: 1 helai
XL: 3 helai
XXL: 2 helai

Mahsuri:
L: 4 helai
XL: 2 helai
XXL: 4 helai

Jebat:
S: 1 helai
L: 2 helai
XXL: 1 helai

Mahsuri:
S: 1 helai
L: 1 helai
XL: 2 helai
XXL: 4 helai

Jebat:
S: 1 helai
M: 2 helai
L: 2 helai
XL: 2 helai
XXL: 1 helai

Mahsuri:
S: 3 helai
M: 4 helai
L: 6 helai
XL: 3 helai
XXL: 3 helai

Jebat:
XXL: 2 helai

Mahsuri:
S: 1 helai
M: 3 helai
L: 2 helai
XXL: 1 helai

Jebat:
XXL: 1 helai

Mahsuri:
S: 1 helai
M: 2 helai
XL: 1 helai
XXL: 1 helai

Jebat: SOLD OUT!

Mahsuri:
L: 3 helai

Jebat:
XXL: 2 helai

Mahsuri:
M: 1 helai
L: 1 helai
XL: 1 helai

Jebat:
S: 1 helai
M: 1 helai
L: 1 helai

Mahsuri:
M: 3 helai
L: 6 helai
XL: 3 helai
XXL: 3 helai

Jebat: SOLD OUT!

Mahsuri:
S: 3 helai
M: 2 helai
L: 2 helai
XL: 1 helai
XXL: 2 helai

Jebat:
S: 1 helai
XL: 2 helai
XXL: 2 helai

Mahsuri:
L: 1 helai
XXL: 3 helai




Harga Biasa (SEHELAI):
RM95 SM, RM100 SS

HARGA PROMOSI (SEHELAI):
RM80 SM, RM85 SS

JIMAT RM15!!!

Whatsapp / Telegram: 0198934755

Boleh singgah di ig: jubahplain  :D  Lebih banyak koleksi jubah yang memikat hati memukau mata menggegarkan jiwa dengan harga yang kebabommm!

#mahsurijebat
#jubahmahsurinursingfriendly
#jubahcantik
#jubahmuslimah
#jubahmuslimin
#jubahpasangan



Sunday, October 16, 2016

Realiti Hidup Mahasiswi

Assalamua'laikum

Ni aku nak share realiti hidup aku time bergelar mahasiswi...

1) Aku suka ponteng kelas
= dalam 8 sem, hanya sem 1 ja yang aku x pernah ponteng! ada yang sengaja ponteng, ada yang terponteng. minta maap, sy dah tobat!


2) Aku x suka duk depan
= paling aku x suka duk depan, tapi bila lambat masuk kelas memang kerusi depan ja la yang kau dapat. kengkadang budak skema pun x duk depan!


3) Aku malas nak bawa buku banyak-banyak tebal-tebal
= x semestinya aku x bawa buku langsung! aku cuma bawa buku yang berkaitan anddd... exampad! xda nya aku nak sediakan buku nota untuk setiap madah. bukan kedekut nak beli, tapi aku dah taip kat atas kan yang aku malas nak bawa buku banyak-banyak tebal-tebal penuhkan file comel aku!


4) Aku malas nak bawa banyak pen
= Pen sebatang dua dan pensil sebatang! Pemadam dan exampad kengkadang share ja kalau aku lupa bawa!



Haaa, buruk kan perangai aku. Kihkihkihkihkih. Korang jangan plak ikut perangai buruk aku ni!

Bab escape kelas ni, dari zaman skola lagi. Susah nak pisahkan aku dengan perangai escape ni. InsyaAllah bila dah keja nanti xda dah nak escape2. Tobat dahhh

Bab aku x mau duk depan tu bukannya apa, aku lambat faham weyh kalau aku duk depan. Susah nak fokus, susah nak tangkap apa yang diajar. Sebab tu aku akan elak duk depan!

Bab malas nak bawa buku banyak-banyak tebal-tebal tu, aku maksudkan buku nota lerrr! Bukan buku teks. Buku teks x bawa, blur la aku dalam kelas. Lagipun aku x suka share buku, muehehehehehe :p Aku lagi suka salin nota di exampad, x tebal sangat. senang nak hadam ilmu tu. xdalah nak pening palo otak tengok nota

Bab malas bawa pen bebanyak, sebab pen aku sebatang tu ada 4 warna weyh! dah masuk tahun ke-3, baru aku pakai beg pensil weyh, sebab dah banyak nak sumbat dalam tu. almaklumlahhh, senior lah katakan

pen 4 warna tu x tau tercampak kat mana dah sejak rehat panjang di uma





^_^




Monday, October 10, 2016

Special Day For Me

Assalamua'laikum

24 SEPTEMBER 2016

Syukran Ya Rabbb...

Aku antara mereka yang telah dipilih ALLAH untuk menimba ilmu di bumi Insaniah.

Terima kasihhhh,
Buat kamu, kamu dan kamu...
Yang menjadikan diri ini seorang insan yang bergelar graduan ISMUS with honours!
I'm officially graduated!

Saya kuat kerana doa, sokongan & dorongan yang mereka berikan :D 

siblings!

Antara mereka yang hebat dalam bertutur Arab :) Sumandak Sabah 

Hasanee yang comel :) Nanti bawa aku jenjalan di Thailand k 

Kita belajar supaya kita sedar bahawa kita kurang cerdik, dan segala kehebatan & keagungan milik ALLAH! 

Jangan obses dengan title & gelaran. Jangan sampai makhluk puja kita tapi ALLAH x redha dengan kita!

Biar aku dah ada degree, tapi sebenarnya terlalu banyak ilmu yang aku belum khatam...

Moga ALLAH permudahkan... 



Monday, October 3, 2016

Belajar Dari Tomato

Assalamua'laikum

Tomato!!!

Seorang guru meminta pelajar-pelajarnya utk membawa beberapa tomato dalam beg plastik ke sekolah.

Tiap tomato ini diberi nama orang yang dibenci oleh pelajar2 tersebut.

Jadi, bilangan tomato akan sama dengan bilangan orang yang mereka benci.

Pada hari yg ditetapkan, semua kanak-kanak membawa tomato mereka.

Ada yg memiliki dua, sesetengahnya memiliki tiga dan sesetengahnya memiliki lima, bahkan ada yang mempunyai 20 tomato mengikut bilangan orang yang dibenci mereka.

Guru tersebut kemudian memberitahu, mereka terpaksa membawa tomato dengan mereka ke mana-mana mereka pergi selama dua minggu.

Hari-hari berlalu, pelajar2 mula mengadu tentang bau reput dan busuk tomato tersebut.

Pelajar2 yang banyak tomato mengadu ia adalah sangat berat untuk dipikul dan bau terlalu busuk.

Lepas seminggu, guru bertanya para pelajar
"Bagaimana anda rasa minggu ini?"
Pelajar2 mengadu bau busuk dan seksa yang amat sangat sebab berat daripada tomato, terutama orang-orang yang membawa banyak tomato.

Guru berkata, "ini adalah amat serupa dengan apa yang anda bawa dalam *_hati_* anda apabila anda tidak suka kepada sesetengah orang.

*_*Kebencian membuat hati tidak tenang dan tidak sihat, dan anda membawa kebencian itu di mana-mana.*_*

Jika anda tidak boleh tahan bau tomato rosak selama seminggu, bayangkan *_kesan kepahitan hati anda_* kerana anda membawa ia setiap hari."

  Hati ialah sebuah taman indah yang memerlukan pembersihan drpd rumpai yang tidak diingini.

 *_Maafkan orang-orang yang telah menimbulkan kemarahan dan kebencian anda._*

 Ini akan membuat *_Ruang_* untuk menyimpan *_perkara yg baik2._*
Ianya lebih baik, tidak pahit




 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb