Friday, August 5, 2016

Info Rambut

Assalamua'laikum...

Rambut ohhh Rambut!
Ketahui Mitos vs Fakta

"Jangan ikat rambut ketika basah, nanti berbuah." Tanp usul periksa, kamu terus menganggap apa yang dikatakannya itu fakta. Nanti dulu kerana tidak semua informasi itu benar. Ayuh kita perhatikan mana satu fakta dan mana satu mitos. 

1) Perapi rambut boleh memperbaiki rambut bercabang.
- MITOS! Tidak kiralah seberapa banyak iklan perapi yang mengaku boleh memperbaiki rambut bercabang, kenyataannya tidak sedemikian. Perapi sememangnya boleh memperbaiki kutikula sehingga rambut bercabang akan berkurang. Namun hujung rambut yang telah bercabang akan tetap ada. Satu-satunya cara untuk menyingkirkan hujung rambut bercabang adalah dengan memotongnya secara teratur setiap 4-6 minggu.

2) Jangan tidur dengan rambut basah kerana kurap akan tumbuh.
- MITOS! Kita sebenarnya boleh tidur dengan rambut basah tanpa risau kurap atau bakteria akan tumbuh di kulit kepala. Kulit kepala tidak akan didatangi kurap atau sebarang bakteria sekiranya kita rajin merawat & menjaga kulit kepala agar sentiasa bersih.

3) Rambut akan tumbuh lebat dengan bersikat 100 kali sehari.
- MITOS! Fikirkan semula tentang perkara ini. Bagaimana hanya dengan bersikat rambut 100 kali sehari boleh menumbuhkan rambut? Bersikat secara berlebihan sebenarnya boleh merosakkan kutikula apa lagi jika kita menggunakan sikat yang salah.

4) Berkongsi sikat boleh menyebarkan penyakit.
- FAKTA! Setiap orang harus punya sikatnya tersendiri. Sejumlah parasit seperti kutu boleh hidup pada sikat dan ia dengan mudah akan menular dari satu kepala ke kepala yang lain.

5) Lebih banyak bersyampu membuatkan rambut akan lebih bersih.
- MITOS! Tidak kisahlah seberapa banyak syampu yang kita gunakan, asalkan ia telah membersihkan keseluruhan rambut hasilnya akan sama sahaja. Jangan membazir syampu & gunakanlah dengan jumlah yang secukupnya.

6) Makanan mempengaruhi kualiti & kesihatan rambut.
- FAKTA! Apa yang kita makan memiliki kesan terhadap kualiti & kesihatan rambut. Pola makan yang seimbang ditambah pula dengan suplemen multivitamin akan membuatkan rambut kamu tumbuh lebih sihat dan bersinar.

7) Mengikat rambut dengan tegang & ketat boleh menyebabkan kebotakan.
- FAKTA! Mengikat rambut tegang atau tertarik boleh menyebabkan alopecia. Situasi ini terjadi apabila kita sering mengikat rambut secara ketat tanpa membiarkan rambut berehat. Apolecia memang boleh mengakibatkan kebotakan.

Info dari: Majalah Remaja, 1 Jun 2012 




2 comments:

Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb