Tuesday, August 23, 2016

Pesta Rumbia 2016

Assalamua'laikum

Kat Sabah ni, tiap tahun memang akan ada pesta yang wajib diadakan. Contohnya Pesta Kaamatan di Ranau, Pesta Bagandang di Beaufort, Pesta Rumbia di Kuala Penyu, Pesta Nelayan di Menumbok, Pesta Buah di Sipitang dll

Kalau Pesta Kaamatan tu, memang wajib dah bulan 5. Pesta lain2 tu x tentu tarikh, tapi memang akan ada tiap tahun. Hari tu pegi Pesta Bagandang time bulan 7 kat Beaufort, tapi pegi lepas Asar la. Jadi, xda rakam orang lawan bagandang.

Pesta Rumbia pun pegi, minggu lepas. Memula pegi petang sabtu je, tengok pameran, lawat kedai2, beli makanan. Macam x berapa menarik, hanya bungkus lekor bawa balik rumah.

Then, esoknya hari ahad bapa aku bawa lagi p Pesta Rumbia. Aku sebenarnya malas nak pegi lagi, sebab pegi pagi. Panas. Tapi, akhirnya pegi juga. ehee. Sampai je kat pekan terus, ngam2 je aktiviti 'Mencari Badang Rumbia'. Haaa, hadiah 1k weyh. Syaratnya, hanya perlu angkat batang Rumbia 80kg then bawa lari 100m. Dalam ramai2 peserta tu, hanya sorang je yg dapat angkat then bawa lari. Tu pun nak sampai garisan penamat, tetiba batang rumbia tu jatuh. Memang amik masa yang lama juga dia nak angkat balik batang rumbia tu. 80kg weyh!

No 2 pula bawa pulang RM500, then no 3 bawa pulang RM300. Tu pun yang lain dapat angkat lepas batang rumbia tu dipotong tinggal entah berapa kg


Sambil2 tu, kitorang 1 family singgah jap tengok orang lawan menggarus rumbia, buat kraftangan, anyam daun rumbia jadi atap. sempat jugalah mama aku rembat 4 benda ntah apa nama d khemah kraftangan. 

pertandingan menggarus rumbia. dari batang rumbia tu, dorang kena garus ikut kreativiti dorang

pertandingan buat atap dari daun rumbia, yang ni lebih dipelopori oleh non-muslim

semuanya dari rumbia

Banyak lagi gerai, tapi malas aku nak amik gambar. Korang boleh search kat google kalau rajin. ehee. 

Pesta Rumbia ni memang ada kat Kuala Penyu je. Jadi, kalau korang nak mai tahun 2017, boleh search kat google la bila akan dibuat tahun depan. Sebab aku pun x tau bila. wkwkwkwk

Time aku kecik2 dulu, Pesta Rumbia ni di Pantai Sawangan. Sekarang, pindah kat pekan dah. Kat Sawangan memang best. Dapat main di pantai. Air pun jernih. Ada pertandingan lumba perahu, memancing. Sebab air kat Pantai Sawangan tu sangat jernih. Tak caya, korang boleh search kat google. 

Cuma yang tak best Pesta Rumbia tahun ni, sebab dorg buat time belum gaji. Kesian plak dengan penjual bahagian kraf. Pembeli pun kesian juga. Nak beli kraf, tapi kena tahan nafsu. Gaji lom kuar! 

So, pihak yang bertanggungjawab harap amik perhatian la bab ni ye untuk pesta yang akan datang. Nak buat pesta, silalah buat lepas gaji. hee

So, insyaAllah panjang umo kalau rajin pegi Pesta Nelayan di Menumbok. Tak silap aku dalam bulan 10 nanti.

K bye!



3 comments:

  1. Bestnya Pesta Rumbia..
    Tapi tulah kalau buat lepas gaji mesti lagi seronok kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah, tu lah. pihak pjual & pbeli x rugi

      Delete
  2. banyak jgk ye pesta kat sana.. syoknya kalau boleh lihat sendiri semua pesta² tu.. boleh timba ilmu dan pengalaman di tempat org..:)

    ReplyDelete

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb