Thursday, August 18, 2016

Hidup Tanpa Gajet

Assalamua'laikum

Dulu-dulu...
Tanpa Gajet.
Kau apa tau!

Lepas balik dari skola rendah, singgah kedai. Memang dah simpan duit siap-siap untuk main tikam-tikam ni. Ahahahahaha, selagi x dapat pulangan yang besar selagi tu main sampai pokai. Tobat dah skang :')

Perkara wajib ni bila hujung minggu! Dalam jam 9 pagi gitu. Favorite cartoons! Sailormoon, Dragon Ball, Mask Rider x silap aku. Pernah satu hari tv x mau hidup, dah time tu terdesak nak tengok cartoon aku pi tendang tv sampai jatuh gedeganggg! pecah oleh aku. Rupanya xda letrik: '( Malunya bila dorg mama bapa ingatkan balik. wkwkwkwkwkwkwk

Time ni baru pindah duk kampung, uma dekat dengan sungai. Mama bapa pi uma pakcik. Aku ikut my sis & jiran kami pi mandi sungai tu. Otw balik, bapa sudah siap tunggu depan simpang rumah sambil pegang batang serunai. Pedih ohhh bila kena libas di belakang badan: '( x pernah dah jejak kaki kat sungai tu. tobat wkwkwkwkwkwk

Semua ni sebab kakak aku. Dari dia la, aku mula minat dengan NewBoyz, Boboy, Achik & Nana. Alaaa, dulu2 kan lagu jiwang karat. Dulu, line radio pun susah nak cari kat kampung. Dalam jam spuluh seblas malam cenggitu baru dpt line. Masih skola rendah, jadi takut tbangun lambat esoknya tu yang pi rakam lagu2. Skang x tau letak ceruk mana dah kaset2 rakaman tu.

Hujan lebat, x ingat dunia dah. Menari macam hindustan. Skang x buat dah. Malu oiii!


Aku kesian juga dengan budak2 zaman skang. Ramai yang x merasa zaman budak milo ni sebab skang zaman ribena. Lagipun, salah 1 faktor sebab ramai budak2 jadi mangsa culik. Ibu bapa pun berat hati nak lepas pi bermain dengan kawan2. 

Lagi 1, bebudak zaman skang lebih fanatik, lebih tunjuk minat dengan gajet. Sepupu aku yang kecik tu, dulu2 je aku biasakan dengan gajet supaya dia nak kat aku. wkwkwkwkwkwkwk. Tapi sekarang, kalau pi umah memang aku bawa dia main tepi kolam, bawa kejar ayam. Yang penting, dia merasa apa yang aku rasa time zaman kecik dulu2. Cuma, kena sentiasa perhati. Kang x sedar plak dia termasuk dalam kolam :p

Banyak sebenarnya lagi kenangan kocik2 ni. X muat 1 entry ni: ')

Apa kenangan indah/ lucu korang time kecik dulu? 



4 comments:

  1. rindu jugak.. tang radio tu xley tahan hihi..silap rekod, yang lama hilang semua..hahaha..

    main tikam-tikam tu tak main, budak baik kot, sebenarnya mak dah warning, jangan main..kehkeh.. terjun sungai..dulu masa kecik2 belakang rumah aada anak sungai.. balik sekolah, letak beg terus terjun..panas kan g sekolah naik beskal..lepas darjah 3, dah pindah...dah x merasa semua tueee.. rinduuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. my mom plak x tau sy main tikam2 tu, hehehehehehe. skrg dah beso ni tobat

      Delete
  2. Hahaha.. semua aktiviti nie sha buat..
    Main tikam2.. terjun sungai..
    main hujan paling best.. siap main air banjir sekali.. memang best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. air banjir x prnh main lagi. hee, my mom dah warning keras tu

      Delete

Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb