Assalamua'laikum
Ke hadapan bakal suami anak aku...
Peraturan satu : Kalau kau sampai rumah aku, jangan kau nak hon sembarangan melainkan kau masuk, tekan loceng dan beri salam. Wajib hadap muka aku dan nyatakan apa hajat ke mari.
Peraturan dua : Jangan kau nak bonceng anak aku lagi melainkan aku duduk di tengah tengah atau anak aku yang bawa motor, aku duduk di belakangnya. Kau di belakang sekali.
Peraturan tiga : Kau jangan nak pegang atau cium anak aku, di depan atau di belakang aku. Kau boleh pandang dia, hanya paras muka saja. Jangan mata kau nak merayau lebih lebih. Kalau mata dan tangan kau x boleh jaga, aku boleh tolong jagakan.
Peraturan empat : Aku rasa kau ni hensom dan popular, tentu ramai pompuan tergila gilakan kau, aku x ada hal punya selagi anak aku ok. Tapi selagi kau couple dengan anak aku, kau jangan berani pandang pompuan lain selagi anak aku belum jemu dengan kau atau dia break off dengan kau. Kalau anak aku menangis, aku akan buat kau menangis. Dengan azab yang amat pedih.
Peraturan lima : Kau tentu nak kenal aku dengan lebih dekat. Biasalah nak sembang pasal ekonomi, politik, sukan atau isu semasa. Aku x berminat nak dengar. Yang aku minat satu saja. Bila kau nak hantar anak aku balik? Jawapan yang aku nak dengar : awal!
Peraturan enam : Kau mesti pakai protection bila nak bersama anak aku sebagaimana yang dikempen hebat di media massa. Kalau x, kau akan kena AIDS. Sukacita aku nak ingatkan di sini, akulah protection untuk anak aku dan jangan kau berani nak sentuh anak aku selagi belum diakad. Niat pun x boleh! Kerana aku akan mendatangkan azab yang amat pedih ke atas tubuh kau.
Peraturan tujuh : Sementara menunggu anak aku bersiap, kau jangan nak mengeluh lambat. Kalau kau nak punctual, kau boleh dating dengan mat komando. Kalau boring menunggu kat luar, sila buat apa yang patut, basuh keta aku atau cabut rumput.
Peraturan lapan : Tempat tempat yang dilarang sama sekali kau orang pergi dating ; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa apa tempat yang boleh duduk duduk atau baring baring. Tempat tempat yang x ada kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat tempat yang gelap. Tempat tempat yang membolehkan kau orang berpegangan tangan, menari atau bersuka ria. Tempat tempat yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai T-shirt x ada lengan, pakai mini skirt atau hot pants. Tempat yang sejuk sampai kau kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantik, cium cium tu elakkan. Movie pasal seksa kubur, azab neraka atau hari kiamat sangat digalakkan.
Peraturan sembilan : Jangan sesekali menipu anak aku apalagi aku. Aku tau semua pergerakan kau daripada spy spy aku. Dia orang tu bekas perisik komando. Kalau aku tanya apa, kau hanya ada satu peluang aje. Bercakap benar. Tak ada yang tak benar melainkan benar belaka. Kat belakang rumah aku, ada tanah tiga ekar, kalau aku ikat kau kat pokok atau kau hilang dalam hutan tu, x ada siapa nak tanya. Jangan main main dengan aku.
Peraturan sepuluh : Kau patut takut dengan aku. Lebih baik kalau sangat sangat takut. Aku ni dok teringat lagi peristiwa Bukit Kepong. Jadi kalau orang datang rumah aku, bersembang senyap senyap di depan rumah, aku mulalah cuak. Nanti aku suruh guard aku tembak sebab aku ingat komunis manalah ni. Nanti dah habis dating, buka pintu kereta, angkat tangan tinggi tinggi dan jerit kuat kuat " saya hantar anak tuan pulang. " Lepas tu terus blah. Jangan nak berlama lama dengan anak aku. Jangan harap nak good night kiss atau hugs atau kisses. Kalau kau ternampak kilauan di tingkap rumah aku, itu ialah teropong senapang sniper aku.
Peraturan sebelas : Sangat digalakkan dating dalam rumah saja, di ruang tamu dengan aku duduk di tengah tengah. Isu yang boleh dibincangkan bebas kecuali isu yang membangkitkan hawa nafsu atau meransang syahwat. Lebih afdal, semasa berbual, kau urut betis aku.
Peraturan dua belas : Kau kena adakan pemeriksaan kesihatan yang ketat sebab aku nak pastikan kau sihat, kuat dan bebas daripada sebarang penyakit. Aku nak kau
tiptop untuk anak aku kerana anak aku sangat
tiptop... Segala ratu di dunia semua TKO dengan anak aku.
Peraturan tiga belas : Kau jangan jadikan anak aku hamba abdi. Jadikan dia sebagai ratu. Jangan suruh dia memasak atau buat kerja rumah. Itu tanggungjawab kau sebagai seorang suami. Tapi kalau dia nak buat, x apa.
Peraturan empat belas : Kau jangan jatuhkan tangan kau ke atas anak aku. Kalau kau ada apa apa aduan x puas hati dengan anak aku, sila beri laporan. Aku akan ajar anak aku.
Peraturan lima belas : Kau jangaan harap nak madukan anak aku, kenyit mata kat pompuan atau simpan pompuan lain. Kalau aku tau, kau buat macam tu, kau boleh ucapkan selamat tinggal kepada dunia. Amaran paling keras, kau jangan buat anak aku menangis sedih. Menangis gembira, x apa.
Peraturan enam belas : Tertakluk kepada perubahan dan
mood aku. Bila bila masa aku boleh tambah atau ubah isi perjanjian ini.
Jika kau setuju, sila sign dan turunkan sepuluh cap jari tangan kau. Jika x setuju, kira hajat kau, aku tolak. Muktamad. Segala rayuan, surat menyurat, telefon, e mel dan twitter takkan dilayan.
Sekian, daripada bakal bapak mertua kau yang belum tentu jadi.
Firman Ebrahim [Ananda Everingham]
ILUS/MyPI
^_^