Friday, May 23, 2014

Antara Yang Dilarang Nabi S.A.W

Assalamua'laikum


Salam Jumaat :)

  • KELUAR DARI MASJID selepas azan, kecuali setelah selesai solat wajib (hukumnya makruh).
  • SOLAT SUNAT setelah iqamat sudah dilaungkan (hukumnya makruh).
  • LALU DI HADAPAN orang yang sedang solat.
  • MENUNJUK SENJATA kepada orang lain dengan senjata sama ada secara bergurau atau bersungguh-sungguh. Dikhuatiri... "syaitan melonggarkan pegangannya lalu menyebabkan dia berada di lubang neraka," kata Nabi s.a.w.
  • MEMINANG POMPUAN yang sudah dipinang orang lain.
  • SORANG POMPUAN memberi syarat agar madunya diceraikan.
  • MENJUAL BARANG kepada seseorang yang sedang berurusan hendak menjual barang yang sama kepada orang yang sama (berniat merosakkan jualan orang lain).
  • MENAIKKAN HARGA sedangkan sebelum ini satu harga sudah dipersetujui bersama.
  • MEMBELI BARANGAN yang masih dalam perjalanan ke pasar (belilah setelah ia dibawa ke dalam pasar).
  • ORANG BANDAR menjadi orang tengah bagi menjual barangan orang kampung.
  • POMPUAN BERKABUNG atas kematian seseorang lebih dari 3 hari (kecuali kematian suami, boleh berkabung selama 4 bulan 10 hari).
  • MEMBUANG AIR KECIL dalam air yang tidak mengalir.
  • DUDUK di atas kubur.


Wallahua'lam...







^_^





5 comments:

Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb