Thursday, August 16, 2012

My Burfday

 

Setelah beberapa kurun laptop aku masuk hospital, akhirnya dah kembali sihat. Dapat aku on9, nguehnguehngueh 
Pengumuman pengumumam pengumumang penggugunang...
 
Tanggal tarikh 05 Ogos dengan rasminya umo aku dah meningkat. Takda lagi kepala '1' depan umo aku. Kiranya dah rasmi masuk ke angka 20. Woits, 20 tahun tuuu!!! Sampai sekarang aku masih belum dapat terima yang umo aku dah mencecah ke angka 20. 

Burfday tahun ni, tak dapar sambut dengan family sebab aku berada jauh di mata dekat di hati. So, aku anggap burfday tahun ni burfday yang penuh dengan kesayuan dan keterharuan. Cehhh, ayat mana lah aku pungut ni. Thanks to Syazwa sebab sanggup tak tido awal gara-gara nak wish aku. Yang paling buat aku terharu, time nak balik hostel tu kawan-kawan sekelas pulak wish. Siap dengan tukang baca doa lagi yang baca doa dengan penuh kekusyukan dan kesyahduan. Terus air mata aku mengalir macam air sungai yang mengalir tak henti-henti. Betul, tak tipu. Ha ah~

Bila dapat sms burfday dari family, lagi deras air mata aku mengalir. Sedih owhhh bila jauh dengan family. Time burfday ni, dapatlah bonus dari celcom. Selama seminggu henfon tak pernah jauh dari tangan aku. Lepas abis ja kelas, terus tergedik-gedik kuarkan fon dari beg. Call family & kawan-kawan yang berada jauh di mata dekat di hati. Lagak aku time bercalling macam bergayut dengan buayapwen jak, huhu~

Dalam kesibukan yang melampau, Syazwa & Miera & Tieka sudi meluangkan masa untuk  menyambut burfday aku. Macam dah jadi chef  kawan-kawan aku, masak itu masak ini. Patutlah beria-ia jemput aku datang ke rumah jam 9 malam. Siap suruh bawa Syazwa lagi. Yang Syazwa ni pulak, tetiba menghilang. Konon pergi iftar di KUIN, rupanya iftar di rumah dorang Miera sambil melaksanakan agenda sulit dorang.
Haaa, nampak muka aku tu bercahaya 500 watt??? Itu menunjukkan aku sedang dalam situasi kegembiraan dan keterharuan yang melampau~

Kek perisa cheese, nyumnyum. Erk, ke mana hilangnya 2 batang lilin comel tu??? Spoil pulak, dah macam hidung teeettttttttt~

Cheezy wedges hasil air tangan Miera. Sukesukesuke~

Malam sebelumnya, aku pernah menyuarakan hasrat di lubuk hati yang perut aku tersangat-sangat nak makan mee kari tym iftar. Tak sangka pulak esoknya betul-betul dapat makan mee kari. Syukur alhamdulillah, thanks kengkawan sudi penuhi hasrat aku... sobsobsob~

Suke sangat ngan benda alah ni. Comelcomelcomel :D

Hadiah dari Syazwa dan kawan sekelas. Ehhh, bukan fon tu ye tapi benda alah warna putih yang nampak gedik melekat di fon tu hadiah dari Syazwa :p

Ya Allah ya Tuhanku, terima kasih untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Kau kurniakan. Terima kasih kerana mengurniakan hambaMu ini sebuah keluarga yang sangat menyayangi diri ini. Terima kasih kerana menganugerahkanku kawan-kawan yang sudi berkongsi suka-duka bersama. Sesungguhnya telah banyak yang Engkau telah berikan kepadaku... dan sungguh sedikit pengabdianku terhadapMu.

Ya Allah, terima kasih atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Peliharalah hambaMu ini supaya terus berpegang teguh pada taliMu...

Amiiin ya Rabbul al-Amin...

 
 
^_^

3 comments:

  1. seronok kan kwn2 sambut besday kita... rasa air mata tu meleleh2 tak benti...

    Happy belated birthday dan selamat menyambut hari lebaran 1433h..

    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/08/agenda-di-aidilfitri-2012.html

    ReplyDelete

Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb