Wednesday, August 29, 2012

Salam AidilFitri Dari Si Perantau

Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir dan Batin :p
Ucapan khas buat kedua orang tua yang sentiasa berada dekat di hati , adik-beradik yang nakal tapi comel , family sebelah bapa dan mama , saudara seagama , kawan-kawan ... erk ? pendek kata , Selamat Hari Raya kepada suma umat Islam :p
Seperti yang dihebohkan oleh pemegang cap mohor diraja , bahawasanya saya yang bernama Nour Adieb ( bukan nama sebenar ) menyambut AidilFitri di perantauan . Owh yeah , satu pengakuan yang ikhlas dari hati aku yang tulus lagi suci . Cewah~ Pengumuman , ini bukan auta semata-mata tetapi fakta sefakta-faktanya . Ha ah , aku tak tipu . Tahun ni aku beraya nun jauh dari keluarga . 
Pes tym tau aku tak sambut AidilFitri bersama family . Jadi , agak kejakunan sedikit . Kalo dah namanya pes tym , kompom ada rasa sebak bermukim di hati kan kan kan ??? Angguk-angguk boleh , geleng-geleng tidak digalakkan . Disebabkan rasa teruja nak beraya di tempat orang , so aku tak balik raya tahun ni . Saja nak test feeling aku camna rasanya bila tak sambut raya ngan family . InsyaAllah pasni aku akan pastikan aku dapat sambut raya bersama family yang tercinta dan yang tersayang . Tobat sambut raya jauh-jauh . 
Malam raya tu , kepala hotak aku yang genius ni telah mendapat satu idea yang cukup bernas lagi bijak . Disebabkan perasaan sebak + sedih bercampur-baur lalu sebati bermukim dalam hati aku , aku telah memutuskan untuk beli tiket flight malam tu juga . Konon jak tu . Kalo betul aku ambik tindakan drastik camtu , perghhh ~ Tak terjangkau di akalku apa reaksi my family . Tu lah , tak mau balik raya ngan family . Nak juga merasa raya di perantauan . Kan dah kerindu-rinduan nak makan masakan mama . 

Bila difikir balik , 'idea bernas' aku tu 'terlebih bernas ' . Sangat-sangat menyusahkan . So , dengan semangat yang 'down' aku sambut gak raya ngan kengkawan . Best memang best tapi beraya dengan family lagi best kan kan kan ??? Ini betul-betul fakta , bukan auta . Biarpun aku beraya di perantauan , tapi tak semestinya baju raya aku berlainan  dengan tema family . Disebabkan takda baju yang sesuai untuk aku ( sebenarnya susah nak cari size sebab aku ni dalam golongan yang comel , muahahahaha ) , so dengan penuh kasih sayang my mama pos baju raya aku . Dua hari sebelum raya , alhamdulillah 2 pasang baju raya yang dipos tu selamat berada di pangkuan ku . 
Dan hasilnya , jeng jeng jeng :p
Tadaaa :D

Erk , Jubah ni made in Indon *akutipu :p
^_^

2 comments:

  1. selamat hari raya syg2 ku sekalian , miss kamurang =)

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya :) lawa baju...

    ReplyDelete

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb