skip to main |
skip to sidebar
Menimba Ilmu
Kata-kata hikmah:
Niat belajar bukan kerana 'pointer' tapi demi 'keberkatan'
1) Ingatlah ibu dan ayah dalam setiap doa kita. Doakan kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat.
2) Jika ibu atau ayah sudah pulang ke pangkuan Ilahi, doakan agar roh mereka sentiasa di dalam rahmat Allah. Sedekahkan surah al-Fatihah selalu.
3) Sebelum ke sekolah, kucup tangan ibu dan ayah serta berikan ciuman dengan penuh kasih sayang.
4) Sentiasa ucapkan 'Saya sayang ibu. Ibulah ibu yang terbaik di dunia dan di akhirat.' Begitu juga kepada ayah.
5) Letak foto ibu dan ayah di dalam frame dan letakkan di meja belajar. Jadikan senyuman di wajah mereka sebagai sumber inspirasi.
6) Sentiasa mengucapkan terima kasih kepada ibu dan ayah. Belajar menghargai jasa mereka dengan kata-kata dan gerak laku.
7) Jika berjauhan seperti di asrama dan sebagainya, hubungi ibu dan ayah selalu. Telefon, e-mail dan hubungkan kasih sayang tanpa mengira masa.
8) Jadikan ibu dan ayah tempat meluahkan masalah. Utamakan mereka daripada rakanmu sendiri.
9) Sentiasa memohon maaf kepada ibu dan ayah. Jadikan ia suatu rutin harian.
10) Berbanggalah dengan menjadikan ibu dan ayah sebagai role-model. Katakan kepada teman dan rakan bahawa ibu dan ayah kita adalah contoh pemimpin yang terbaik.
11) Jadilah anak yang soleh dan solehah. Anak yang soleh dan solehah permata ibu dan ayah :p
^_^
Alhamdulillah, tuntutlah ilmu kerana Allah..jihad kerana Nya..moga berjaya..insya Allah :)
ReplyDeleteNiat belajar juga adalah untuk ilmu...
ReplyDeleteTanpa ilmu siapa kita...
Dan setiap laku memerlukan keberkatan ..jika tidak tiada maknanya..