Monday, August 23, 2021

Udang Masak Sos

Hai assalamua'laikum uollls


Aku ni jarang2 update bab masak2 ni sebab SANGATTT malas memasak 😂😂😂 Benda paling aku malas buat adalah MEMASAK!


Tapi sejak kawen ni, kena masak juga la 😂 Simple ja, main campak2. Yang penting laki puji sodappp!


Dua hari lepas, kemain gigih laki aku ke sana ke sini ke sana ke sini mencari udang. Nasib baik jumpa. Terus request mau makan udang masak sos. Ayaaa ayaaa bos! Aku apalagi, buka youtube lerrr tingu #DapurBujang sebab resipi semua simple. 


Bahan2:

1. Kuali

2. Minyak

3. Bawang merah

4. Bawang besar

5. Udang

6. Air

7. Sos cili

8. Sos tiram

9. Garam




1. Panaskan minyak kemudian tumis bawang. Bawang merah saja pun ok, tapi aku suka makan bawang besar. Tu pasai i campoq! Tumis sampai warna kekuning-kuningan atau nuning-nuning 😉


2. Masukkan sos cili & sos tiram. Sukatan dari kita ja, pandai2 la adjust 😂 Pastu kacau kacau kacau.

Lepas snap gambar, aku tambah lagi sos cili 😂😂😂


3. Masukkan air ikut sukatan sukati uollls pastu kacau kacau kacau lagi sampai mendidih. Air tu x payah banyak sangat, bukan mau merebus pun 😝


4. Masukkan udang pastu kacau sikit-sikit. Tunggu dalam 10-15 minit gitu, kulit udang pun bertukar warna haaa ang buh la garam secubit ka, dua cubit ka ikut sukati ang

Sengaja aku susun dorang gini, senang dorang membawang


5. Siap, hidang & sedia untuk makan nyum nyum nyum 😋


Selamat men'try'






^_^

3 comments:

Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb