Tuesday, November 2, 2021

Sambal O-Bilis

 Assalamua'laikum...

Hai hello eberibadi *sambil lambai tangan*


Kalini aku mau kenalkan dengan uollls produk dari Sabah yang rasanya so syedappp lagi mantoppp!



*Sambal Garing Ikan Bilis*

✅ Sedap dimakan dengan bubur kosong
✅ Sedap dimakan dengan nasi panas
✅ Boleh ganti rendang @ likuk makan dengan pulut @ buras @ ketupat

👉🏼  Harga :
      RM10.90 ( Sabah )
      RM13.90 ( Sarawak & semenanjung )

Postage (JnT):

1-2 balang: RM8

3-5 balang: RM12

6-8 balang: RM15


👉🏼 120g (bilis, kentang, lada, bawang, udang kering, perasa)

👉🏼 Ikan bilis gred AAA

❎ Tanpa biji lada

👉🏼 Semestinya 💯 produk muslim

👉🏼 Produk Sabahan



𝐊𝐄𝐍𝐀𝐏𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 𝐀𝐃𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐀𝐋 𝐎-𝐁𝐈𝐋𝐈𝐒?


🌸 Penyediaan pantas
Hanya perlu buka penutup dan siap untuk dihidang!


🌸 Penambah rasa
Bila rasa-rasa mau makan bubur kosong, bolehlah ditambah dengan O-Bilis... bijak x? 😉


🌸 Penyelamat waktu 'kecemasan'
Tengah malam tiba2 perut bunyi... buka periuk, nasi ada...lauk habis!!!
Tp O-Bilis ada! 🥰


🌸 Mesra travel
Sangat mudah untuk dibawa ke mana2. Bukan saja travel, bekalan waktu memancing pun boleh. Sambil2 pancing ikan di sungai, pancing jugak ikan dalam balang kan 🤭


🌸 Boleh jadi kudapan
Ya. Sambal O-Bilis boleh dimakan begitu sahaja. Jangan hairan kalau baru buka balang, tiba2 dah kosong 🤭



Ada yang mau buat stok Sambal O-Bilis ni?😍

📲 Whatsapp: 0198934755 (Adieb)






Tuesday, October 12, 2021

The B.E Wonderland, Kundasang Mount Valley Recreation

 Hai uolls, assalamua'laikum


Buat apa tu? Busy packing baju mau rentas negeri ke tu??? 😝


Ahad lepas aku baru balik dari bersejuk2 di Kundasang. FIL aku ni memang suka bersejuk di Kundasang, aku kureng skettt 😂 Aku lagi suka pi tempat yang ada aktiviti gittu


Otw balik ke rumah, aku bawa la laki singgah pi Kundasang Mount Valley Recreation. Nasib bek laki singgah jugak. Sebab minggu lepas pon kami pi Kundasang 😂 Tapi laki x mau singgah pi mana2. Haaa, aku apalagi majok 24 hours 😂 Duk berkurung dalam bilik ja, x kuar2.


Nasib bek jugala x p minggu lepas sebab Kundasang Mount Valley Recreation ni baru bukak minggu ni. Haduhhh, nasib x majok lama2 dengan laki 😂


Plan mau:

Flying fox= RM27 ❎

Archery= RM17 ❎

The B.E Wonderland= RM22 ✅

Ngam lagi ada pakej 3 aktiviti ni, dapat RM60. Tapi lom ada SOP tentang aktiviti flying fox & archery 😭😭😭 sobsobsob


So, kami pi The B.E Wonderland ja. X juga la kiciwa kann. Dalam tu ada 14 section semuanya bermula dengan winter section. Apapun, layannn gambarrr


Section 1: Winter

 Section 2: Spring
Aku sembarang ja snap gambar 😂 yang penting tang muka tu kena helokkk 

Hyeee, kami orang kerdil yang comel dalam cerita Snow White 🙋

Ehhh, tiber badan panjang kaki pendek 😂

Ehhh tiber cam model plak 😜

Section 3: Magic Mirror
Haaa, sini ada 7 ka 8 jenis magic mirror. X terfikir mau kira 😝

Section 4: Sabah Culture House
Masuk rumah kena bukak kasut/ selipar tau!

Jom ke atas plak tingu section seterusnya

Section 5

Section 6: Sabah Costume
Kemain happy eh laki gi salam cewek India tu
X jaga batasss! 😝

Section 7
Konon gaya kamehameha

Section 8 tutup kalau x silap

Section 9

Turun balik untuk ke section 10-14

Section 10

Section 11

Section 12
Time ni, ada bebudak remaja sudah. Laju dorang p section 12. Kami pon apalagi, kelam kabut bergambar sebab x mau bersesak

Section 13

Section 14
Terus aku rasa mau beli fon baru supaya gambar lagi santekkk 😂

Pintu masuk The B.E Wonderland


Aku buka mask time bergambar ja. Siap gambar pakai balekkk. SOP tetap dijaga guys! Sebelum bukak tu, aku tanya juga pekerja yang escort kami tu. Dia cakap ok, kami pon on 😂 Bukan sembarang bukak mask

Kami dibagi masa setengah jam dalam The B.E Wonderland ni. X tau la time tu kami terlebih masa atau ngam2. Sebab balik2 aku tanya tu pekerja, dia cakap 'Xpa2. Teruskan ja' Aisehhh. Haritu, kami orang pertama yang datang. Kuar dari section 9, baru ada orang lain tu haaa group bebudak remaja tu. Pastu time di section 13, baru ada pengunjung lain di section 2. X nampak tapi dengar suara sebab sebelah-menyebelah ja.

The B.E Wonderland ni memang khas untuk orang yang suka bergambar. Sebab ada sesetengah yang cakap dengan aku 'Apa juga ada di sana? Boring. Tiket pon mahal'. Aku berhuhuhuhu ja la. X juga mau bangkang sebab mau masuk pon pakai duit sendiri, bukan duit sumbangan 😂 Bukan juga orang bayarkan 😂 Yang penting aku merasa juga pi tempat tu, sekali seumur hidup pon ndapa yang penting merasa. Sementara ada duit, sementara lom banyak komitmen lain kan kan kan. Yang penting kita enjoy life kita 😉 Haaa gittu

Dahhh, kbye 💋
Apa2 pertanyaan, komen ja di entry ni. Nanti aku reply juga cuma lamberttt 😆





Thursday, September 16, 2021

Malam Semakin Dingin

Hai, assalamua'laikum 🙋


Lagu Spin 'Malam Semakin Dingin' diberi nafas baru by Tajul & Afieq! Bagi aku, smart! Aku jenis x minat laguuu, cukup dengar lima nam kali ja. Hanya ada beberapa lagu ja yang aku dok layan limaplohduajuta kali 😬 Abesssla lepas ni hari2 dok pasang lagu ni ja 😂 Masa aku buka utube tu, lagu ni antara yang trending weyhhh. Sesapa yang lom dengar, p buka utube saaanaaa. Aku malaihhh update lirik di sini sebab di MV tu ada juga lirik 😜 



Kbye 😉






Monday, August 23, 2021

Udang Masak Sos

Hai assalamua'laikum uollls


Aku ni jarang2 update bab masak2 ni sebab SANGATTT malas memasak 😂😂😂 Benda paling aku malas buat adalah MEMASAK!


Tapi sejak kawen ni, kena masak juga la 😂 Simple ja, main campak2. Yang penting laki puji sodappp!


Dua hari lepas, kemain gigih laki aku ke sana ke sini ke sana ke sini mencari udang. Nasib baik jumpa. Terus request mau makan udang masak sos. Ayaaa ayaaa bos! Aku apalagi, buka youtube lerrr tingu #DapurBujang sebab resipi semua simple. 


Bahan2:

1. Kuali

2. Minyak

3. Bawang merah

4. Bawang besar

5. Udang

6. Air

7. Sos cili

8. Sos tiram

9. Garam




1. Panaskan minyak kemudian tumis bawang. Bawang merah saja pun ok, tapi aku suka makan bawang besar. Tu pasai i campoq! Tumis sampai warna kekuning-kuningan atau nuning-nuning 😉


2. Masukkan sos cili & sos tiram. Sukatan dari kita ja, pandai2 la adjust 😂 Pastu kacau kacau kacau.

Lepas snap gambar, aku tambah lagi sos cili 😂😂😂


3. Masukkan air ikut sukatan sukati uollls pastu kacau kacau kacau lagi sampai mendidih. Air tu x payah banyak sangat, bukan mau merebus pun 😝


4. Masukkan udang pastu kacau sikit-sikit. Tunggu dalam 10-15 minit gitu, kulit udang pun bertukar warna haaa ang buh la garam secubit ka, dua cubit ka ikut sukati ang

Sengaja aku susun dorang gini, senang dorang membawang


5. Siap, hidang & sedia untuk makan nyum nyum nyum 😋


Selamat men'try'






^_^

Wednesday, July 28, 2021

Istanbul Aku Datang

 Hai, assalamua'laikum 😘


Aku muncul kembali setelah hilang dari radar. Padahal posted sebelum ni tobat menghilang, azam baru mau aktif berblog. Konon! 🙏


Setelah hampir seribunamplohdua hari x dapat tingu tv di rumah sendiri, last2 aku surrender pi beli cabel hdmi untuk sambung laptop ke tv 💻📺 Aku sebenarnya mau pasang unifi di rumah sebab x tau plan internet apa yang ngam di kawasan rumah ni, bila dah ada unifi baru beli long tv. Tapiii, penat la menunggu 😔 Sesungguhnya aku bukan orang yang penyabar! Mau ambil celcom, line nyawa2 ikan. Digi? Hidup segan mati x mau. Maxis & umobile? X wujud langsung! Hampehhh! Seksa zahir batin mencari line jo 😭 Lagi susah kalau mau PdPR perghhh padahal xdala hutan sangat kawasan rumah aku ni 


So, tutup cerita. Sambung balik cerita yang berkaitan dengan tajuk. Istanbul Aku Datang, dah duaplohribu kali tingu pun tetap x bosan. Tapi kali ni tingu dengan laki, jadi maciam terlebih fokus pula 😂😂😂 Aku bukan nak ulas pasal sinopsis. No no no. Kemon la. Tapi aku mau ulas dengan apa yang aku fokus 😂


1. Style rambut Beto. Siyes aku rasa smart gila sampai aku pujuk namplohjuta kali suh laki buat rambut camtu 😂 Jatuh cinta weyhhh 😍😍😍


2. Awal cerita time si Beto selalu 'panas' dengan si Lisa, gaya dia maciam Khaby Lame 😂😂😂 Punya la aku perah otak tadi mengingat gaya dia maciam siapa 😆 Kalau x tau siapa Khaby Lame, search laaa 😝

3. Dressing Lisa serupa eskrim paddle pop yang colourful tu. Tapi siyes comei ja aku tingu. Aku x keji pakaian Lisa. Maksud aku, even dressing paddle pop tapi x menjelekkan Lisa. Haaa gittu! Mau juga try tapiii... xda keyakinan!

4. Hair band Lisa yang pelbagai 😍😍😍 terus aku buka shopee k 😂 Mau juga hair band santek comei maciam Lisa. Pakai untuk buat laki sentiasa terpikat. Ecehhh!!!

Nak juga tempek poster filem ni, tapiii gambar Lisa x bertudung. Aku ni lagi pemalas edit 😜
So, uollls yang pernah layan Istanbul Aku Datang rasa best ke idok cerita ni?





xoxo
AdiEb
 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb