Saturday, July 6, 2019

Dia Ajak Aku Kawen!

Assalamua'laikum

Halu halu haluuu kamurang ✌

Kalau di media sosial, aku accept ja rakan blogger, rakan skola, rakan U, rakan PLKN tapi kalau yang peliksss, memang x r aku nak accept. So, ada sorang mamat ni yang jadi friend aku di muka buku & insta. Kami kenal time jaman PLKN. So, kalau dia tetiba chat aku reply ja la supaya x kena cop sombong ualls! Reply besher-besher ja

Ada 1 hari tu, tetiba dia tanya aku sudah ada buayapreng atau teda. Aku cakap la teda, yalahhh aku kan jujur 🙄🙄🙄 Tetiba lak dia bawa aku kawen weyhhh! Aku pun 'apahal pulak mamat ni??? Dah puas hidup ka tetiba ajak aku kawen?' Memang x r aku nak terima, LAKI ORANG weyh!!! 🙅🙅🙅 Dalam sebulan dia try hard ajak aku kawen, aku korek la apasal dia bawa kawen. Rupanya, PJJ dengan bini! Astagaaa, maciam aku mau tabaaak ja mamat tu! X tahan PJJ, jadi mau pasang lagi 1 yang dekat.

Aku cakap la dengan dia, "better ko doa la bini ko dapat pindah dekat dengan ko. Baru 2 tahun kamu kawen, sudah ko mau pasang lagi 1" Bini dia duk Sarawak, dia pula duk Sabah. Dengan bangga dia gtau dia boleh adil, seminggu dengan aku seminggu dengan bini dia 🙄🙄🙄 menyampah gila aku 🔪🔪🔪


Bila aku tanya:
Aku: "kenapa x pindah ikut bini?"
Dia jawab: "kesian bini sa, gaji dia kecik, kalau sa ikut tempat dia, dia kena tanggung sa pulak"
💆💆💆 Adedehhh, xda keja rupanya
Aku: "ko cari la keja bah. Yang penting kamurang x berjauhan"
Dia: "Kerajaan x mau ambik sa keja"
Aku: "Swasta kan ada, pi la try"
Dia: "Tapi sa tunggu keja kerajaan"

Pfffttt, kbye... terus aku blah 🙄🙄🙄 Malas layannn sebab aku fikir dia ni masalah kerinduan dengan bini. Tu yang otak x berapa nak betul! Dah lah pilih keja 🔪🔪🔪

Seminggu lepas tu, dia chat aku lagi. Tanya lagi aku mau dia atau x. Aku balas "kalau duda atau bujang, sa tengok adab & iman. kalau laki org, x payah fikir memang sa reject terus" 🙅🙅🙅 Boleh pulak dia tanya, kalau dia duda aku mau terima ka? Kalau dia cerai bini dia untuk kawen dengan aku, memang x r aku nak terima! Anak dah 2, tetiba mau cerai gara-gara PJJ. Otak mana otak??? Akal mana akal?

Terus dia kasi kenen aku dengan kawan bujang dia. Kuajo sungguh! Main pass-pass pulak 🔪🔪🔪 Rasa dipermainkan beb jiwa raga! Maruah seolah dihina dengan cara dia. Sorry, memang aku block terus! Kawan x kawan, kalau gaya bikin panas, memang aku chow la. Menyampahhh 🙄🙄🙄

Memula, aku ingat dia ada masalah dengan bini. Bila aku stalk, biasa ja. Sihat walafiat hubungan dorang. Aku kan stalker yang cemerlang, dapat lah beberapa info. Memula jadi lelaki gagah, berani mau pi rumah aku jumpa parents. Aku siap cakap aku ni demand. Mau itu mau ini 🤑🤑🤑 Pastu tetiba bawa kawen diam-diam. Lagi dasyat, minggu depannya bawa kawen lari 🔪🔪🔪 Gila kaaa? 😠😠😠 





Kalau kamurang di tempat aku, apa tindakan kamu?





Saturday, June 8, 2019

Happy Eid Mubarak

Assalamua'laikum

Ucapan tulus lagi ikhlas dari lubuk jiwa yang dalam 😉


Alhamdulillah, raya tahun ni x kalut maciam tahun lepas 😬 sebab merdeka dari exam 😂  tahun lepas raya maciam x raya ja 😹😹😹 sebab time posa ada kelas seminggu, pastu raya keempat atau kelima dah exam 😢 syukur alhamdulillah lulus exam even study last minute 😂

Sebab time posa aku xda masa sangat, so kain pasang untuk raya memang dah beli awal. Kuih raya pun main tempah ja tahun ni. Aku xdak la hebat sangat boleh buat kuih raya sambil belajar 🙄🙄🙄

Story mori kuih raya, exam dll nanti aku citer dalam entry lain. Sebab line internet ni kejam time raya ni, so aku post gambar raya ja dulu 😝

Kami 4 beradik ja 😉 

This year tema kuning cair 😘 Apa warna tema baju raya kamurang?

Teka urutan sulung hingga bongsu 😂

Ni family sebelah bapa tapi lom semua ada

Sorry yang di belakang, terblur 😝😝😝

Omeyyy angattt

kena selindung sikit sebelah my mom, xdak la nampak gemoksss 😂

Nampaknya, raya tahun ni lom slim lagi 😂 seteresss dok pikiaq exam + kem + practical 😅😅😅 cobaan

Mama bapa aku dari dulu xdak masalah nak balik beraya di mana sebab dua2 dari kampung yang sama 😉

Happy Eid Mubarak uollls!
Jangan lupa posa enam yooo





Thursday, May 23, 2019

Majlis Khatam Quran

Assalamua'laikum

Salam Ramadhan guysss! Posa ke tu??? 🙉🙉🙉 Sempena 17 ramadhan iaitu nuzul Quran, maka kami buat majlis khatam quran d skola. Lagipun mau cuti skola sudah kan. Skola ni x ramai muslim sebenarnya. Lagipun, budak muslim yang duk luar, susah mau datang program yg petang2 camni sebab masalah pengangkutan. Jadi, bebudak asrama yang muslim diwajibkan datang untuk mengimarahkan majlis. Meh layan gambar


Selesai majlis, sorang satu dapat nasi pulut. Alhamdulillah 😬😬😬 yang gugurlsssz, x sah kalau x berabis bergambar 😂 Disebabkan ni majlis khatam quran, aku pun otomatik sopan ja gaya bergambar 😂😂😂

Jam 6 cenggitu baru kami gerak pi dewan makan untuk iftar berjemaah



Jangan cari barisan makanan. Memang non hado la gambar. Kalau sudah lapar, mana ingat mau ambik gambar 😜😜😜




Kbye!

Monday, February 11, 2019

Hansaegee Nature Product


Assalamua’laikum…
Dah lama aku mencari produk yang boleh kurangkan minyak di muka. Lagi best kalau dapat nyahkan terus minyak-minyak tu. Tak sampai 5 minit pakai bedak, dah berkilat hidung. Betapa kukuhnya jajahan minyak di muka aku! Grrr…

Sila focus tang hidung nuuu

Time jaman study dulu, sampai lect tegur hidung aku pasaipa berkilat lain maciam. Ayat dia time tu umpama minyak kat hidung aku ni boleh buat goreng cekodok weyh! Haaa, lagi satu. Liang pori aku terbuka besaq gila. Dulu-dulu, bukan aku pandai jaga muka. Sukati ja berjemur di panas x pakai sunblock.
Dah besar dah jadi remaja ting tong ni, baru aku sedar diri yang jadi perempuan ni memang banyak benda kena jaga terutama kulit yang sihat. Kita ni sebagai pompuan kena jaga kulit kita leklok weyh supaya sentiasa sihat dan licin.
So, teringin mau try produk Hansaegee Nature. Before try produk ni, aku banyak baca good review pasal produk ni. Sehinggalah satu kebenaran terungkai mengenai produk ni. Jeng jeng jenggg~
Haaa, sebenarnya semua produk keluaran Hansaegee Nature adalah 100% original MADE in Korea gaisss! Kamurang faham-faham ja la… ingredients produk Korea memang sangat berkualiti. Perghhh! Sebab tu sangat tak zabarrr mau cuba! Ngeee~
So…





Tadaaa…







Aku try Aloe AC Clean Bubble Cleanser! Cara pakai cleanser ni senang jak. Pump 1-2 kali then letak di tangan basah, keluar buih-buih comel. Awww! Kalau dalam botol, Aloe Ac Clean Bubble Cleanser ni berbentuk liquid. Tapi, bila kau pump yang keluar adalah bubble yang very SOFT, WATERY and MOISTURE. Bila kau tempek di muka, perghhh… ada rasa pedih sikit sebab ada luka kocik dekat bawah dagu aku. Tapi area lain, aku boleh rasa tarikan kelembutan di wajah. Gituuu~


Kan aku dah cakap keluar versi bubble. Kalau cleanser lain, ko kena gosok-gosok dulu baru keluar bubble. Yang ni, xyah k


Pastu, ratakan ke seluruh muka dan leher. Bilas guna air suam. Guna 2 kali sehari. Yang best pasal cleanser ni sebab sangat menyegarkan anddd baunya wangiii… Sangat menenangkan. Terus rasa kulit lembut and glowing! Memang aku highly recommended cleanser ni weyh


Kenapa aku berani mau try cleanser dari produk Hansaegee ni??? Sebab bahan-bahan utama adalah Aloe Barbadensis Leaf & Tea Tree Leaf Oil. Haaa, bahan yang digunakan baik untuk kesihatan kulit. Clenser ni memang ngam untuk semua jenis kulit. Nda kisah la kulit ko tu kategori berminyak atau kering ataupun combination skin.



Lepas try cleanser ni, memang nampak la perbezaannya. Minyak di muka lagi-lagi di hidung memang masih ada, aku tak nafikan cuma makin berkurang. MAKIN BERKURANG! Means, berlakunya kawalan minyak la. Alhamdulillah, yeahhh! Lagi satu, pori-pori pun makin mengecik. Kalau dulu, besaq gedabak weyh T___T Risau juga aku kalau kulit jadi kering, tapi non hado k! Cleanser ni buat kulit muka kau jadi moisture. Kau bilas ja muka, memang terasa sudah moisture tu. Lembut macam punggung baby. Hee. Lepas basuh tu, memang terasa segar ja muka. Tak nampak kusam malah jadi lebih sihat. Bila apply solekan di muka, hasilnya lagi cantekkk dan halus mulus di wajah.

Tapi serious cleanser ni memang best gilakkk. Sukaaa angattt!

Kalau kamurang berminat atau mau tau lebih pasal produk Hansaegee ni, haaa… rajin-rajinkan diri anda untuk menjengah ke sini:


IG Page: Hansaegeenature
Facebook: Hansaegeenature



Saturday, January 12, 2019

Air Panas Poring & Canopy Walk

Assalamua'laikum

So, kami bawa Dik Mal ke Ranau. Memang dah lama dia simpan hajat mau pi Kundasang, Ranau terutama pi Desa Farm 🐄

Gerak pagi Jumaat, konvoi 2 buah keta. 1 keta lagi gerak petang. Sampai ja di daerah Ranau, kami pi Poring dulu. Entrance fee: RM3 sekepala. Bayar di pondok depan pagar 😉 Before mandi, kami pi Canopy Walk dulu.
Beg tu kami simpan di loker. Aku lupa dah bayar berapa untuk loker tu. Gila mau angkut bawa naik canopy. Kapus-kapus bernafas 😂😂😂

Canopy Walk: RM3
Camera: RM5 *untuk sebuah

Mau sampai di Canopy Walk, kena mendaki sikit dalam 10 minit gitu. Lama nda exercise, semput juga nafas. Hahahahaha. Nasib baik x kuar bunyi kerbau 😂😂😂 Canopy Walk ni ada 4 jambatan. Nda silap aku, janbatan ketiga yang panjang sikit and terlajak goyang 😂 moh layan gambar

Mal jadi model arah 😂

Padahal semput 😆


X banyak gamabr di Canopy Walk. Kepenatan kan 😂 Turun canopy terus cari air. Hausss

Cari tempat mandi yang kosong, dapat yang ni ja. Tapi kena tunggu air penuh. Paip air panas x kuat keluar air. Sabo ja la berendam di air sejuk 😂 ada juga untuk rendam kaki, tapi maciam x puas. Haha

Sebelum menjadi duyung

Setengah jam lepas, pool ni penuh ngan orang. La ni, kami menguasainya. Haha. 6 kaki paling dalam uiii. Terkapai-kapai kaki aku x sampai 😂 nasib terer memaut tebing

Tetiba ada dugong lalu pula 

Selesai menjadi duyung, menjelma semula menjadi dugong 😂 pehal aku nampak demok semaciam? 😲😲😲

Jarak Poring dari pekan Ranau x silap aku dalam setengah jam juga la. Jangan terlepas simpang, kang terlajak ke Telupid 😂





 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb