Saturday, January 12, 2019

Air Panas Poring & Canopy Walk

Assalamua'laikum

So, kami bawa Dik Mal ke Ranau. Memang dah lama dia simpan hajat mau pi Kundasang, Ranau terutama pi Desa Farm 🐄

Gerak pagi Jumaat, konvoi 2 buah keta. 1 keta lagi gerak petang. Sampai ja di daerah Ranau, kami pi Poring dulu. Entrance fee: RM3 sekepala. Bayar di pondok depan pagar 😉 Before mandi, kami pi Canopy Walk dulu.
Beg tu kami simpan di loker. Aku lupa dah bayar berapa untuk loker tu. Gila mau angkut bawa naik canopy. Kapus-kapus bernafas 😂😂😂

Canopy Walk: RM3
Camera: RM5 *untuk sebuah

Mau sampai di Canopy Walk, kena mendaki sikit dalam 10 minit gitu. Lama nda exercise, semput juga nafas. Hahahahaha. Nasib baik x kuar bunyi kerbau 😂😂😂 Canopy Walk ni ada 4 jambatan. Nda silap aku, janbatan ketiga yang panjang sikit and terlajak goyang 😂 moh layan gambar

Mal jadi model arah 😂

Padahal semput 😆


X banyak gamabr di Canopy Walk. Kepenatan kan 😂 Turun canopy terus cari air. Hausss

Cari tempat mandi yang kosong, dapat yang ni ja. Tapi kena tunggu air penuh. Paip air panas x kuat keluar air. Sabo ja la berendam di air sejuk 😂 ada juga untuk rendam kaki, tapi maciam x puas. Haha

Sebelum menjadi duyung

Setengah jam lepas, pool ni penuh ngan orang. La ni, kami menguasainya. Haha. 6 kaki paling dalam uiii. Terkapai-kapai kaki aku x sampai 😂 nasib terer memaut tebing

Tetiba ada dugong lalu pula 

Selesai menjadi duyung, menjelma semula menjadi dugong 😂 pehal aku nampak demok semaciam? 😲😲😲

Jarak Poring dari pekan Ranau x silap aku dalam setengah jam juga la. Jangan terlepas simpang, kang terlajak ke Telupid 😂





8 comments:

  1. apa ni Dieb, saja bagi kak pip jeles ....

    ReplyDelete
  2. wahhh bestnya aktiviti tu, cuma klu akak suka yg berendam jelah yg aktiviti kanopy walk tu mmg tak mau hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak berendam pun berebut sbb ramai 😂 lagi2 kalau cuti skola

      Delete
  3. seronok kalau berendam dalam air panas ni, dah lama tk pergi T__T

    ReplyDelete
  4. rindunya nak canopy walk. last buat masa zaman sekolah dulu, gigih jadik kadet bomba.

    ReplyDelete

Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb