Sunday, August 5, 2018

Rumah

Assalamua'laikum

Topik 'bawangan' pada entry kali ni ada kaitan dengan rumah. Masuk bulan ni, genap setahun aku duk menyewa rumah ni.

Rumah ni, schoolmate aku yang habaq ada kosong. Rumah ni x besaq, x kecik. Yang sedang-sedang saja. Ngam untuk bujangan maciam aku 😆 Rumah ni ada 3 bilik. Master room kosong, so automatik jadi bilik aku.

Duk rumah tu, aku dapat 2 orang hosmet. Sorang asal Buput (Beaufort), sorang asal Perak. Dua-dua dah kawennn 😱 halamakkk. Time aku masuk tu, hosmet Buput ja yang ada. Tu pun sedang pregnant. Yang asal Perak tu cuti bersalin.

Dipendekkan cerita, yang si Perak ni dapat pindah ke Keyel. So, bukak skola 2018, dia mai seminggu duk kemas nak angkut barang bawa balik. Dia whatsapp la aku boleh ka kalau laki dia tumpang duk kat rumah seminggu and dia nak pinjam bilik aku sebab besaq. Aku pun pikiq la pasai anak dia. Cian pula kalau duk bilik kecik. Aku pun eya kan lah. Nasib baik seminggu...

Bila si Perak pindah, tinggallah aku dengan si Buput berdua. Ada 1 lagi bilik kosong. Masa ni, si Buput cuti bersalin sampai bulan 3. Tinggallah aku sorang. 1 hari, jiran sebelah habaq kat aku ada cikgu cari rumah sewa. Kalau dapat, dia nak menyewa sekali. Aku cakaplah, aku kena bincang dulu dengan si Buput sebab bukan aku sorang ja yang duk sewa rumah tu.

Buput pula x mau dah tambah ahli. Alasannya, her mummy x mau ramai-ramai dalam rumah tu. Aku on ja la sebab kesian dengan si Buput ni. Sebelum ni, dia ada share la tentang familynya. Bikin kesian o kalau dengar. Seminggu sebelum cuti bulan 3, si Buput mai la sebab dah abis cuti bersalin. Sebelum datang, Buput minta izin supaya family nya dapat menumpang semalam di rumah tu and dia nak tukar bilik ngan aku. Dia nak master room alasan senang mandikan baby. Yalahhh, master room ada tandas dalam bilik. Aku bagi ja la. So, semua family nya balik kecuali herr mummy. Lepas cuti seminggu bulan 3 tu, eh ehhh, ada pula si Mummy 😧😧😧

Bulan 5, genap 2 bulan mummy dia di rumah tu. Genap 2 bulan juga dia x gtau aku mummy dia akan tinggal sama-sama. Genap 2 bulan juga dia kasi mandi baby d tandas dekat dapur bukan tandas dalam bilik. So, aku whatsapp dia minta sewa dengan bil tu dibahagi 3. Yalah, kalau bahagi 2 ibarat aku tanggung mummy dia dalam rumah tu. Aku gtau dia aku x mau bayar astro. Ya lahhh, bayar pun bukan aku tengok. Si mummy yg control tu remote. Engkorang bayangkan, aku baru balik rumah dekat jam 4 petang. Then cerita yang si mummy tengok dah abis. Dia blah la pi dapur. Aku tukar la channel p 801. Time tu ada sukan ntah sukan pa. Ngam-ngam acara renang. Aku sukan memang minat layan kecuali bola. Tetiba, si mummy datang then terus cakap "ehhh, cerita turki main sekarang". Dia ambik remote terus tukar channel. Hello derrr, aku layan tv dia x minta izin aku pun nak tukar. Dia x bayar sewa ngan bil apapun. Cerita turki tu ada ulangan malam, pagi dan petang. Tiap malam & petang layan benda yang sama. Pagi aku x tau sebab aku di skola.

Tu pasai aku nekad nak bahagi 3 semua bayaran. Pastu, aku dah jarang makan d rumah sebab sebelum balik, aku dah makan luar. Si Buput setuju sewa bahagi 3 tapi bil dia minta untuk bahagi 2. Yalahhh, kalau dengar cerita familynya memang akan kesian. So aku setuju bil-bil bahagi 2. Tapi aku dah x beli barang dapur. Kalau aku rasa aku mau makan, aku join dorang makan.

Sebulan dorang di rumah tu, pakai barang dapur aku k. Minyak masak habis, whatsapp aku minta beli. Pastu, masuk bulan 7 si Buput acuh x acuh dah ngan aku. Dia layan x layan dah aku ni. Aku tiap 2 minggu memang akan balik kampung. Tenom ➡ Kuala Penyu perjalanan dekat 3 jam. Aku sampai ja di rumah sewa tu, rupanya ada daddy dia. Time tu panas juga aku, dia ni dah xda jari ka nak sms aku gtau ada daddy dia. Xda mulut ka mau cakap ngan aku daddy dia tido di rumah tu. Aku dah lah penat drive, masuk rumah kena bertutup lagi. Memang stay dalam bilik x kuar-kuar dah kecuali ambik wudhu. Tu pun kena bertutup. Adehhh, rimas...

Memang si Buput buat rumah tu maciam rumah family. Kadang kakak ngan abang ipar dia datang tido di rumah, kadang aunty dia datang. Kadang lakinya datang. Yang bestnya, dia x gtau aku. Cisss!!!

20/07, minggu untuk aku pulang kampung. Aku sampai ja rumah ada daddy dia. Aduiii, aku plan nak mandi kasi segar badan. Kang aku tetido time drive, x sia-sia eksiden. Dah lah jalan tu berbukit, teda line internet dengan fon. Cancel mandi, terus aku packing barang and blahhh. Sekali aku keluar bilik, ada pula lakinya di ruang tamu bercalling. Adedehhh, si mummy ngan si Buput langsung x gtau ada lelaki dalam rumah tu. Arghhh, adakah itu 1 taktik halus supaya aku blah dari rumah tu???

22/07 aku balik dari kampung. Sampai di rumah sewa, aku nampak dah selipar pelik di luar bermakna ada orang lain di rumah tu. Mungkin aunty nya sebab aku tengok daddy ngan lakinya teda. Time tu memang aku dah x tegur dorang. Aku pack barang-barang aku sebab x sanggup sudah duk serumah. Siap pack, aku blah pi rumah sebelah tapi lom bawa barang-barang la. Jiran sebelah ni kawan-kawan aku juga. Dalam jam 9 lebih baru aku balik.

23/07 Punya la syiok aku selamba x bertutup dalam rumah tu sebab aku x tau ada lakinya. Bangun Subuh tu pun rileks ja keluar bilik. Bila aku dah sampai skola, kawan aku whatsapp rupanya ada lakinya d rumah tu. Astagaaa!!! Patutla si Buput x keluar bilik sanpai aku blah dari rumah tu. Panas dah hati aku d skola. Nasib duk bawah aircond.

Pastu tengah hari pula, kawan aku dapat info. Si Buput bercerita dengan guru-guru skolanya. Tapi dia cerita seolah-olah dia yang teraniaya. Konon aku berkira dengan family dia bab bayar sewa dengan bil. Konon aku x selesa ada family dia datang. Konon si Buput lagi layak untuk stay di rumah tu sebab dia lagi awal menyewa dari aku

Hello pulisss, tolong tangkap si Buput 1 family!!! Aku ni guru interim, bukan guru tetap macam si Buput! Aku xda gaji cuma dapat elaun! Memang la aku berkira bab sewa ngan bil sebab bukan kami 2 ja yang tinggal di rumah tu! Aku dah lah bilik kecik, xda tingkap pulak tu. Kenapa aku pilih bilik tu??? Sebab sejukkk. Lagipun kan aku dah gtau di atas, aku x tau mummy dia tinggal dengan kami! Letrik, dia yang banyak guna. Air, mummy dia cuci kain pagi petang beb pakai mesin basuh! Yang petang tu, dia cuci napkin baby 2 helai ja 😑😑😑 arghhh stresss! Ko sewa awal sebulan dari aku, x semestinya ko boleh bawa family mu sukati tido di rumah tu! X gtau aku pula tu! Memang la aku x selesa ada family nya, sebab dia bawa yang berjantina lelaki!!! Dia sendiri pernah cerita dengan aku, dia malas balik di rumah Beaufort sebab ada abng iparnya. Dia malas mau bertutup pakai tudung. Haaa, rimas ko ja ko fikir! Rimas aku terpaksa bertutup di rumah tu time ada family ko x pula ko fikir!

23/07 aku balik dari sekolah tengok-tengok rumah dah 90% clear. Takda dah barang depa! Lari maciam pencuri. Pastu time maghrib dia datang lagi dengan mummy nya. Tu pun langsung x cakap apa-apa dengan aku. 3 hari berturut angkut barang. Yang bukan milik dia pun dia angkut!

Ni ja yang ko whatsapp aku hosmet???

Dua hari lepas pindah, post di ig seolah-olah diri teraniaya. Bukan aku yang halau ko keluar dari rumah k!!! Aku bukan mengungkit tapi sebab ko putar belit cerita. Aku hargai pertolongan ko selama ni. Tapi sekarang ni, aku x boleh tengok muka ko selagi ko x minta maaf dengan aku!

Laki ko ostat, patutnya laki ko tau bah juga x manis stay di rumah sewa pompuan biarpun ada bininya menyewa!!! Sis cannot brain braderrr 😒😒😒

Sekian drama jam 7 petang 😑😑😑


4 comments:

  1. lorr..dia dah kawen..dia yg ptt pindah..adoii..pndek akal punya orang..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Point plg utama bawa laki x habaq ngan hosmet. Adedeh, poning palo dpt hosmet gini

      Delete
  2. Adoi.. Biadap sungguh.. sabar ye awak.. doa orang teraniaya ini lagi mujarab...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah malas nak pikiaq pasai pompuan ni dah 😏😏😏

      Delete

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb