Friday, August 31, 2018

Grand Lexis PD, Pilihan Percutianku


Assalamua’laikum and hi hi hi

Lama dah aku tak pi bercuti sejak menjak busy dengan kerja + study ni. Asyik ngadap keja + buku + laptop ni, memang stress jugalah palo otak. Stress! Aku terfikir, ‘alangkah indahnya hidup dapat luangkan masa pegi satu tempat yang boleh tenangkan otak, jiwa dan raga’. Maka, gatailah jari-jemari aku ni pi search tempat-tempat yang best. Bukan demand tapi alang-alang nak bercuti, so aku nak carilah satu tempat yang ada banyak kemudahan, fasiliti serta perkhidmatan yang berkualiti! Ala-ala taraf hotel 5 bintang gittew

Wainaaa, korang tau pakcik google suggest pi mana? Grand Lexis Port Dickson weyhhh!!! Tempat eksklusif tu. Macam aku tak percaya weyh cantik gila tempat tu macam di Bali! 




Yang penting, setiap unit bilik ada private pool. Aku pantang jumpa air, memang lama aku berendam dalam pool lagi2 yang private. Yiiihaaa!!! Kalau bercuti dengan kawan-kawan di Grand Lexis ni, memang jadi duyung la di private pool tu. Tak pandai naik ke darat. Ahahahahahaha… Hotel ni dapat anugerah weyh sebab mempunyai banyak swimming pool. Yalahhh, kalau dah setiap unit bilik ada private pool, gilo engko x banyak! Ngamlah aku pegi sini, dapat juga menikmati suasana aman dan tenang.



Taman pun private, sesuai untuk orang yang nak honeymoon. Boleh throwback kisah percintaan. Ecececececehhh Ahahahahahahahaha… Selain daripada swimming yang berlandskap, pool untuk kanak-kanak pun ada disediakan. Kalau mau aktiviti luar, sewa basikal atau memancing ikan dan ketam, pihal hotel boleh susunkan jadual untuk para tetamu.




Ada aku terbaca, Grand Lexis ini juga mempunyai kemudahan untuk persidangan dan mesyuarat di ballroom dan function room yang sedia ada dan boleh memuatkan lebih kurang 450 tetamu. Tempat ini luas dan sesuai untuk majlis, seminar, majlis perkahwinan dan mesyuarat perniagaan. Tapi, aku takda lah nak buat majlis kahwin kat sini, jauh weyhhh. Cukup sekadar bercuti tenangkan fikiran. Tapi kalau buat seminar di tempat ni, perghhh… semangat terus pi seminar. Ambik aura dari pemandangan yang cantik. Kankankannn

Aku dalam dilema nak pilih bilik atas laut, di taman atau di aras langit. Weyhhh, kenapa bilik2 kat Grand Lexis ni unik2??? Macam aku nak try semua unit bilik.



Ada khidmat WiFi, jimat internet aku. Alhamdulillah! Kihkihkihkihkih. Tapi yang paling best, aku baca review bab makanan di Duyung Restaurant dan Genn Japanese. Review menunjukkan makanan sedap & enak! Tergoda terus selera aku nak try.

Ngamlah juga kalau aku pilih Grand Lexis ni sebab ada spa weyh. Spa!!! Bolehlah aku menikmati urutan, rawatan badan, kaki & tangan, spa muka. Spa muka ni bagi aku mesti dibuat untuk segarkan balik wajah aku supaya nampak berseri time masuk kijo nanti. Pastu ni haaa fasiliti



Grand Lexis ni tak jauh pun dari Kuala Lumpur. Anggaran masa dalam 1 jam 15 minit ja. Boleh guna Lebuhraya Utara Selatan melalui Sungai Besi tol ke Port Dickson tol ( exit 219 ). So, kalau aku lambat sampai KL pun takpa sebab kaunter hotel ni 24 jam akan menolong korang untuk daftar masuk dan daftar keluar atau apa saja pertolongan yang korang perlukan. Bukan tu ja, tapi kat Port Dickson ni, aiiina bukan ja boleh pegi ke pantai Port Dickson, ada juga tempat lain di sekitar hotel tu macam pantai Teluk Kemang, Tanjung Tuan Forest Reserve dan Blue Lagoon.

Dah puas aku tengok gambar Grand Lexis tu, aku try pula servay harga. Hehehehehehehe… Kan sekarang ni pelbagai website ada. So, aku nak banding beza harga. Last2, aku dapat satu website yang buat tawaran & promosi istimewa kalau buat tempahan di Grand Lexis Port Dickson ni. Bajet aku dah sedia dah sebab memang aku dah pasang hajat nak pi bercuti ke satu tempat yang eksklusif. Tak sangka pula Traveloka buat tawaran & promosi istimewa. Terima kasih Traveloka, anda merealisasikan impian saya.

Psssttt, korang rasa Grand Lexis ni tempat yang menarik? Korang tertarik tengok pemandangan di hotel ni? Jom la kita book online di Traveloka Malaysia






7 comments:

  1. Bertahun lama tak pergi Grand Lexis.. Dulu pergi takde lagi swimming pool dalam bilik dan tingkat atas, semua dalam pembinaan. Sekarang, bila dah siap rasa nak repeat. Port Dickson ni dekat dengan rumah sis..

    ReplyDelete
  2. Been here few times... My fav hotel ever..!

    ReplyDelete
  3. alamak.....menarik dan tertarik jiwa raga

    ReplyDelete
  4. Memang grand.. Se grand nama dia.. Boleh usha-usha nanti..

    ReplyDelete

Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb