Sunday, August 28, 2016

Selamat Hari Lahir

Assalamua'laikum

Selamat Hari Lahir
Selamat Ulangtahun Kelahiran buat kakakku tersayang tapi selalu bikin panas, ahahahahahaha

Nurul Aini a.k.a Nunun 
Ayu doakan Nunun sentiasa bahagia disamping orang yang menyayangi Nunun, sentiasa murah rezeki, tabah hadapi dugaan & cabaran, dijauhkan dari sikap malas/ penyakit tua, hidup & mati dalam keadaan yg beriman 

Ingat, walau kita selalu bergaduh x bermakna kita saling membenci
Air dicincang x akan putus
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula adik beradik
Walau apa jadi sekalipun, kita 1 family tetap bersama

:'(

tskkk, sobsobsob

sodih ler plak, hee

cantikkan kakak sy? hee

k bye!



Friday, August 26, 2016

Cerita Cinta Dari Dua Dunia

Assalamua'laikum

Ada satu kisah, tentang cerita cinta dua dunia
Ini kisah cinta, tentang aku dan si dia
Buat kali pertama, kita bertentang mata
Dia sungguh bijak buatkan jantungku berdegup rancak
Cerita cinta dari dua dunia

Ada tengok drama Si Kolat Suamiku ntah apa atau Suamiku Si Kolot cenggitu la bunyi tajuk drama tu
Drama tu tentang cerita cinta dua dunia
Means sorang dari dunia kehidupan sederhana, yang sorang lagi dari kehidupan kaya raya.

Ada tengok drama korea W- Two Worlds? Yang tu pun cerita cinta dua dunia.
Sorang dunia komik, yang sorang lagi dunia sebenar

Ada tengok drama yang ada tayang muka aku?
Kalau ada, sah engko nipu!
Drama cinta dua dunia aku baru bermula beberapa jam tadi
Mana sempat nak adaptasi jadi drama

Meh sini aku citer asal usul cerita cinta dua dunia aku dan si dia.
Ermmm, urmmm... malu plak nak citer. kihkihkih


















Mula2 dia sedekah senyuman dia yang sangat2 manis k. Time tu hati aku dah melayang 35% kat dia.

Tetiba, dia... owhhh




























Dia kenyit mata plak dahhh. Cair 85% weyhhh!

Lidah kelu seribu bahasa. Hanya kerana senyuman manis dan kenyitan mata seksinya. Tanpa sebarang ayat suweeet mueeet.

Ohhh Kang Chul! Kenapa kau begitu kejam? Dah tahu kita ni dari dua dunia yang berbeza, kenapa kau tetap memanah hati aku?

Nervous nya! Nak jawab apa erk? Jap ye Kang Chul


Haaa!


























Aku: Kang Chul! Meh makan kopok ikan ni XD Sedap weyh! Ang taknak, rugi!











Kang Chul: Sampai hati U! :'(

Kang Chul, bukan aku sengaja mau reject kau. Tapi, faham2 la ya! Kerana Kau Seorang Kang Chul... yang fantasy

Inilah kisah kita, Cerita Cinta Dari Dua Dunia 
Antara Kang Chul dan Nour Adieb...



K bye! kihkihkih




Thursday, August 25, 2016

W-Two Worlds

Assalamua'laikum

W. Memula aku pelik juga apa kebendanya W ni. W. Just W. Rupanya drama korea 16 episod.

Ada sorang novelist ni selalu update tentang W kat fb. Tu yg hati aku macam tertarik mau tengok. Jarang2 juga aku layan korea ni. Sedangkan Boys Over Flowers yang orang duk stress layan tetap x tarik minat aku. 

W ni kisahnya...

Malas aku nak story sini, nanti x surprise plak korang. 

Genre drama ni lebih kepada fantasy, suspense, ada romantik sikit bagi aku la. 

So, kalau ada masa tu bolehlah layan mata tengok W. Sekarang dah episod 10. Aku x layan kat tv, jadi aku x tau jam berapa & channel berapa main. Maybe channel 393.






Wednesday, August 24, 2016

Santapan Rohani

Assalamua'laikum


🍦 Santapan Rohani 🍦


۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 
      وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Apabila seseorang menegur kamu dengan penuh hikmah, dan kamu terasa dan marah dengan teguran itu. Ketahuilah, engkau sudah ada sebesar-besar takabbur didalam hatimu itu."

-Imam Al-Ghazali Rahimahullah Taala-


#RenunganBersama
#JomSolatDhuha




Tuesday, August 23, 2016

Pesta Rumbia 2016

Assalamua'laikum

Kat Sabah ni, tiap tahun memang akan ada pesta yang wajib diadakan. Contohnya Pesta Kaamatan di Ranau, Pesta Bagandang di Beaufort, Pesta Rumbia di Kuala Penyu, Pesta Nelayan di Menumbok, Pesta Buah di Sipitang dll

Kalau Pesta Kaamatan tu, memang wajib dah bulan 5. Pesta lain2 tu x tentu tarikh, tapi memang akan ada tiap tahun. Hari tu pegi Pesta Bagandang time bulan 7 kat Beaufort, tapi pegi lepas Asar la. Jadi, xda rakam orang lawan bagandang.

Pesta Rumbia pun pegi, minggu lepas. Memula pegi petang sabtu je, tengok pameran, lawat kedai2, beli makanan. Macam x berapa menarik, hanya bungkus lekor bawa balik rumah.

Then, esoknya hari ahad bapa aku bawa lagi p Pesta Rumbia. Aku sebenarnya malas nak pegi lagi, sebab pegi pagi. Panas. Tapi, akhirnya pegi juga. ehee. Sampai je kat pekan terus, ngam2 je aktiviti 'Mencari Badang Rumbia'. Haaa, hadiah 1k weyh. Syaratnya, hanya perlu angkat batang Rumbia 80kg then bawa lari 100m. Dalam ramai2 peserta tu, hanya sorang je yg dapat angkat then bawa lari. Tu pun nak sampai garisan penamat, tetiba batang rumbia tu jatuh. Memang amik masa yang lama juga dia nak angkat balik batang rumbia tu. 80kg weyh!

No 2 pula bawa pulang RM500, then no 3 bawa pulang RM300. Tu pun yang lain dapat angkat lepas batang rumbia tu dipotong tinggal entah berapa kg


Sambil2 tu, kitorang 1 family singgah jap tengok orang lawan menggarus rumbia, buat kraftangan, anyam daun rumbia jadi atap. sempat jugalah mama aku rembat 4 benda ntah apa nama d khemah kraftangan. 

pertandingan menggarus rumbia. dari batang rumbia tu, dorang kena garus ikut kreativiti dorang

pertandingan buat atap dari daun rumbia, yang ni lebih dipelopori oleh non-muslim

semuanya dari rumbia

Banyak lagi gerai, tapi malas aku nak amik gambar. Korang boleh search kat google kalau rajin. ehee. 

Pesta Rumbia ni memang ada kat Kuala Penyu je. Jadi, kalau korang nak mai tahun 2017, boleh search kat google la bila akan dibuat tahun depan. Sebab aku pun x tau bila. wkwkwkwk

Time aku kecik2 dulu, Pesta Rumbia ni di Pantai Sawangan. Sekarang, pindah kat pekan dah. Kat Sawangan memang best. Dapat main di pantai. Air pun jernih. Ada pertandingan lumba perahu, memancing. Sebab air kat Pantai Sawangan tu sangat jernih. Tak caya, korang boleh search kat google. 

Cuma yang tak best Pesta Rumbia tahun ni, sebab dorg buat time belum gaji. Kesian plak dengan penjual bahagian kraf. Pembeli pun kesian juga. Nak beli kraf, tapi kena tahan nafsu. Gaji lom kuar! 

So, pihak yang bertanggungjawab harap amik perhatian la bab ni ye untuk pesta yang akan datang. Nak buat pesta, silalah buat lepas gaji. hee

So, insyaAllah panjang umo kalau rajin pegi Pesta Nelayan di Menumbok. Tak silap aku dalam bulan 10 nanti.

K bye!



Saturday, August 20, 2016

Tahniah Pasangan Beregu Lelaki Malaysia

Assalamua'laikum

Fuhhh! Penat mata aku layan #BadmintonRio2016 ni. Jantung aku plak terlebih irama dagdigdug

Emosi weyh tengok Malaysia vs China ni. Tangan menggeletar nak udpate entry weyh. Sengit giler

Apapun, tahniah kepada pasangan beregu lelaki negara Tan Wee Kiong dan Goh V Shem kerana berjaya mendapat pingat Perak. 

Weyh, bukan senang tau nak dapat perak tu. Engko nak masuk Olimpik pun susah. Jadi, kita kena hargai usaha mereka yang bersungguh-sungguh lawan dengan pasangan beregu lelaki dari China. Belum rezeki Tan Wee Kiong & Goh V Shem genggam emas. 

Keputusan Final Badminton Beregu Lelaki Malaysia vs China:
Malaysia [ 21-16 ] China
Malaysia [ 11-21] China
Malaysia [ 21-23 ] China
Masa: 70 Minit


Tahniah!!! Semangat juang dorang berdua yang sangat tinggi!


Thursday, August 18, 2016

Hidup Tanpa Gajet

Assalamua'laikum

Dulu-dulu...
Tanpa Gajet.
Kau apa tau!

Lepas balik dari skola rendah, singgah kedai. Memang dah simpan duit siap-siap untuk main tikam-tikam ni. Ahahahahaha, selagi x dapat pulangan yang besar selagi tu main sampai pokai. Tobat dah skang :')

Perkara wajib ni bila hujung minggu! Dalam jam 9 pagi gitu. Favorite cartoons! Sailormoon, Dragon Ball, Mask Rider x silap aku. Pernah satu hari tv x mau hidup, dah time tu terdesak nak tengok cartoon aku pi tendang tv sampai jatuh gedeganggg! pecah oleh aku. Rupanya xda letrik: '( Malunya bila dorg mama bapa ingatkan balik. wkwkwkwkwkwkwk

Time ni baru pindah duk kampung, uma dekat dengan sungai. Mama bapa pi uma pakcik. Aku ikut my sis & jiran kami pi mandi sungai tu. Otw balik, bapa sudah siap tunggu depan simpang rumah sambil pegang batang serunai. Pedih ohhh bila kena libas di belakang badan: '( x pernah dah jejak kaki kat sungai tu. tobat wkwkwkwkwkwk

Semua ni sebab kakak aku. Dari dia la, aku mula minat dengan NewBoyz, Boboy, Achik & Nana. Alaaa, dulu2 kan lagu jiwang karat. Dulu, line radio pun susah nak cari kat kampung. Dalam jam spuluh seblas malam cenggitu baru dpt line. Masih skola rendah, jadi takut tbangun lambat esoknya tu yang pi rakam lagu2. Skang x tau letak ceruk mana dah kaset2 rakaman tu.

Hujan lebat, x ingat dunia dah. Menari macam hindustan. Skang x buat dah. Malu oiii!


Aku kesian juga dengan budak2 zaman skang. Ramai yang x merasa zaman budak milo ni sebab skang zaman ribena. Lagipun, salah 1 faktor sebab ramai budak2 jadi mangsa culik. Ibu bapa pun berat hati nak lepas pi bermain dengan kawan2. 

Lagi 1, bebudak zaman skang lebih fanatik, lebih tunjuk minat dengan gajet. Sepupu aku yang kecik tu, dulu2 je aku biasakan dengan gajet supaya dia nak kat aku. wkwkwkwkwkwkwk. Tapi sekarang, kalau pi umah memang aku bawa dia main tepi kolam, bawa kejar ayam. Yang penting, dia merasa apa yang aku rasa time zaman kecik dulu2. Cuma, kena sentiasa perhati. Kang x sedar plak dia termasuk dalam kolam :p

Banyak sebenarnya lagi kenangan kocik2 ni. X muat 1 entry ni: ')

Apa kenangan indah/ lucu korang time kecik dulu? 



Friday, August 12, 2016

Kehidupan Manusia

KEHIDUPAN MANUSIA TAK UBAH SEPERTI SIFIR 7 YG AKAN BERHENTI DI TANGGA SEMBILAN

Kita, kehidupan kita & umur kita adalah seperti SIFIR 7. Sifir ini akan berhenti di tangga ke 9. Kenapa? Jom renungkan.

*7 x 1= 7*
Ketika umur di sifir 7x1,  kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain. Kita belum kenal  dosa pahala. Kita belum fikir tentang masa depan.

*7 x 2 = 14*
Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.

*7 x 3 = 21*
Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.

*7 x 4 = 28*
Meningkat kepada umur ini, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup. 

*7 x 5 = 35*
Tahap penting untuk membina keluarga. Ingin membeli kereta,  rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya.

*7 x 6 = 42*
Namun akhirnya, kita akur tatkala memasuki fasa ini. Bahawa usia semakin mningkat. Ini bukan lagi masa untuk berehat. Saat ini saat yang genting. Kita berlumba mengumpul harta. 

*7 x 7 = 49*
Kita sedar perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan. Pada masa ini darah tinggi, kencing manis, jantung sakit  dan lain-lain sedang cuba melamar. Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam, menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.

*7 x 8 = 56*
Memasuki era 50-an, tatkala kita sudah memiliki semua impian, akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang. Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil. Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna. Rumah besar kosong dan sunyi sepi. 

*7 x 9 = 63*
Kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 60-an, kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat perkara yang cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana. Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. Kubur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal. Mujurlah Allah masih membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon.

Kenapa berhenti di sifir 7 x 9? Sebab, kita umat Muhammad saw. Banyak yang berakhir di usia ini. Jika ada pun yg sampai ke sifir seterusnya, ia adalah bonus. 

Demikianlah kitaran hidup. Kanak-kanak akan menjadi remaja. Remaja akan menjadi dewasa. Dan dewasa akan melangkah ke alam usia emas. Usia hanyalah pinjaman. Dunia hanyalah pinjaman. Amatlah rugi jika kita mempersiakan hidup dengan perkara yang merugikan dan melalaikan. Terlibat dengan gejala dadah, berkawan dengan rakan yang melalaikan, atau terlalu sibuk dengan kebendaan.

*Ingat!!! Berapa ramai pula yang tak lepas banyak sifir 7. Ada yang berhenti di tangga 1, banyak juga yang umurnya ditangga ke 3.*

■ Hidup ini hanya sementara. Kejarlah akhirat sebelum tertiarap. Dunia juga penting. Kerana dengan dunialah kita akan ke akhirat. 

■ Umur yang kita dapat hari ini adalah anugerah dari Allah.  

■ Hargailah dengan banyak mngingati Allah. Kumpulkan bekalan yang akan kita bawa 'ke sana'. Walau di tangga mana pun kita sekarang, jangan tangguh kerana mati itu misteri, tidak akan cepat atau lewat walau sesaat. 

#sekadar berkongsi kpd yg sudi utk membacanya 😊


kopi & pasta




Monday, August 8, 2016

Cara Memandang Nasib

Assalamua'laikum

*CARA MEMANDANG NASIB...!!!*

```Pelajaran Tauhid yg sangat bernilai...

Dahulu kala, ada seorang petani miskin memiliki seekor kuda putih yang sangat cantik dan gagah...

Suatu hari, seorang saudagar kaya ingin membeli kuda itu dan menawarkan harga yang sangat tinggi... Sayang si petani miskin itu tidak menjualnya. Kawan2nya mentertawakan dan mengejek kerana dia tidak menjual kudanya.

Keesokan harinya, kuda itu hilang dari kandangnya.

Maka teman-temannya berkata: "Sungguh malang nasibmu, padahal kalau kemarin kamu jual, kamu kaya, sekarang kudamu sudah hilang."
Si petani miskin hanya diam saja tanpa berbicara.

Beberapa hari kemudian, kuda si petani kembali, bersama 5 ekor kuda liar lainnya. Lalu teman-temannya berkata: "Wah...! Untung sekali nasibmu, ternyata perginya kudamu membawa keuntungan."
Si petani tetap hanya diam saja.

Beberapa hari kemudian, anak si petani yang sedang melatih kuda-kuda baru mereka terjatuh dan kakinya patah.
Kawan2nya berkata: "Rupanya kuda-kuda itu membawa malang, lihat sekarang anakmu kakinya patah."
Si petani tetap diam tanpa berbicara.

Seminggu kemudian terjadi peperangan di wilayah itu, semua anak muda di desa dipaksa untuk berperang, kecuali si anak petani kerana tidak boleh berjalan.

Teman-temannya mendatangi si petani sambil menangis: "Untung sekali nasibmu kerana anakmu tidak ikut berperang, kami harus kehilangan anak-anak kami."

Si petani kemudian berkata:
"Janganlah terlalu cepat membuat kesimpulan dengan mengatakan nasib baik atau malang.
Semuanya adalah suatu rangkaian proses yang belum selesai...
Syukuri dan terima keadaan yang terjadi saat ini.
Apa yang kelihatan baik hari ini belum tentu baik untuk hari esok.
Apa yang buruk hari ini belum tentu buruk untuk hari esok.
Tetapi yang pasti, ALLAH paling tahu yang terbaik buat kita.
Bahagian kita adalah, mengucapkan syukur dalam segala hal, sebab itulah yang dikehendaki ALLAH di dalam hidup kita ini.

Jalan  yang dibentangkan ALLAH belum tentu yang tercepat, bukan pula yang termudah. tapi sudah pasti yang terbaik..."

Semoga dapat memetik pengajarannya...


Wallahua'lam```




Friday, August 5, 2016

Info Rambut

Assalamua'laikum...

Rambut ohhh Rambut!
Ketahui Mitos vs Fakta

"Jangan ikat rambut ketika basah, nanti berbuah." Tanp usul periksa, kamu terus menganggap apa yang dikatakannya itu fakta. Nanti dulu kerana tidak semua informasi itu benar. Ayuh kita perhatikan mana satu fakta dan mana satu mitos. 

1) Perapi rambut boleh memperbaiki rambut bercabang.
- MITOS! Tidak kiralah seberapa banyak iklan perapi yang mengaku boleh memperbaiki rambut bercabang, kenyataannya tidak sedemikian. Perapi sememangnya boleh memperbaiki kutikula sehingga rambut bercabang akan berkurang. Namun hujung rambut yang telah bercabang akan tetap ada. Satu-satunya cara untuk menyingkirkan hujung rambut bercabang adalah dengan memotongnya secara teratur setiap 4-6 minggu.

2) Jangan tidur dengan rambut basah kerana kurap akan tumbuh.
- MITOS! Kita sebenarnya boleh tidur dengan rambut basah tanpa risau kurap atau bakteria akan tumbuh di kulit kepala. Kulit kepala tidak akan didatangi kurap atau sebarang bakteria sekiranya kita rajin merawat & menjaga kulit kepala agar sentiasa bersih.

3) Rambut akan tumbuh lebat dengan bersikat 100 kali sehari.
- MITOS! Fikirkan semula tentang perkara ini. Bagaimana hanya dengan bersikat rambut 100 kali sehari boleh menumbuhkan rambut? Bersikat secara berlebihan sebenarnya boleh merosakkan kutikula apa lagi jika kita menggunakan sikat yang salah.

4) Berkongsi sikat boleh menyebarkan penyakit.
- FAKTA! Setiap orang harus punya sikatnya tersendiri. Sejumlah parasit seperti kutu boleh hidup pada sikat dan ia dengan mudah akan menular dari satu kepala ke kepala yang lain.

5) Lebih banyak bersyampu membuatkan rambut akan lebih bersih.
- MITOS! Tidak kisahlah seberapa banyak syampu yang kita gunakan, asalkan ia telah membersihkan keseluruhan rambut hasilnya akan sama sahaja. Jangan membazir syampu & gunakanlah dengan jumlah yang secukupnya.

6) Makanan mempengaruhi kualiti & kesihatan rambut.
- FAKTA! Apa yang kita makan memiliki kesan terhadap kualiti & kesihatan rambut. Pola makan yang seimbang ditambah pula dengan suplemen multivitamin akan membuatkan rambut kamu tumbuh lebih sihat dan bersinar.

7) Mengikat rambut dengan tegang & ketat boleh menyebabkan kebotakan.
- FAKTA! Mengikat rambut tegang atau tertarik boleh menyebabkan alopecia. Situasi ini terjadi apabila kita sering mengikat rambut secara ketat tanpa membiarkan rambut berehat. Apolecia memang boleh mengakibatkan kebotakan.

Info dari: Majalah Remaja, 1 Jun 2012 




Tuesday, August 2, 2016

Promosi Jubah Plain

Assalamua'laikum

Mustard






PROMOSI UNTUK ABAYA MARIA 📢📢📢
Abaya Maria BUY 3 FREE 1 ( free BOLEH pilih Aisha atau Maliza... bergantung pd stok )

29hb Julai - 07hb Ogos 2016
CEPAT GRABBB!!!
Abaya Maria membantu diri anda nampak professional😊


👗 basic plain Abaya Maria
👗 Material: heavy peach koshibo
👗 wudhu & nursing friendly
👗 12 exclusive colours
👗 saiz dari S-M-L-XL-XXL

Harga: RM85 sm, RM90 ss

Whatsapp / Telegram: 0198934755

#jubahplainmurah
#abayamaria
#basicplainabayamaria
#jubahplainwudhuandnursingfriendly
#sayajualmurah
#abayamurahbawahrm100
#bridesmaidsdresses


korang boleh singgah di ig: jubahplain utk lebih banyak pilihan: D


 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb