Wednesday, July 31, 2013

Oh Oh Oh Balik Kampung~

Assalamua'laikum

Perjalanan jauh tak kurasa
Kerna hatiku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira


Hola halu hilu helo!!! nak habaq ni, dengaqlah sattt!

31 July 2013 : 3.29 am
konpem yang memang komprom, insyaAllah hari ni aku akan terbang balik ke negeri tanah tumpah darahku. yahooo! apsal lak aku terlebih hepy ni??? op coz lar hepy, nak sambut raya bersama family tercenta! semangat! tahun lepas, aku tak merasa beraya bersama family di Sabah. tskkk. :'( so, tahun ni aku mesti qada' raya tahun lepas. gabung dengan raya tahun ni! maksudnya? tambah cuti le sayang sayang oiii! buat cuti sendiri!

tempoh cuti raya kitorang seminggu je. so, i yang penuh tatatertib ni nak tambah lagi cuti seminggu. bagi i, mana puas cuti seminggu tu ( dasar makhluk x pandai bersyukur ) hee. so, lepas habis cuti nanti pandai pandailah cari alasan kenapa lewat balik. dahtu, dalam bahasa Arab pulak. adeh! tapi, xpe. skang ni, just fokus pada cuti raya. yeah!

Balik kampung oh oh oh
Hati girang...





Dua malam yang lepas, dompet Syazwa tercicir. X tau lah tercicir kat mana. Aku lupa nak tanya lebih detail sebab takut dia tambah sedih. Dalam dompet tu ada duit Rm3++, lesen, kad ATM, bla bla and bla. Memang sedih giler lar dengar tone suara Syazwa dalam fon ( dia tinggal di uma sewa, aku pulak kat hostel ).  Benda first yang aku tanya...

Aku : weyh, ic kau macam? kalo ic kau join sekali dalam dompet tu, camna nak balik nanti? 

Syazwa : ic aku ada. selamat.  tapi, dalam dompet tu ada 3++ lebih. Aku plan mau guna duit tu beli barang barang untuk maci paci aku

Aku : erm, sudah wat report?

Syazwa : sudah...

Tapi, syukur alhamdulillah... last last ada orang call nak bagi dompet tu. duit memang xde dah dalam dompet tu. So, melayanglah RM3++... huhu. Kalo perkara ni terjadi kat aku, memang dah mengamuk sakan aku. Apa taknya, bagi aku Rm3++ tu dah cukup banyak. Boleh beli tiket flight. Boleh bayar yuran pengajian. Tapi, tulahhh. Dah takdir, perkara dah lepas. Syazwa pun dah dapat balik dompet tu. Reda jak lah... hurmmm 






p/s : Susah nak jumpa orang yang jujur skang ni. 






^_^





Monday, July 22, 2013

Ramadhan Kareem!

Assalamua'laikum


10 kesalahan paling hit ketika Ramadhan :
1.Tidak sahur.

- puasa orang yahudi dan orang Islam sama saja, kecuali puasa orang Islam ada sahur. Bersahurlah walau dengan segelas air kosong. 



2. Sahur terlalu awal 
- makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur, itu supper.



3. Terlebih tidur 
- lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah. Tidur boleh diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau over sangat dianggap bedebah. 

4. Berbuka secara buffet sampai buncit
- ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Tarawih pun tuang!

5. Membazar hingga membazir.
- lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang.


6. Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan.
- bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal 

7. Asyik shopping baju raya tapi lupa nak mencari Lailatul Qadar
- Nabi akan struggle pada 10 malam terakhir untuk cari Lailatul Qadar. Pahala bonus 1000 bulan tu. Wow!

8. Puasa tapi tak solat.
- pahala puasa pending, sebab tak solat. Ayoyo! Banyak rugi la macha!

9. Sibuk beribadah, lupa cari ilmu. 
- bulan Ramadan bulan Ilmu. Semua ibadah takda guna tanpa ilmu. Ada juga yang melarang tazkirah ketika Ramadhan. 

10. Gagal upgrade iman selepas lalui Ramadhan.
- ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar, tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan.






p/s : Selamat berpuasa. 
        Let us make this Ramadhan is the best Ramadan ever! 







^_^




Friday, July 19, 2013

Doa Untuk Semua

السلام عليكم ورحمة الله

Doa untuk Memudahkan Sebarang Urusan :)

اللهم لا سهل إلا ما جعلته سهلا وأنت تجعل الحزن إذا اشئت سهلا
" Ya Allah , tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan , Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki  "





p/s : Salam Ramadhan :)






^_^




Tuesday, July 16, 2013

Tentang Sebuah Cerita

Assalamua'laikum

Aku adalah seorang jururawat di sebuah Klinik Kesihatan Desa. Pada pagi itu, klinik agak sibuk. Sekitar jam 09:30 pagi, seorang pakcik yang berusia 70-an datang untuk membuka jahitan pada luka di ibu jarinya. Aku menyiapkan peralatan & memintanya untuk menunggu, sebab semua doktor masih sibuk. Mungkin dia dapat berurusan dengan doktor paling cepat pun 1 jam lagi.

Sewaktu menunggu, pakcik tua itu nampak gelisah. Kejap-kejap, matanya akan melirik ke jam tangan usangnya. Aku merasa kasihan. Jadi, ketika free, aku sempatkan diri untuk memeriksa lukanya. Oh.. Luka dia dah sembuh dan kering. Tinggal membuka jahitan dan memasang bandage baru sahaja. Pekerjaan yang tidak terlalu sukar dan rumit. ‘’Aku boleh settlekan pakcik ni...’’ bisikku di hati. Setelah meminta kebenaran dari doktor bertugas, aku putuskan untuk melakukannya sendiri.

Sambil merawat lukanya, aku bertanya ‘’ Pakcik ada temujanji lain ye? Saya tengok dari tadi pakcik macam rushing je??? ‘’ soalku ramah. Sambil tersenyum pakcik tua itu menjawab ‘’ Tidak, pakcik hendak ke rumah rawatan orang tua. Pakcik nak makan tengah hari bersama isteri pakcik ‘’

Dia menceritakan bahawa, pada setiap hari dia akan ke sana untuk berjumpa dengan isterinya. Isterinya sudah dirawat di sana sejak beberapa tahun yang lampau kerana disahkan mengidap penyakit ALZHEIMER

Lalu aku bertanya ‘’ Adakah isteri pakcik akan marah kalau pakcik datang lambat??? ‘’, Dia menjawab ‘’ Isteri pakcik takkan marah bahkan dia sudah tidak lagi mangenali pakcik sejak 5 tahun yang lalu ’’

Aku sangat terkejut dan berkata : “ Pakcik masih pergi ke sana setiap hari walaupun isteri pakcik sudah tidak mengenali pakcik? “

Dalam nada yang tenang dia membalas: " Dia memang tidak mengenali pakcik, tapi pakcik masih mengenali dia "

Aku terus menahan air mata sehinggalah pakcik itu pergi. SubhanAllah.. !! Tulus dan sucinya cinta dia kepada isterinya biarpun si isteri sudah tidak mengenalinya lagi.. :,(

*********** 
sumber : pesbuk :p






^_^




Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan Datang Lagi :)

Assalamua'laikum...

Alhamdulillah, tibalah masa dan bulan yang ditunggu tunggu... bulan Ramadhan! :) korang korang, jangan beli stock makanan untuk makan sorok sorok tau! hehehe. time kocik kocik dulu, aku pun slalu buat cenggini. buka pintu peti sejuk pelan pelan, pastu panjangkan tangan ambik je apa apa stock makanan yang ada kat dalam tu. skang, dah tobat dah! betul! tak tipu!



First day posa tahun ni, aku sahur kat rumah. Sabah. kalau sahur kat Sabah, memang awal. kira kira jam 3.30-4.30 cenggitu. Sahur awal, buka posa pun awal. hikhik o.O tapi kan... tapi kan... sahur memang kat rumah, tapi buka posa pulak... :'( tsKkk. kat LCCT. huwaaa. flight aku ke Kedah tepat time posa hari pertama. maknanya hari ni lah! 10 July 2013 T___T taramau! taramau! huwaaa. cedihhh :'(

Selamat Berpuasa Semua!!! :D









^_^




 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb