Thursday, May 10, 2012

43 Kelebihan Wanita Solehah [ 1 ]





Sebelum tu, jom undi Mialiana.com

1 ) DOA WANITA lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki

2 ) WANITA YANG SOLEHAH itu lebih baik daripada 1 000 orang lelaki yang tidak soleh

3 ) SEORANG WANITA SOLEHAH adalah lebih baik dari 70 orang wali 

4 ) SEORANG WANITA SOLEHAH adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh

5 ) BARANG SIAPA yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah swt dan orang yang takutkan Allah swt akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya

6 ) BARANG SIAPA yang membawa hadiah ( barang makanan dari pasar ) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail as

7 ) TIDAKLAH SEORANG WANITA yang haid itu, kecuali haidnya merupakan kifarat ( tebusan ) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidnya, maka dibaca ayat yang bermaksud: "Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa"; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui siratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan Allah mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya

8 ) WANITA YANG TINGGAL bersama anak-anaknya akan tinggal bersama Rasulullah saw di dalam syurga 

9 ) BARANG SIAPA MEMPUNYAI tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga

10 ) DARI AISYAH RA: "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka"

11 ) SYURGA ITU di bawah telapak kaki ibu 

12 ) APABILA MEMANGGIL akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu

13 ) WANITA YANG TAAT BERKHIDMAT kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab

14 ) WANITA YANG TAAT akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristigfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredainya ( serta menjaga sembahyang dan puasanya )

15 ) AISYAH RA BERKATA "Aku bertanya kepada Rasulullah saw, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab baginda, "Suaminya". " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah saw, "Ibunya"

16 ) SEORANG WANITA yang apabila mengerjakan solat 5 waktu, berpuasa wajib sebulan ( Ramadhan ), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki 

17 ) TIAP PEREMPUAN yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah swt memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya ( 10 000 tahun )

18 ) APABILA SESEORANG PEREMPUAN mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah swt mencatatkan baginya setiap hari dengan 1 000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1 000 kejahatan 

19 ) DUA RAKAAT SOLAT dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil

20 ) WANITA YANG HAMIL akan dapat pahala berpuasa pada siang hari

21 ) WANITA YANG HAMIL akan dapat pahala beribadat pada malam hari

22 ) APABILA SESEORANG perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah swt mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah swt














^_^






3 comments:

  1. semoga kita semua menjadi wanita yang soleh..insyaallah :)

    ReplyDelete
  2. Salam , Jom join giveaway ! http://atirahhayati.blogspot.com/2012/05/simple-giveaway-by-atirah-hayati-siti.html :)

    ReplyDelete

Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb