Friday, December 21, 2018

Ladang Teh Sabah

Assalamua'laikum

Syukur alhamdulillah cuti hujung tahun ni teda KDC, yeahhh!!! So, dapatlah joined lawatan sekolah my mom 😃 tapi bayar k, bukan ikut free 😉 Lawatan ni khas untuk budak-budak tahun 6 yang sudah selesai UPSR. Lokasi pilihan: Daerah Ranau 👏👏👏 Lawatan ni x lama, 2 hari 1 malam ja. Tapi, banyak tempat juga kami pegi.

Sampai ja di daerah Ranau, tempat pertama kami lawati adalah Ladang Teh Sabah. Kamu kena limpas (lalu) lagi simpang Poring sebab Ladang Teh Sabah jauh sikit ke depan. Lokasi Ladang Teh Sabah ni di antara laluan Ranau ↔ Telupid.

Disebabkan ini adalah lawatan sekolah, so kami dibawa masuk ke dalam kilang pemprosesan daun teh. Haaa, memang diterangkan & ditunjukkan dari A to Z. Hanya enam orang yang terpilih sahaja dibenarkan untuk mengambil gambar keadaan di dalam kilang. Tu pun untuk dokumentasi sekolah 😂

Hanya di shop Ladang Teh Sabah ja ada pelbagai jenis teh yang dijual. Kalau di kedai, paling-paling pun teh yang kotak hijau tu kan. Haaa, kalau di sini, ada yang berperisa rose, vanilla, jasmine... jangan pelik jangan terkujat ada teh yang dijual berharga RM50 ke atas. Itu disebabkan pekerja memetik 3 helai daun teh yang terbaik by hand! Disebabkan kesuntukan masa, sempat shopping teh tapi x sempat nak hi-tea. Ececehhh 😂😂😂 abesss jugalah seratus lebih borong teh dan baju 😂
Banyak borong teh aritu tapi ni ja yang aku jumpa dalam lemari dapur 😂 Nampak perkataan 'handmade' tu? Haaa, ni antara jenis teh yang terbaik k. Yang aku cerita kat atas 3 helai daun teh yang dipetik guna tangan! Harga pun terbaik dari ladang 👍👍👍 teh perisa vanila pula harga dalam RM13 cenggitu la

Ni baju pilihan ku *wink2. Harga x silap RM39. #kalauxsilapakulahhh

Bayaran masuk? Tedaaa
Terima kasih pihak Ladang Teh Sabah sebab bekalkan setiap sorang seuncang teh.

Moh layan gambar deh 😉
Time ni matahari tegak atas pala tapi gagah pi bergambar panas-panas 😂


Bayaran masuk: ko masuk ja, free tu! Melainkan ko p order makan minum, borong teh baru ko wajib membayar!

Kbye! 💋

Saturday, December 8, 2018

Shida Kawen, Yeahhh!

Assalamua'laikum

Tanggal 16/11/2018, syukur alhamdulillah sorang lagi gang karasss #sahabatsejatisentiasadikaki sah menjadi isteri kepada lelaki yang mencintai dia. Gigih la aku pi minta CRK hari Jumaat. Syukur dapat CRK 😂 thank you sir 💋 bukan apa, tempat kijo aku jauh sikit dari gang lain. Ngam la tu aku pi minta CRK

Kami x gtau Shida pun sebenarnya yang kami nak datang majlis dia sebab 16hb tu hari bekerja. Surprise la kononya. Haha 😄 Naik feri Galaxy dari terminal Menumbok ke Labuan ambik masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Sempat juga la aku layan 'Aliff dalam 7 Dimensi' sampai habis dalam feri tu 😂😂😂 speedboat pun ada tapi sebab bawa keta seberang, tu yang naik feri 🚢

Turun ja dari feri, singgah kejap di Petronas. Singgah tandas, touch up sikit-sikit cover minyak di muka. Haha 😆😆😆 pastu, baru la cari rumah Shida. Ada juga la scene sesat 😂 Nasib baik sempat sampai sebelum dia menikah. Yeahhh!
Antara kami bertiga, sepa yang duluan ar? 😂

Time nikah, Shida pakai inai putih. Cantik 😍 tapi aku kawen nanti tetap nak pakai inai merah. Haha! Berangan itu x salah weyh! Baju nikah pun cantik.

Petang-petang sikittt bila tetamu dah tinggal sikit, pegi la kami cari pantai yang cantik untuk outdoor 😂
Palm Beach Resort ~ bayar tawww!

Malam berinai pula, kitorang x sempat pegi sebab busy shopping coklat di bandar Labuan 😂 Labuan pun macam Langkawi juga, xda cukai 😂 cuma Langkawi lebih banyak pilihan coklat 🍫🍫🍫

Majlis bersanding pula, sekali lagi kami surprisekan Shida dengan memakai baju yang sama 😂 Dalam diam, kami buat 1 group sebenarnya untuk discuss majlis Shida ni. Kain pula jenis batik pario, nasib baik cepat tangkap cara-cara pakai pario ni 😂 cuma kalau berjalan kena ayu sikit

X mau bebel banyak, layan ja la gambar 😉
Dah macam sesi bride terima anugerah pulak dah 😂

Suka sangat tengok gambar ni 😍😍😍

Shawl/ tudung: sdn.bhd
Blouse Nylea: @nunu.co
Batik Pario: @beautysuri.co
(Search ja di ig k)

Ni baju kawen bangsa Bugis 😉 Tahniah shidaXnapi

Kalau Bugis kawen, banyak persalinan sebenarnya. Tapi kami sempat 1 persalinan ja sebab kena kejar feri jam 0130. So, jam 1200 tu dah chow dari rumah pengantin

Kitorang nak balik dah ~

13 years & still counting 👧👧👧
#samasekolah
#samaipt
#samapendidik
#samapendek 😂

Terasa puas hati hasil gambar dari kamera photographer, ipong Farha & huawei Eyfa. Terlajakkk pelolesss uolls 😲😲😲😍😍😍 

Korang boleh layan video yang diedit oleh Farha ☺ Love u Farha 💋💋💋 muahhh
Klik link ni ➡ Video Surprise shidaXnapi

Kbye! 💋





 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb