skip to main |
skip to sidebar
1 ) Beli dalam kuantiti yang banyak
Korang sangat sangat sangat digalakkan membeli barang yang dipakai setiap hari dan tahan lama dalam kuantiti yang banyak tapi ikut kadar penggunaan korang sekeluarga lah.
Contoh macam korang masak setiap hari, so digalakkan beli bawang, sayur, minyak dan semua barang keperluan dalam kuantiti yang banyak. Bukan dalam kuantiti yang amat banyak. Beza tau! Barang yang kita guna setiap hari akan cepat habis, so bila beli sikit-sikit nanti terpaksa balik-balik pergi kedai. Kan masa korang, tenaga dan duit untuk beli minyak petrol banyak terbuang ( lainlah kalau korang masak setahun sekali )
2 ) Abaikan makanan ringan
Haaa, jangan sesekali masukkan segala makanan ringan + kurang berkhasiat + tidak berzat + minuman ringan dan yang berkaitan dalam troli korang. Korban lah sikit. ( tapi kengkadang ada jugak benda tu menyibuk dalam troli )
3 ) Belajar bercucuk tanam
Kalau di rumah korang ada sedikit kawasan yang sesuai untuk bercucuk tanam, bolehlah tanam sayur-sayuran, serai, buah-buahan dan tanam apa saja yang korang mahu tanam tapi jangan pulak sesekali tanam manusia. Jangan risau, cungkil je biji mata depa yang cakap korang kekampungan sebab korang bercucuk tanam. Jealous sebenarnya tu!
4 ) Membeli di kedai terdekat
Haaa, apa kata kalau korang shopping di kedai runcit dekat tempat tinggal korang. Tapi, kalau barang-barang yang korang mahu tu xda jual di sana, baru pergi supermarket. Tu lah sebab nya korang kena bijak buat perbandingan harga sebelum membeli sesuatu.
5 ) Berhenti merokok
Kepada mereka yang merokok, berhentilah! Sebab rokok ni boleh menjejaskan kesihatan dan membazirkan duit korang.
6 ) Bekalkan anak makanan
Para ibu bapa didiklah anak dengan bagi bekal makanan dan minuman ke sekolah. Korang yang bekerjaya pun boleh buat gitu.
7 ) Lihat tarikh luput
Korang tajamkan mata dan periksa betul-betul keadaan sesuatu barangan. Pastikan ia dalam keadaan baik dan lagi ok kalau tarikh luput tu masih lama. ( Haa, siapa ada baca novel Tarikh Luput Cinta? )
8 ) Jadi pengguna bijak
Korang rajin-rajinlah buat perbandingan harga antara satu kedai dengan kedai yang lain.
9 ) Ikut senarai
Beli yang perlu saja macam yang korang tulis dalam senarai, pastu tanda barang yang sudah dibeli. Jangan mudah terpedaya dengan promosi. Tu semua taktik je supaya korang beli. Nanti jadi Tipah Tertipu!
Pesanan penaja: Jadilah pengguna yang bijak!
^_^
Jika kau yakin cinta akan sentiasa memberikan kebahagiaan kepadamu, maka yakinlah bahawa lara itu hanya sebatas duri; hikmah yang akan menjadi sesuatu yang manis dalam risalah hidupmu. Meskipun kelam, kadang-kadang menjadi duri dalam igauan kesunyian jiwamu, terus tabahkan jiwa dan raga untuk menyangganya sungguhpun seluruh raga remuk-redam, terkoyak kerana kamu tidak kuasa menghadapi kenyataan, kerana cinta ialah cahaya yang terselit di antara gelap dan terang kehidupanmu; makan carilah cinta sucimu yang agung dan tersenyumlah! Walau apapun tafsiranmu tentang cinta, ia tetap ada dan bersemayam dalam hatimu
^_^