Thursday, April 9, 2020

Barang Baik, Kita Kongsi

Assalamua'laikum
Salam PKP
Uollsss masi bernafas macam biasa?
Atau ada yang sudah start bercakap dengan dinding? Dengan tumbuh-tumbuhan?

Musim PKP ni macam2 ragam keluar, macam2 ragam baru 😂😂😂

Bagi sesetengah orang, PKP ni musim RM0. Bagi aku, no no no 😂😂😂 rajin bebenor aku shopping on9. Kejap2 buka shopee, kejap2 buka lazada, kejap2 buka ig tengok baju cecantik, kejap2 buka fesbuk tengok barang baik...

Sampailah aku jatuh berkenan dengan 1 benda ni. Actually, aku mau belikan benda ni untuk parents aku. Time pi uma kak sepupu, aku nampak benda ni di rumah dia. Betul2 barang baik 👍👍👍 Terus aku klik nombor wasap yang dibagi

Aku mula wasap 19 Mac

31 Mac baru aku kasi konfem mau beli
😅😅😅


Jadi, antara 6 jenis jam digital ni, aku kena pilih 1. Semua aku berkenan. Terus aku teringat jaman dulu kala, orang letak gambar Kaabah di dinding rumah. So, aku pilih yang backgroud Kaabah iaitu KS 😉😉😉


Tadaaa
Jam Azan Digital brand PROMAS
🕐🕑🕒🕓🕔🕕🕖🕗🕘🕙🕚🕛🕜🕝🕞🕟🕠🕡🕢🕣🕤🕥🕦🕧

Dan
Jam ni sampai kelmarin, 8 April 😘😘😘
Yeeehaaa!!!
Sebab orang tu cakap kena ikut turn post. So, aku xla terfikir jam ni akan sampai minggu ni 😂
Dapat benda ni, terus aku pasang d rumah


Ok, aku beli jam ni dengan harga promo iaitu RM320 + RM10 utk postage ke Sabah. 31 Mac tu last promo dan 31 Mac juga aku cecepat transfer duit 😂

Jam Azan Digital brand P.ҜҜROMAS ni,

- 10 minit sebelum azan, ada bacaan surah2 lazim seperti Al-Waqiah, Al-Mulk dan selainnya.

- setiap 1 jam, akan ada alunan zikir dan selawat

- sebelum azan, akan ada bunyi 'beep' beberapa kali

- warranty 2 tahun

- 15inch x 12inch

Brand PROMAS berbeza dengan brand IMAN ok
Kalau brand IMAN,

- Iman ada 30 juzu' sekali dgn terjemahan, 10 minit selepas azan akan ada bacaan surah serta terjemahan mengikut turutan bermula dari juzu' 1. Setiap kali selepas azan akan baca 1 muka surat. Jadi, sehari akan baca dalam 5 muka surat.

- 10 minit sebelum azan akan ada bacaan selawat/ zikir.

- Setiap 1 jam ada bacaan zikir dan selawat

- warranty 1 tahun

- 16inch x 13inch

Aku ada rakam bacaan surah & zikir tu, tapi video x dapat upload sini 😓😓😓

So, sesiapa yang berminat boleh contact nombor ni:
016-2206251
Atau cari ja di fesbuk 😉





14 comments:

  1. moga murah rezeki sbb belikn utk parents. aamiin..

    ReplyDelete
  2. tengok jam ni teringat kalau dulu2 ramai orang ada jam gini..pasti parents sukakan...

    ReplyDelete
  3. Wah! menariknya konsep jam dinding ni ya...
    Baru Mrs. A tahu ada jam macam ni.
    Semoga dilimpahi rezeki selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik, tertarik, ditarik 😂😂😂 tapi, mmg 👍👍👍

      ameeen, terima kasih doanya 😬

      Delete
  4. Selalu kat masjid ada. Selalu tertanya kita kena tentukan masa solat Subuh sampai Isyak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah sedia dformat ikut zon kita. ada code tersendiri. pakai 1 code tu, automatik adjust 5 waktu solat

      Delete
  5. wah..menarik jam dinding ni..ada azan, bacaan bacaan selawat/ zikir. berbaloi beli.

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam. Terima kasih kongsi. Sebelum ni dok pandang ja kat surau/masjid. Huhu

    ReplyDelete
  7. Biasa nampak kat masjid atau surau. Bagus juga ada kat rumah satu ni

    ReplyDelete

Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb