Friday, March 20, 2020

30 Saat: Nyawa Melayang

Assalamua'laikum

Lama menyepi, tetiba muncul dengan tajuk ntah pape 😂😂😂
Tapi, siyesss... dalam masa 30 saat ja nyawa boleh melayang terbang meninggalkan jasad
Macam mana?

M I C R O S L E E P!!!

Aku pernah alami, bukan sekali tetapi berkali-kali

Jarak antara kampung dengan tempat kerja dalam 3 jam gitu la, dengan keadaan jalan yang berlubang sana-sini... Pan Borneo lahhh katakan! Meredah bukit lagi... Aku selalu lalu jalan Tenom-Sipitang
So, jalan tu memang sunyi sebab kurang kenderaan. Ada sesetengah tempat yang teda line. Kalau berlaku sesuatu, ko kena tunggu la manusia lalu di sana baru dapat bantuan. Haaa, gituuu

So, kalau teda aktiviti atau program skola, aku akan balik kampung. Abis ja waktu skola ari Jumaat tu, terusss balik kampung
Kasi ready ja air mineral, gula-gula atau apa-apa kudapan
Tapi, tetap aku microsleep

Bila sudah sampai pekan Sipitang, aku akan tido dalam sejam gitu dalam keta. Off enjin, buka tingkap skettt, tidooo zzzzzz... Peduli la kepanasan x on aircond

Ada 1 kali ni, aku balik dengan housemate aku. Time tu dia pregnant tapi x ingat berapa bulan. Ntah kenapa aku x singgah pekan Sipitang untuk rehat. Direct ja memandu pegi Beaufort. Otw tu, tanpa sedar aku tertidur. Housemate aku memula x perasan. Last2 dia perasan bila kereta sudah di tengah-tengah jalan, masuk sudah pi lorong sebelah. Nasib keta dari arah bertentangan tu masih jauhhh. Dengan perut yang besar, dia ganti aku bawa keta dan aku pun tido sampai Beaufort 💤💤💤

Ada lagi 1 kali, time tu masih di area bukit. Memang ngantuk betul, sampai habis gula-gula aku telan tetap ngantuk. Aku gagahkan juga bawa keta sampai bukit yang terakhir. Abis ja bukit, aku berhenti tepi jalan then tido. Bahaya sebenarnya sebab sunyi, tapi tawakal ja la. Memang x bagi kerjasama betul mata aku. X sempat sampai pekan Sipitang untuk rehat.

Bila tiap minggu balik, turun naik bukit lagi... nahhh, keta pula sakit. So, aku balik naik train 🚂🚂🚂 Memang kelam kabut sikit la sebab bunyi ja loceng terus thumbprint and cecepat pegi stesen ketapi. Naik ketapi, boleh la rehat. Tido-tido lagi even dalam ketapi tu panasss masyaAllah... Bukan macam ketapi Beaufort-KK ada aircond. Special ketapi Tenom-Beaufort ni, pakai train lama. Almaklumlah angkut pelancong.

Aku suka juga naik train ni, sebab akan lalu sungai Padas. Cuci mata tengok tempat rafting. Tapi kena berebut seat yang ngadap sungai la. Bila dapat, panas pula area seat tu 😂😂😂 Untuk rafting ni, pelancong akan turun di Pangi untuk tukar pakaian. Kalau naik train pagi dari Beaufort ke Tenom, lama sikit berhenti di Pangi sebab kena tunggu pelancong-pelancong ni. Pastu, dari Pangi ketapi akan ke Rayoh sebab di sanalah starting point untuk aktiviti rafting.

Akan ada pertukatan ketapi Beaufort-Tenom di stesen Halogilat. Sampai di stesen Halogilat, penumpang ketapi Tenom yang mau pegi ke sebelah Beaufort akan turun untuk naik ketapi ke Beaufort. Manakala penumpang ketapi Beaufort yang ke sebelah Tenom akan naik ketapi Tenom. Bagi yang first time naik ketapi ti, kena alert la. Time pertukaran ketapi ni, memang akan berlaku perebutan seat 😂😂😂 Aku la salah sorang peserta rebut seat tu

Kalau ada murid aku dalam ketapi ti, dorang akan bagi seat terutama murid lelaki la. Kalau murid pompuan, kena tengok dorang dengan pandangan yang tajam baru bagi seat 😂😂😂 Laluan ketapi ni memang laluan hutan, sebelah kiri kalau dari Tenom adalah sungai. So, line fon memang teda. Ready ja la download game banyak-banyak di fon tu kalau x mau tengok keindahan alam semula jadi 😂😂😂 Kalau aku, sebab balik-balik nek ketapi jadi aku tido ja la dalam ketapi walaupun bunyi bising dan keadaan yang panas 😂😂😂

Tambang ketapi Tenom-Beaufort atau Beaufort-Tenom adalah RM2.75. Murahhh kannn? jImat minyak keta i k. Dalam 3 jam gitu, sampailah ke stesen Beaufort. Ya lahhh, banyak henti-henti kasi turun penumpang. Tukar ketapi lagi. Railway lagi banyak selekoh, mana boleh laju. Laju kang masuk sungai pula 💆💆💆

cukup la gambar tu 😂😂😂

So, sepa-sepa yang microsleep time memandu tu... bawa-bawa la berehat. Jangan paksa diri bawa keta tu. Kita ni manusia, boleh penat. Sedangkan robot pun boleh abis charge, apalagi kita ni manusia biasa. x pun naik bas atau ketapi. Cari alternatif lain.

"Ingatlah orang yang menyayangi anda!!!"

Haaa, gituuu





13 comments:

  1. this is scary. please take care

    ReplyDelete
  2. kekdgn tu kita rasa kita mampu drive tapi otak kita tidak...tu yg bila otak letih kita terlelap...moga dijauhkan

    ReplyDelete
  3. thnks for sharing..smua patut amik tahu hal ni..

    ReplyDelete
  4. Allahu mujur tiada apa-apa kejadian yang tak diingini.
    Lamanya nak drive 3 jam tu kalau Mrs. A prefer naik ketapi lagilah dapat tidur.

    Mrs. A pernah juga microsleep time tu balik kerja petang-petang memang selalu ngantuk sampai terlanggar belakang kereta orang tapi mujurlah sikit je... bila turun check tiada apa-apa kesan pun tapi pakcik tu marah jugaklah hurm... mendapat jugaklah carutan. Mrs. A hanya mampu tersengih mintak maaf. Pakcik tu pun terus blahhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi Mrs A, naik ketapi panasnya masyaAllah 😅😅😅

      mungkin paci tu tkujat, tu yg marah 😅

      Delete
  5. Memang bahaya...paling takut time bulan puasa.balik ke Kampung untuk beraya ..Haha.kalau ngantok, x dapat makan minum..mmg mencabarrr betul

    ReplyDelete

Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb