Friday, January 15, 2016

Allah rinduuu...

Assalamua'laikum


Kau ada kisah silam yang hitam.

Kisah silam yang buat kau takut untuk pandang hari esok.

Lalu kau ceritakan pada seorang sahabat yang kau sangat-sangat percaya.

Dengan harapan kau dapat sedikit kekuatan.

Namun tiba-tiba,

Kau dapat tau yang sahabat kau tu dah sebarkan aib kau kat semua orang.

Depan kau berbuih dengan kata-kata nasihat. Tapi belakang kau macam puaka.

Apa kau rasa?

Marah?

Sedih?

Kecewa?

Bengang?

Sahabat yang disangkakan permata rupa-rupanya kaca yang menghiris.

Terguris habis.

Tak ada siapa pun dalam dunia ni suka bila aib dia tersebar.

Sebab tu Allah tak bagi kau buka aib kau kat orang.

Sebab tu Allah nak kau merintih merayu ceritakan segala kelemahan kau hanya pada Dia!

Sebab tak ada siapa pun dalam dunia ni yang lebih memahami kau selain Dia!

Kembalilah pada Allah. 

Kita semua manusia.

Kita semua lemah.

Kita semua perlukan Allah.


Untuk terus kuat, bingkas bangun dalam dunia yang penuh tipu daya ini!  





1 comment:

  1. Pernah alaminya.. Memang kena kuat untuk bangkit semula..

    ReplyDelete

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb