Assalamua'laikum
Suatu hari, seekor keldai terjatuh ke dalam perigi buta. Maka terjerit-jeritlah ia ketakutan. Tuannya cuba menyelamatkan, tapi malang perigi amat dalam, susah untuk menarik keluar haiwan peliharaannya itu. Si tuan punya keldai mundar-mandir mencari akal.
"Ah, buat apa aku selamatkan keldai tua ni. Berjalan pun dah x kuat, bukan boleh bantu aku berladang,"kata lelaki berkenaan yg tiba-tiba menukar fikiran.
Lalu jiran-jirannya dipanggil & mereka mengambus perigi berkenaan dgn niat untuk menanam si keldai tua hidup-hidup. Apalagi, makin kuatlah si keldai menguak. Lelaki itu pantas mencurahkan tanah ke dalam perigi, menimpa badan si keldai tua yg x berhenti-henti menguak.
Entah apa gerangannya, si keldai yg sudah terkambus separas keting itu x semena-mena berhenti menjerit. Ia mengibas-ngibas badan, kemudian menginjak ke atas tanah yg mula membusut. Tanah dicurahkan lagi ke dalam perigi dgn bantuan jiran-jirannya. Seperti tadi, si keldai tua mengibas-ngibas membuang tanah yg menimpa badannya, kemudian menginjak setapak lagi di atas tanah yg kian menimbun & meninggi.
"Cepat curah, biar keldai tua ni mati terkambus!" kata lelaki tersebut yg mula x sedap hati melihat keldainya masih x terkambus, sebaliknya haiwan itu selamba pula berdiri di atas tanah yg sudah memenuhi separuh daripada perigi.
Itulah yg berlaku seterusnya hingga akhirnya keldai tua tersebut berhasil meloncat keluar dari perigi berkenaan! Ia terus berlari meninggalkan tuannya terpinga-pinga di tepi perigi.
Begitu juga dengan hidup kita. Si keldai tua mengajar kita supaya jangan cepat mengalah, jangan mudah putus asa. Hadapi setiap masalah yg mendatang dengan tenang & jadikannya sebagai tangga ke arah kejayaan.
*c&p: Majalah Mastika keluaran Julai 2005
^_^
No comments:
Post a Comment
Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini