Monday, May 25, 2015

إنا لله وإنآ إليه رجعون

Assalamua'laikum...

INNALILLAH HI WAINNA ILAIHI RAJIUUN

Terkejut, seperti sedang bermimpi kawan yg rajin bertegur sapa bila terserempak di mana2 telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi. Setiap kali cuti, dia rajin tanya samada aku balik Sabah or x, and apa aktiviti masa cuti. Tak sangka kepergianmu terlalu awal, semoga Allah mengampuni segala dosa & menerima semua amal kebaikanmu... dan menempatkanmu di kalangan orang2 yang beriman, ameeen. 

Sungguh, arwah memang sorang sahabat yang baik & ramah... persahabatan terjalin sejak semester 1 lagi (sekelas Insaniah Language School-ILS).
Selamat berehat sahabatku. Tenanglah kau di sana wahai sahabat yg murah dengan senyuman.




Wahai si HAFIZ AL-QURAN, jasadmu x akan dimamah bumi, bahkan diangkat & dimuliakan Allah di langit & syurga
Wahai si HAFIZ AL-QURAN, kenangan bersamamu x akan kami lupakan
semoga hafalan AL-QURAN 30 juzu' yg tersemat di jiwamu memberikan bekalan terindah buatmu utk dibawa ke 'sana'



Al-Fatihah buatmu sahabat, Muhammad Hazmin bin Ibrahim
05 June 1990-25 May 2015





Thursday, May 21, 2015

Convocation #throwback

Assalamua'laikum

alhamdulillah, setelah 4 tahun duk timba ilmu di negeri jelapang padi... akhirnya, kini aku dah bergelar graduan! perghhh! aku tipu! kihkihkih. aku lom convo lagi, insyaAllah dalam tahun 2016 or 2017. doakan aku taw! yang sebetulnya, dorang kakak2 senior ni yang convo...

depa dua la yg convo, kak Dila & kak In



tahniah! tahniah! tahniah! bukan senang nak dapatkan degree ni. dengan kau frust time belajar, nak siapkan assignment lagi, nak layan kerenah kawan2 lagi, itulah inilahhh... 

so, daripada aku mengarut lelebih... meh layan gambar2 pre-convo 
kreatif kan? ni bebudak student thailand yang hasilkan. betapa gigihnya depa buat benda alah ni khas buat depa yang convo






next...





Lokasi: depan Chancellory+tasik
Model: kak In & kak Dila
Photographer: NourAdieb *ececeh
kak In


kak Dila











ok, bye!







^_^





Monday, May 18, 2015

Keldai Lebih Bijak Daripada Manusia!

Assalamua'laikum

Suatu hari, seekor keldai terjatuh ke dalam perigi buta. Maka terjerit-jeritlah ia ketakutan. Tuannya cuba menyelamatkan, tapi malang perigi amat dalam, susah untuk menarik keluar haiwan peliharaannya itu. Si tuan punya keldai mundar-mandir mencari akal.

"Ah, buat apa aku selamatkan keldai tua ni. Berjalan pun dah x kuat, bukan boleh bantu aku berladang,"kata lelaki berkenaan yg tiba-tiba menukar fikiran.

Lalu jiran-jirannya dipanggil & mereka mengambus perigi berkenaan dgn niat untuk menanam si keldai tua hidup-hidup. Apalagi, makin kuatlah si keldai menguak. Lelaki itu pantas mencurahkan tanah ke dalam perigi, menimpa badan si keldai tua yg x berhenti-henti menguak.

Entah apa gerangannya, si keldai yg sudah terkambus separas keting itu x semena-mena berhenti menjerit. Ia mengibas-ngibas badan, kemudian menginjak ke atas tanah yg mula membusut. Tanah dicurahkan lagi ke dalam perigi dgn bantuan jiran-jirannya. Seperti tadi, si keldai tua mengibas-ngibas membuang tanah yg menimpa badannya, kemudian menginjak setapak lagi di atas tanah yg kian menimbun & meninggi.

"Cepat curah, biar keldai tua ni mati terkambus!" kata lelaki tersebut yg mula x sedap hati melihat keldainya masih x terkambus, sebaliknya haiwan itu selamba pula berdiri di atas tanah yg sudah memenuhi separuh daripada perigi.

Itulah yg berlaku seterusnya hingga akhirnya keldai tua tersebut berhasil meloncat keluar dari perigi berkenaan! Ia terus berlari meninggalkan tuannya terpinga-pinga di tepi perigi. 

Begitu juga dengan hidup kita. Si keldai tua mengajar kita supaya jangan cepat mengalah, jangan mudah putus asa. Hadapi setiap masalah yg mendatang dengan tenang & jadikannya sebagai tangga ke arah kejayaan.




*c&p: Majalah Mastika keluaran Julai 2005







^_^





 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb