Friday, February 22, 2013

Kau Marahkan Siapa ???

Assalamua'laikum



Suatu hari , Syaqiq al-Balkhi , seorang sufi telah membeli sebiji tembikai untuk isterinya dan ini membuatkan isterinya begitu gembira . Tetapi apabila buah tembikai itu dibelah , isinya tidak elok . Kerana itu marah marahlah si isteri tadi kerana kecewa mendapati isi buah tembikai itu tidak seperti yang diharapkannya . 

" Kepada siapa engkau tujukan marah kau itu ? Adakah kepada penjual , atau pembeli atau penanam ataupun kepada Pencipta buah tembikai itu ? " tanya Syaqiq kepada isterinya .

Kemudian dengan lembut dia berkata lagi , " Wahai isteriku ... ketahuilah , si penjual itu tentu ingin agar jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik . Si pembeli pula , tentu ingin membeli yang terbaik sahaja . Manakala si penanam , kalau mampu sudah tentu dia ingin agar hasil tanamannya yang terbaik juga . Nyatalah bahawa marahmu itu ditujukan kepada Pencipta buah tembikai itu . Bertaubatlah engkau kepada Allah dan redhalah dengan semua ketentuan-Nya . "





p/s : sesungguhnya Allah bersama dengan orang orang yang bersabar :D







^_^




10 comments:

Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb