Sunday, January 6, 2013

' ALAHAI MAK KAHWINKAN AKU '...semoga ada manfaatnya

[ copy paste dari fesbuk ]
Bismillahirrahmannirrahim...

Pagi yang santai ini semoga ianya membawa bersamanya kebaikan untuk dimanfaatkan.
Izinkan ana untuk menukil penulisan sekadar mengharapkan mudah-mudahan ada kebaikan untuk dikongsikan.

Tentu korang seronok bila dengar bab kahwin-kahwin ni.Tak taule kalau ada jenis yang tak rasa macam tu tetapi ia adalah antara nikmat yang diberikan Allah kepada kita.So,jom kita cerita sikit bab ni.Mudah-mudahan ada manfaatnya.

Perkahwinan ni fitrahnya menemukan Adam dan Hawa...kalau binatang istilahnya jantan bertemu betina dan bagi manusia pula digunakan perkahwinan lelaki dan wanita.Takde lagi mana-mana perkahwinan yang didaftarkan manusia kahwin dengan binatang atau binatang datang minang anak dara manusia.Begitu juga kalau terjadi kerbau kahwin dengan lembu beranakkan rimau ke mendanya.

Tetapi nak katanya perkahwinan adalah suatu jalan untuk menyalurkan keinginan hawa nafsu.Sebabnya kita dilahirkan ke dunia ini memang dalam keadaan membawa bersamanya hawa nafsu.

Kerana itulah manusia ni kalau tak kahwin sakit dia.Bukan makna sakit seluruh badan tetapi jiwanya macam tak cukup oksigenla nak kata.Sebab apa?...sebab nak kontrol hawa nafsu tu memang satu hal yang payah.Tengokla bila ada yang nak kahwin memanjang senyumnya sehari suntukpun tak rasa...kikiki

Hari ni orang berkahwin bukan lagi perkara yang susah nak katanya.Kahwin cara mudah,cara sembunyi,kahwin satu,dua dan seterusnya malah kahwin dengan pelbagai asbab.Nak kata macam menu hidangan pelbagai rasa dan hiasan le yang kita duk perhati.

Kahwin ni zaman sekarang dah tak ikut susurnya.Kawin yang muda dengan menuanya,malah ada sesetengah kes ada yang rembat kahwin bawah umurpun dah asam garam dalam bab perkahwinan.

Belum cerita bab hantaran.Nak kata berbagai jenis dan macamle kalau sentuh isu ni.Sampai ada yang kahwin tu bab meniru orang je kerjanya.Ditaunya penyanyi dia kahwin macamni apalagi dia lebihlah terovernya.Jangan tak biasa bila dengar ada hantaran jumlah sampai kira yang sen-sen.Pelik kadang-kadang memahaminya.

Baru-baru ni heboh cerita satu perkahwinan tu dihadiri jumlah hadirin yang cukap besar.Siap masuk buku rekod lagi.Dah orang sekarang ni macam-macam peliknya.Agak-agak kalau kitale nak cari mana ong untuk perkahwinan mega seperti itu.

Ni bukan nak politik bagai ya...bab politik ni ana tak mau sentuh le kat penulisan ni cuma nak kongsikan tentang hal perkahwinan tu dengan mengambil contoh yang realiti berlaku dalam masyarakat kita ni.

Nak ambik contoh dengan binatang setakat ni memang takde pula dibuatnya begitu.Jadi relevenle kita ambik contoh dengan perkahwinan manusia...hehehe...jangan korang hentam ana pulak...ke lubang jendela ana lompat...

Bab kahwin ni memang perkara yang fitrah.Dalam syarakpun ada kaedah bagaimana kita menguruskannya.
Cuma orang sekarang ni dia ada fahaman pelik-pelikle.Ada yang ' buat dulu ' baru kahwin dan ada yang dah kahwin nak tambah lagi dan macam-macam.Bab poligami antaranya kaedah yang dibenarkan dalam islam.Cuma nak sentuhnya,apa sebab ramai yang bawak lari anak orang kemudian nikah di siam ke mana...entahle

Ada yang kata jika tak dapat lesen nak kahwin bolehle pergi ke suatu tempat yang melebihi marhalahnya untuk tunaikan hajat.Yang hairannya wali masih hidup tapi boleh pula buat begitu.Tapi selalu hujahnya kahwin lebih kan satu daripada sunnah Nabi SAW.Ala..janganle asyik dok pekenakan Nabi SAW...sat kahwin sok-lusanya dah bercerai-berai...kalau Nabi Saw kahwinnya tak pernah dengar pula kes bercerainya.Bila tau hal cerai ni rupa-rupanya bini tua ngamuk sebab takde bagi izin untuk suami kahwin lagi satu.

Benda camni ni jujur kita kena perbetulkan.Jangan asyik mendodoi perkataan sunnah kesana kemari tapi buatnya jauh sungguh.
Tu yang sampai sekarang walau hakim mahkamah nikah-cerai silih berganti tukarnya bab kes nikah-cerai ni tak jugak surutnya malah bertambah-tambah.Banyak yang masih terbengkalai...

Sebenarnya jika difahami perkahwinan dalam islam ni banyak tujuannya.Antaranya untuk menguatkan umat islam itu dengan bilangan yang banyak selain zuriat keturunan tak putus dari satu generasi ke satu generasi.Perkahwinan hasilnya adalah ketaatan kepada Allah SWT dalam tawadhuknya beribadah.Inilah kunci daripada tujuan perkahwinan tu.

Harap penulisan santai ni bolehle dijadikan sebagai medan untuk kita belajar berfikir kesan daripada perkahwinan itu baik dan buruknya.Dalam islam kahwin itu sangat digalakkan jika ada kelebihan atas kemampuan zahir.Kalau boleh jangan kahwin mas kahwin berhutang walaupun tak salah nak katanya tetapi kadang ada yang langsung tak tebus hutangnya.Janganle buat perkara yang menyusah-susahkan kita ye.

Kepada yang akan melangsungkan perkahwinan,buatle elok-elok.Janganlah sampai beribu habis dibelanjakan hanya semata-mata nak menjadikan perkahwinan tu gah di pandang manusia.Tak payahle nak ada kugiran bagai apanya.Cukuplah dengan alunan marhaban dan sama waktu dengannya.Yang pentingnya cari keberkatan dalam perkahwinan tu.

InsyaAllah kepada yang akan,sedang dan merancang untuk berkahwin....insyaAllah semoga dipermudahkan urusan walimahnya...

Wassalam...ANA ISLAM...



 Kepada bakal pengantin atau pengantin baru mahupun pengantin lama , Barakallahu lakum wa baraka 'alaikum (mudah-mudahan Allah memberi kalian keberkahan dan melimpahkan atas kalian keberkahan ) 
^_^

2 comments:

  1. ehehe ^^
    tapi kak, ada la manusia kawen dengan lembu --, ish3
    tapi kat luar negara la , kawen dengan kuda n lembu klau tak silap .

    ReplyDelete
  2. @Farina Hunny : isyh , apsal lah dorang kawin dgn haiwan tu???

    ReplyDelete

Assalamua'laikum
Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini

 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb