Hello semua!
Siapa minat baca novel? Minat yang tersangat minat? Minat yang sangat sangat sangat minat? Minat yang sampai sehari pun x boleh berpisah dengan novel? Okay, yang ni tenat!
Aku x tau sejak umur berapa aku minat baca novel. Memang minat yang tersangat-sangat. Agaknya time mama mengandungkan aku, mama terlalu asyik baca novel kot. Tu yang menurun dekat aku. Boleh plak seminggu sebelum exam PMR, aku kusyuk baca novel. Haiyooo! Nasib juga result PMR aku x teruk XD
Aku, kalau dah baca novel... janganlah korang semangat mau kacau pembacaan aku. X dilayan, kompom! Kalau dah novel di tangan aku, memang mata aku akan asyik layan novel tu. Haaa, itu menunjukkan betapa fanatiknya aku dengan novel!
Hari ini, aku mau share pasal novel " Semusim Rindu ". Kalau korang, berapa musimkah rindu korang pada seseorang? X kiralah rindu pada makbapak-adik beradik-family-saudara mara-kawan-sahabat-teman-kekasih-buayapreng mahupun gilapreng??? Setandingkah kerinduan korang dengan kerinduan Hajar Adira???
Di sebalik senyumannya... ada tangisan yang panjang. Keperitan hidup menjadi anak buangan membuatkan Hajar Adira begitu berhati-hati. 15 tahun dia cuba membalut luka tetapi sehingga kini luka itu masih berdarah. Selagi parut itu masih ada, kemaafan untuk mereka mungkin tiada. Dulu Hajar pernah mengemis kasih sayang saudara sendiri, kini kasih itu tidak diperlukan lagi.
Cukuplah jiwanya menderita dan zahirnya terseksa...Benarlah... perasaan itu sememangnya sesuatu yang hidup. Hari ini tiada tapi esok mungkin ada. Hari ini ada, mungkin esok tiada. Tapi Hajar tahu perasaannya pada Ikhman tidak akan sirna sampai bila-bila.
Bukan senang untuk dia jatuh cinta! Bila sekali perasaan itu bertapak, tiada apa yang mampu menghilangkan rasa cinta walaupun perasaan dendam pernah berapi di dadanya. Sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah...Sungguh... Hajar rindu pada Ikhman. Tapi dia terlalu takut dilukai hingga tanpa sedar dia sebenarnya melukai hati dan perasaannya sendiri. Mungkin ini suratan yang tertulis dalam lipatan hidupnya. Di saat dia baru belajar bertatih untuk menerima dan memberi Ikhman kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, dia dibiarkan terkapai-kapai seorang diri. Dan... yang paling perit dia dituduh menduakan suami sendiri! Inikah balasan ALLAH pada dirinya yang ingkar? Akhirnya... kata putus harus diambil. Biarpun kasihnya digantung tidak bertali, status sebagai isteri tidak akan sesekali dicemari. Jika perpisahan menjanjikan penyatuan dua hati, dia rela berlari dan terus berlari demi mencari kebahagiaan sendiri. Yang pasti dia tidak mahu menjadi seperti bunga, dihirup madunya kemudian ditinggalkan begitu saja. Apakah Ikhman tahu maksudnya?
Korang pernah baca novel ni? Novel ni hasil tangan novelist Aleya Anessa. Aku bagi 10/10. Yeahhh! Aku baca novel ni x silap time form 1 dan alhamdulillah, time form 3 aku dapat beli novel ni. Dan, turut jadi mangsa anai-anai! Terpaksalah aku bakar novel ni :'( kita bako, kita bako
^_^