Friday, March 17, 2017

Kisah Seram Di Dataran Lang

Assalamua'laikum

Bersambung dari entry sini

Kalau datang Langkawi, macam tak sah kedatangan tu kalau tak pi Dataran Lang kan 😏 Memandangkan kami takda masa yang sesuai untuk pi Dataran Lang pada waktu siang, jadi kami pegi sebelah malam sebab malam takda aktiviti.

Dataran Lang ni mercu tanda Langkawi, terletak berhampiran dengan jeti Kuah.

Memula sampai tu, sunyi juga kawasan Dataran Lang ni. Menyeramkan... 😨 pastu kitorang stay kat bawah helang tu 🐦. Nak seru mood bergambar supaya datang. Lepas dah ada mood nak bergambar, cecepat keluarkan monopod.

Time ni aku dan Nuget nak ambik gambar berdua. Semangat dah nak bergambar, senyum lebar sambil tengok camera fon 📱. Adjust arah yang terang cahaya supaya gambar tak gelap. Tetiba, camera dah terklik 2× dan gambar pun dah diambil. Ehhh? Sedangkan aku atau Nuget tak tekan apa pun. Muka time tu memang pucat dah 😲 Dah macam ada yang tolong ambikkan gambar kami 😱


Nasib baik dah ramai orang kat Dataran Lang. Cecepat kitorang pi tempat yang tak sunyi dan ramai orang. 


Sambung aktiviti ambik gambar. Biar bulu roma meremang, tetap nak ambik gambar kat sini 😏 Si Nuget beriya betul pujuk supaya pakai baju yang dibeli kat Padang Matsirat petang tu 😂
Sebab nak juga gambar background helang tu, gigih suluh muka dengan flashlight kat fon 😂






Day 1: Cable car ➡ Beras Terbakar & Padang Matsirat ➡ Dataran Lang 😉






Thursday, March 16, 2017

Guess by Marciano Gaya Eksklusif

Assalamua'laikum

Guess merupakan salah satu jenama kegemaran ramai sehingga ke hari ini. Kenali dengan lebih lanjut mengenai jenama ini kerana terdapat pelbagai produk keluaran Guess yang lebih menarik perhatian dan lebih berkualiti. Bagi korang yang pernah membeli produk Guess secara online, pastinya korang mempunyai produk kegemaran.

Bagi korang yang belum pernah memilikinya, pastinya korang pernah menginginkan salah satu daripada produk keluaran Guess.
Arianna Mini Top Zip Crossbody Bag

Dengan pelbagai reka bentuk dan jenis, korang pasti tampil bergaya dengan apa sahaja beg dari Guess. Daripada mini crossbody seperti dalam gambar di atas mahupun beg satchel yang lebih besar dan dapat memuatkan lebih banyak barang, korang boleh pilih mengikut keperluan dan cita rasa masing-masing. 
Bobbi Inside Out Tote

Mahukan beg tangan yang mempunyai ruang lebih luas? Korang boleh pilih beg jenis "tote". Beg tote atau beg shopper lazimnya mempunyai muatan yang lebih besar kerana menjadi pilihan untuk tujuan membeli-belah. Dengan adanya ruang penyimpanan yang luas sangat memudahkan korang untuk menyimpan barang yang telah dibeli. Sekiranya korang jenis yang kerap membawa banyak barang bersama ketika berada di luar, beg tote juga amat sesuai digunakan. 



Haaa,

Honoran Heels

Bagi peminat kasut pula, Guess juga mempunyai koleksi kasut yang besar. Daripada kasut tumit tinggi hingga ke sandal, korang boleh pilih mengikut keperluan korang. Sekiranya tak minat kasut tumit tinggi, jangan risau... ada juga kasut jenis flats.
Olanda Flats
Manika Sneakers

Kalau korang sentiasa mengikut trend semasa, pastinya korang tahu yang kasut jenama Guess sangat berkualiti dan sentiasa mengikut peredaran masa. Reka bentuk kasut dan warna yang banyak variasi akan memastikan korang kekal bergaya. Mari kita shopping barangan Guess hari ini!





 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Nour Adieb