Assalamua'laikum
Bersambung dari entry sini
Kalau datang Langkawi, macam tak sah kedatangan tu kalau tak pi Dataran Lang kan 😏 Memandangkan kami takda masa yang sesuai untuk pi Dataran Lang pada waktu siang, jadi kami pegi sebelah malam sebab malam takda aktiviti.
Dataran Lang ni mercu tanda Langkawi, terletak berhampiran dengan jeti Kuah.

Memula sampai tu, sunyi juga kawasan Dataran Lang ni. Menyeramkan... 😨 pastu kitorang stay kat bawah helang tu 🐦. Nak seru mood bergambar supaya datang. Lepas dah ada mood nak bergambar, cecepat keluarkan monopod.
Time ni aku dan Nuget nak ambik gambar berdua. Semangat dah nak bergambar, senyum lebar sambil tengok camera fon 📱. Adjust arah yang terang cahaya supaya gambar tak gelap. Tetiba, camera dah terklik 2× dan gambar pun dah diambil. Ehhh? Sedangkan aku atau Nuget tak tekan apa pun. Muka time tu memang pucat dah 😲 Dah macam ada yang tolong ambikkan gambar kami 😱
Nasib baik dah ramai orang kat Dataran Lang. Cecepat kitorang pi tempat yang tak sunyi dan ramai orang.
Sambung aktiviti ambik gambar. Biar bulu roma meremang, tetap nak ambik gambar kat sini 😏 Si Nuget beriya betul pujuk supaya pakai baju yang dibeli kat Padang Matsirat petang tu 😂